Monday, October 25, 2010

Rahsia Bunga Ros dan Rawatan: Dari Sudut Sains dan Perubatan Islam

Ini adalah perbincangan yang diutarakan oleh Prof Shahnor di dalam Forum Ruqyah Syariyyah kami:

Prof Shahnor Said:

Salam sahabat semua....

Yang Berbahagia Ustaz Hayat selalu mempromosikan minyak wangi dari ekstraksi Ros yang telah di ruqyah untuk menjadi sebagai antara sumber pendinding dari gangguan pendampingan jin/syaitan (dan disamping itu ia elok juga supaya isteri selalu mandampingi kita kerana keharumannya!!!). Dalam perubatan homeopathy, ekstarksi ros adalah merupakan antara ramuan perubatan yang amat berguna kerana kandungan Sulphur dan garam didalamnya, dimana shulphur dan garam dalam ros membantu proses pengembangan dan konstaksi bagi wanita hamil yang hampir bersalin (tapi bukan telan bunga ros tersebut - ia harus di ekstraksi dahulu melalui proses kimia).

Dalam bidang kimia, ros merah merupakan bahan bersifat 'kejantanan', mengandungi sulphur aktif, manakala ros putih melambangkan kewanitaan, mempunyai sifat penerimaan (receptive) terdiri dari garam dan sifat kontraksi (contraction). Gabungan kepada sifat putih merah ros ini melahirkan sifat seperti raksa (alchemical mercury).

Jadi dalam proses ekstraksi tersebut; antara penemuan sains mendapati ros liar atau ros hutan (nama saintifiknya ROSA CANINA) mampu menyembuh kemurungan (dgn izin Allah). Rawatan ekstraksi ros hutan dikatakan meningkatkan stimulasi otak, kegembiraan dan kesegaran minda. Jadi mmg elok lah jika ekstrak minyak wangi ros yang telah di ruqyah diberi hidu kepada pesakit jiwa, pesakit murung dan dalam rawatan pesakit gila. WalLah hu Aalam.

Herba yang boleh terhasil dari akar ros, daunnya dan bungaannya jika di adun dalam minuman teh, sirap dan jem mmg elok untuk penyembuhan selsema kerana kandungan Vitamin C didalamnya. Sekiranya ekstrak ini dicampur dalam teh ia dikatakan boleh merawat radang kerongkongan.

Sebenarnya minyak ekstraksi ros (bukan dalam bentuk minyak wangian) sangat mahal dan amat berguna untuk rawatan sakit puan, seperti haid tidak menentu, tekanan selepas bersalin (meroyan) dimana dihidukan dengan bauan minyak ros, juga terdapat bukti sains terkini ia dapat merawat ketidak suburan wanita dan lekaki!

Minyak Ros yang dikenali sebagai "aphrodisiac" ; dapat membantu masalah seksual seperti mati pucuk, kemurungan seks dan yang berkaitannya. Seorang saintis homeopathy mencuba menyelitkan batang ros dan bunga ros ditempat tidurnya mendapati ia mendapat ransangan luar biasa terhadap pasangannya! (Ust Hayat dan Sdra Zailan boleh cuba ni). Tidak hairanlah jika Sheikh dan ahli sufi menyelitkan ros diserban mereka untuk mendapatkan ransangan otak untuk keasyikan berzikir kepada Allah SWT. MasyaAllah mmg hebat ciptaan Allah....

Air ros pula selain sbg wangian, sebenarnya merupakan anti-septik yang baik (boleh disapu pada luka atau sengatan), disamping memberikan ransangan kepada otak untuk ketenaangan.

Wallahu Aalam.. itulah hasil ringkas kajian saya setakat ini. Banyak lagi bahan pembacaan dan penyelidikan yang perlu saya tatap untuk dikongsi dngan forumers sekalian.


Prof ShahNor Basri, F.A.Sc
Universiti Putra Malaysia Ustaz Hayat Said:

Teknik Ruqyah; Mandian Rebusan Air Rose ; Cara ketujuh:

1) Kumpullah sebanyak mungkin bunga rose (yang terbaik seumpama dinyatakan di dalam kitab perubatan adalah jenis Rose al Mafazah dan al Basatin) dan masukkan ke dalam bekas yang berisi air mutlak yang suci bersih.

2) Kemudian didihkanlah dengan api yang perlahan-lahan.

3) Tunggu sehingga 'air rose' tadi suam.

4) Bacakan ruqyah kepada air tersebut.

5) Mandi sehari sekali sebelum Maghrib paling kurang selama seminggu. Jangan lap dan jangan bilas dengan air yang lain; terus pakai baju... Boleh juga mandi dengan mandian air mawar ruqyah plus air batu... (mandi dalam keadaan air sejuk..)

Insya Allah dengan izin Allah, mudah-mudahan pesakit beransur-ansur sembuh.

http://www.rawatanislam2u.com/2010/05/tekn...ra-ketujuh.html

No comments:

Post a Comment