Saturday, October 9, 2010

Setiap manusia mempunyai ciri2 dan sifat egois seperti Fir’aun! 6hb Oktober 2010

Setiap manusia mempunyai ciri2 dan sifat egois seperti Fir’aun! 6hb Oktober 2010

Ringkasan Suhbah Maulana Shaykh Nazim

6hb Oktober 2010

Setiap manusia mempunyai ciri2 dan sifat egois seperti Fir’aun

A’uzubillah himinsh shaitan nirrajeem

Bismillahir Rahman-nir Raheem

Assalamu’alaikum wrh wbkt

  • Maulana menggalakkan kamu untuk sentiasa menyebut Bismillahir Rahman-nir Raheem, kerana bacaan ini membawa keamanan dan ketenangan. Sesiapa yang menyebut Bismillahir Rahman-nir Raheem, sambil berdoa, “Ya Tuhan kami, bantulah kami, kami adalah hamba yang lemah sekali,” Allah akan menghilangkan kepulan2 awan kegelapan, kesangsian, kegagalan, keganasan dan kesusahan yang menyelubungi kamu, sebagaimana hembusan angin kencang yang muncul dengan tiba2, meniup kepulan2 awan tadi sehingga matahari yang ditutupi dapat di lihat lagi. Maka, apabila kepulan2 awan tersebut lenyap, maka akan dapat terasa cahaya matahari menyelubungi kamu, dan kamu berada didalam keselamatan sekali lagi!
  • Ramai di antara kamu yang di selubungi oleh awan2 kegelapan ini, maka kamu mesti bersegera menuju ke arah keselamatan di sisi Allah dan memohon perlindungan Nya. Dalam Surah Az-Zariyat, yang bermakna, Angin Yang Meniup, Allah berfirman:

فَفِرُّوٓاْ إِلَى ٱللَّهِ‌ۖ إِنِّى لَكُم مِّنۡهُ نَذِيرٌ۬ مُّبِينٌ۬

(Katakanlah wahai Muhammad kepada mereka): Maka segeralah kamu kembali kepada Allah (dengan bertaubat dan taat), sesungguhnya aku diutuskan Allah kepada kamu, sebagai pemberi amaran yang nyata. (51:50)

  • Amalan nasihat-menasihati dan tegur-menegur adalah teramat penting untuk memperbaiki keadaan manusia di sekeliling kamu. Kamu mesti meneruskan amalan memberi nasihat sehingga kamu dapat melihat mereka semua memperbetulkan/memperbaiki diri.

فَذَكِّرۡ إِن نَّفَعَتِ ٱلذِّكۡرَىٰ

Oleh itu berilah peringatan (kepada umat manusia dengan ajaran Al-Quran), kalau-kalau peringatan itu berguna (dan sudah tentu berguna). (57:9)

  • Manusia zaman ini adalah manusia yang mabuk, mabuk dengan minuman keras, mabuk dengan kehidupan dunia. Mereka ingin di kenali dan mereka menolak nasihat2 dari orang2 alim, yang membawa berita mengenai kehidupan akherat. Manusia zaman ini gemar mencari nama, mereka ingin menjadi manusia yang terkenal dan yang memegang kuasa. Mereka suka menjadi ketua, mereka suka memegang teraju, mereka mahu menjadi Sang Raja yang tiada tandingannya, yang kuasanya tidak dapat di tandingi atau diatasi !
  • Di seluruh dunia – dalam setiap negara, organisasi, kumpulan dan dalam setiap lapisan masyarakat – manusia yg mabuk kuasa sentiasa berusaha untuk mencapai matlamatnya, mereka bertanding dalam pemilihan raya dan mereka berangan-anagn menjadi Ketua dan Presiden! Semua orang mendesak mahu menjadi pemimpin, mereka mahu menjadi Imam, tetapi tiada yang berminat mahu menjadi pengikut, tiada yang mahu menjadi makmum.
  • Manusia sangkakan, jika dia memiliki kuasa, dia akan menjadi lebih mulia dibandingkan dengan manusia yang lain. Wahai manusia yg jahil, tiada yang benar-benar memiliki seluruh kuasa, tiada yang memiliki seluruh kemuliaan, selain Allah!

إِنَّ ٱللَّهَ عَلَىٰ كُلِّ شَىۡءٍ۬ قَدِيرٌ۬

Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. (2:20)

  • Apabila seorang yang tidak ada asas agama menjadi pemimpin, dia akan menjadi seorang yang zalim, dan dia akan menindas musuh2nya (Bacalah Suhbah Maulana’s pada 4hb Oktober 2010 Suhbah, di mana Maulana menerangkan, yang setiap insan yang zalim, terputus dari rahmat Allah).
  • Mengapakah manusia demikian menjadi zalim? Kerana pemerintahan demikian berdasarkan ego, dan sifat2 ego adalah kekotoran, kezaliman dan penindasan.
  • Fir’aun memerintah dengan ego nya. Mengapakah Allah menyebut nama Fir’aun sebanyak empat puluh kali dalam Kitab Suci Al-Qur’an, begitu banyak kali namanya di sebut, padahal dia adalah manusia yang derhaka kepada Allah?
  • Allah sentiasa menyebut kisah Fir’aun dalam Al-Qur’an, supaya kamu yang membaca, sedar yang kamu juga punya sifat egois and kesombongan yang serupa seperti Fir’aun! Kamu juga ingin berkuasa, ingin di sanjung, ingin di puji, ingin menjadi idola, ingin di sembah, ingin menjadi tumpuan, ingin menjadi ikutan, ingin supaya semua orang setuju dengan kamu, tuduk kepada kamu dan mengangkat kamu untuk menjadi pemimpin mereka!
  • Maka kamu juga memiliki sifat2 seperti Fir’aun! Dalam Surah An-Naziat, Fir’aun mengistiharkan dirinya sebagai Tuhan!

ٱذۡهَبۡ إِلَىٰ فِرۡعَوۡنَ إِنَّهُ ۥ طَغَىٰ (١٧) فَقُلۡ هَل لَّكَ إِلَىٰٓ أَن تَزَكَّىٰ (١٨)وَأَهۡدِيَكَ إِلَىٰ رَبِّكَ فَتَخۡشَىٰ (١٩) فَأَرَٮٰهُ ٱلۡأَيَةَ ٱلۡكُبۡرَىٰ (٢٠) فَكَذَّبَ وَعَصَىٰ (٢١) ثُمَّ أَدۡبَرَ يَسۡعَىٰ (٢٢) فَحَشَرَ فَنَادَىٰ (٢٣) فَقَالَ أَنَا۟ رَبُّكُمُ ٱلۡأَعۡلَىٰ

(Lalu diperintahkan kepadanya): Pergilah kepada Firaun, sesungguhnya dia telah melampaui batas (dalam kekufuran dan kezalimannya); (17) Serta katakanlah kepadanya: Adakah engkau suka hendak mensucikan dirimu (dari kekufuran)? (18)Dan mahukah, aku tunjuk kepadamu jalan mengenal Tuhanmu, supaya engkau merasa takut (melanggar perintahNya)? (19)(Setelah Nabi Musa menyempurnakan perintah Tuhannya dan Firaun pun meminta bukti kebenarannya); maka Nabi Musa memperlihatkan kepada Firaun: Mukjizat yang besar. (20) Lalu Firaun mendustakan (Nabi Musa) dan menderhaka (kepada Allah); (21) Kemudian dia berpaling ingkar sambil menjalankan usahanya (menentang Nabi Musa). (22) Lalu dia menghimpunkan orang-orangnya dan menyeru; (23) Dengan berkata: Akulah Tuhan kamu, yang tertinggi. (24)

  • Tetapi, mengapakan tidak kesemua manusia yang menjadi penderhaka seperti Fir’aun, jika kamu memang mempunyai hasrat seperti Fir’aun dan sifat2 kebathinannya? Maulana memberitahu, jika kamu di letakkan didalam situasi serupa seperti yang telah di beri kepada Fir’aun, kamu juga akan menjadi persis sepertinya.
  • Maulana memberi contoh, sebiji bawang. Jika ia di letak didalam kedai, ia tidak akan tumbuh menjadi sebatang pohon. Tetapi, jika ia di tanam didalam tanah, dan di beri air dan baja, ia akan tumbuh menjadi pohon kecil dalam tempoh masa yang singkat. Allah telah berfirman, “Ya Muhammad (saw), jika Aku memberi peluang yang sama kepada anak2 Adam, sepertimana Aku telah berikan kepada Fir’aun, nescaya mereka semua akan menjadi persis sepertinya!”
  • Maka, ketahuilah, hasrat yang tersembunyi di dalam hati setiap insan, adalah untuk menjadi manusia yang berkuasa seperti Fir’aun. Inilah hasrat yang tersirat , di dalam hati kecil setiap insan! Astaghfirullah.
  • Lihatlah dunia sekarang. Di merata dunia, manusia berebut kuasa, setiap manusia ingin menjadi seperti Fir’aun. Walau didalam sebahagian rumahtangga pun, suami dan isteri sedang merebut kuasa. Kaum wanita di cipta sebagai kaum yang lemah, tetapi wanita zaman ini mahu memikul tanggungjawab yang seberat yang di pikul oleh kaum pria. Mereka memandang sifat merendahkan diri kepada suami dan mentaati suami, sebagai tanda kelemahan dan perhambaan. Mereka mahu di taati juga, mahu berkuasa di atas kaum pria sekarang, dan mahu supaya kehendak mereka di turuti. Inilah yang menyebabkan laknat Allah menimpa rumahtangga sedemikian, kerana manusia telah menentang Sunatullah yang Allah telah tetapkan, sebagai kebiasaan hidup yang Allah menghendaki bagi manusia sekalian, menurut kebijaksanaan Ilahi.

ٱلرِّجَالُ قَوَّٲمُونَ عَلَى ٱلنِّسَآءِ بِمَا فَضَّلَ ٱللَّهُ بَعۡضَهُمۡ عَلَىٰ بَعۡضٍ۬ وَبِمَآ أَنفَقُواْ مِنۡ أَمۡوَٲلِهِمۡ‌ۚ فَٱلصَّـٰلِحَـٰتُ قَـٰنِتَـٰتٌ حَـٰفِظَـٰتٌ۬ لِّلۡغَيۡبِ بِمَا حَفِظَ ٱللَّهُ‌ۚ

Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka. Maka perempuan-perempuan yang soleh itu ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya), dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama, dengan pemeliharaan Allah dan pertolonganNya (4:34)

  • Mengapakah sebahagian kaum pria tunduk kepada kehendak isteri2 mereka dan mentaati mereka walaupun permintaan2 mereka menentang ajaran agama? Dan mengapakan sebahgiaan kaum pria berat tulang untuk mencari nafkah yang halal untuk keluarga mereka? Semua ini menyebabkan masalah dalam keluarga dan merebaknya gejala2 sosial.
  • Manusia mesti tunduk kepada kehendak Allah dan mentaati Sunatullah yang Sang Pencipta telah tetapkan, jika tidak, mereka tidak akan menemui jalan kebahagiaan, walau mereka hidup sejuta tahun di atas muka bumi ini.
  • Sentiasa rendahkan diri, dan bermohon supaya diberikan petunjuk. Lihatlah contoh dalam Kitab Suci Al-Qur’an – apabila kaum Bani Israel inginkan supaya dari antara mereka di angkat seorang untuk menjadi Raja, mereka memohon dari Allah, mereka tidak mengadakan pilihan raya dan mengundi!

أَلَمۡ تَرَ إِلَى ٱلۡمَلَإِ مِنۢ بَنِىٓ إِسۡرَٲٓءِيلَ مِنۢ بَعۡدِ مُوسَىٰٓ إِذۡ قَالُواْ لِنَبِىٍّ۬ لَّهُمُ ٱبۡعَثۡ لَنَا مَلِڪً۬ا نُّقَـٰتِلۡ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ‌ۖ

Tidakkah engkau ketahui (wahai Muhammad), tentang (kisah) ketua-ketua dari Bani lsrail sesudah (wafatnya) Nabi Musa, ketika mereka berkata kepada seorang Nabi mereka: Lantiklah seorang raja untuk kami supaya boleh kami berperang (bersama-sama dengannya) pada jalan Allah. (2:246)

  • Bani Israel telah mengadap Nabi mereka dan meminta petunjuk. Mengapa? Para Nabi membawa ilmu rahsia, mengenai kehendak2 manusia yang tersembunyi, dan mereka mengajar manusia cara2 untuk mengatasi kejahatan yang tersirat di dalam jiwa mereka. Para Nabi dan Rasul juga mengajar manusia supaya mereka mentaati kehendak Allah, kerana mereka yang menentang perintah2 Allah, akan di timpa dengan kehidupan yang kocar-kacir dan huru-hara, yang penuh penyesalan dan kesusahan, dan mereka akan hilang ketenangan dan keamanan dari kehidupan mereka – Rahmat Ilahi akan di gantikan dengan Laknat Ilahi bagi manusia yang demikian.
  • Manusia mesti mentaati apa yang Allah telah tetapkan baginya, untuk mengekalkan turunnya Rahmat di atas diri nya. Lihatlah tanda2 kemurkaan Allah yang menimpa ummat manusia hari ini. Tsunami, gempa bumi, ribut taufan, kebakaran hutan rimba, banjir besar, peperangan, tumpahan minyak besar-besaran, kebocoran beracun …. pernahkah kamu bertanya kepada dirimu, mengapakah ini semua sedang berlaku? Adakah ini balasan yang akan di hantar kepada manusia yang ta’at? Jika manusia memang di atas jalan yang benar, mungkinkah mereka di timpa dengan musibah2 yang begitu dahsyat sekali? Maulana memberi amaran, iaitu jika manusia berterusan dengan sikap degil ini, Allah akan mengirim ribut taufan kepada mereka.
  • Rasulullah (saw) bersabda, “Dia yang membelakangkan Sunnahku, tidak akan menerima Shafa’atku.” Maka taatilah Allah, dan taatilah Rasulullah (saw) dengan mengikuti Sunnahnya.

Fatihah.

Huraian

  • Kita mesti mengambil berat mengenai nasihat yang terkandung dalam Suhbah ini. Ego, jika ia di letakkan dalam keadaan yang menggalakkan penumbuhannya, akan berkembang dan menjadi naga yang liar yang akan membinasakan kehidupan kita di dunia dan akherat. Ego telah mengubahkan Azazeel menjadi Iblis! Kita mesti berusaha agar ego tidak akan di beri peluang untuk mengembang sehingga kita akhirnya nanti menjadi persisi seperti Fir’aun. Kita mesti sentiasa bersama orang2 solih, sentiasa ingat kepada Allah supaya kekotoran dan kekaratan hati dapat di pupuskan, kerana ego memerlukan kekotoran untuk tumbuh. Kita mesti menuntut ilmu dari warisatul Anbiya, kerana ilmu tersebut menghilangkan sifat2 liar dalam diri dan mententeramkan jiwa. Periksa setiap perbuatan dirimu, adakah ia untuk Allah, atau untuk ego diri mu? Hukumkan dirimu, jangan menghukum orang lain.

  • Rasulullah (saw) bersabda, “Baiti jannati,” yang bermakna “Rumahku merupakan Syurgaku.” Suami dan isteri mesti mentaati perintah2 Allah, dan menunaikan haq pasangan masing2, sebagaimana di tuntut dalam agama, dan mereka tidak di izinkan mengubahkan Sunatullah sewenang2nya, menuruti pemikiran cetek diri mereka sendiri. Kaum pria dan kaum wanita di kurniakan kekuatan dan kebolehan jasmani dan rohani yang jauh berbeza.
  • Contohnya, seorang wanita mempunyai kebolehan untuk mengandung, melahirkan dan menyusukan bayi – perbuatan2 yang kaum pria tidak dapat melakukan atau memahami keadaannya. Sebaliknya, kaum pria mempunyai kekuatan fisiknya yang mengizinkan mereka berkerja dalam bidang2 yang memerlukan kekuatan jasmani, serta mereka di lengkapkan dengan kawalan emosi yang lebih stabil dari kaum wanita.
  • Maka sebab itulah Nabi Muhammad (saw) bersabda, dalam Khutbah Nikah apabila Sayyidina Ali (ra) menikahi Sayyidatina Fatimatul Zahra (ra), “Tempat Ali adalah di luar rumah, dan tempat Fatimah adalah di dalam rumah.” Dalam hadees yang singkat tapi padat ini, Rasulullah (saw) telah mengajar seluruh Ummat manusia, jalan menuju pembinaan mahligai yang aman, sentosa, bahagia dan penuh nikmat, sebagaimana di kehendaki oleh Allah yang Maha Belas kasihan. Jika seluruh kaum ibu menuruti nasihat ini, masalah anak2 yang menjadi liar dan tidak terkawal, tidak akan pernah wujud, dan gejala2 sosial seperti kadar penceraian yang tinggi akan dapat di tangani. Dan jika kaum lelaki berkerja keras untuk mencari rezki halal dengan tekun dan amanah, setiap sesuap yang di makan oleh keluarga mereka akan penuh barokah dan rahmat. Tanpa wanita keluar dari rumah, pintu fitnah akan tertutup, dan masalah perzinaan akan lenyap.
  • Malangnya, manusia memang tidak suka mentaati, mereka suka melakukan menurut hawa nafsu, maka dengan melakukan demikian, kehidupan mereka menjadi satu penderitaan yang berterusan, dan kemesraan dalam keluarga dan masyarakat tidak lagi wujud. Ramai anak2 menjadi liar, banyak rumahtangga yang runtuh akibat perzinaan dan pengkhianatan, maka telah hilanglah baiti jannati dari kehidupan Ummat Islam hari ini.

Maulana Syaikh Nazim mengajar setiap hari pada jam 1 pagi WIB, sila ke lelaman www.Saltanat.org untuk mengikuti pelajaran beliau. Maulana mengajar dalam Bahasa Inggeris, tetapi alih bahasa di siapkan dalam Bahasa Melayu/Indonesia. Salinan ringkasan terdapat di lelaman Naqshbandi Singapura, www.SufiHub.com.

No comments:

Post a Comment