Saka ibarat pendamping yang diwarisi dari satu keturunan ke satu keturunan yang lain... Tidak semua jin berdialog dengan perawat yang mengaku jin saka adalah saka. Mereka mengaku saka semata2 ingin memfitnah keturunan pesakit yang baik sebagai orang yang hodoh agamanya kerana membela hantu raya, toyol, pelesit (jin saka)
* Ini adalah perbincangan di dalam forum kami berkenaan saka:
Berkata Tuan Admin Forum:
Assalamualaikum,
Atas Permintaan Tuan Puteri......Mari kita tengok pula sedikit sebanyak mengenai saka...... kerana saka amatlah di geruni dan menjadi satu bualan harian Forum ini telah membuka
satu topik khusus SAKA......kenapa?.....kerana ada pendapat yang mengatakan 90% dari kita ini mempunyai SAKA.........
Mari kita tengok pula SAKA SAKA YANG TOP DIMALAYSIA......
1. Saka Harimau
2. Saka Buaya/buaya putih
3. Saka Ular
4. Saka nenek kebayan
5. Saka Puteri Gunung Ledang
6. Saka Pari Pari
7. Saka Dewa Dewi
8. Saka Tanah
9. Saka Laut
10. Saka Panglima Hitam/pendekar
11. Saka Wali
12. Saka perbomohan dan perubatan
13. Saka Hantu Raya
14. Saka Jembalang
15. Saka polong,toyol,pelesit,puntianak,pochong
16. Saka syeikh
17. Saka Malaikat
Macam macam nama saka ada..........tapi benarkah?...........mari kita huraikan sama sama
Sepanjang merawat di pusat Rawatan dan juga sebelum wujudnya pusat rawatan saya ada mencatit sedikit sedikit mengenai rawatan dan bila dilihat kembali...saya dapati bahwa antara perkara yang paling di takuti dan di geruni oleh masyarakat melayu ialah SAKA.........dan boleh di katakan semuanya berkata SAKA amat sukar di rawat......terpaksa buat macam macam benda......terpaksa susun susur galur keturunan....terpaksa buat beberapa pengorbanan.....
.......kita terus bincang sahaja.....yang elok kita ambillah...yang tak elok kita buanglah jauh jauh.......ingat pesan saya........JANGAN TAKWIL atau meneka neka........
Ada pesakit yang mendakwa mereka ini di sihir teruk.......tapi bila beberapa kali rawatan akhirnya dia (JIN) mengaku pendamping (SAKA) dan keluarlah kisah dulu dulu dari jin yang merasuk itu........tapi kita ebagai perawat Islam......kena lah tahu kalau dulu dia boleh menipu
sekarang jugak dia boleh menipu...
Saya pernah berjumpa dengan saka yang mengaku dia Bini ALLAH.......amacam?......... kalau kita dah tahu orang itu ada saka maka kita rawat sahaja.......
Ada kah cara untuk kita tahu ia sebenarnya saka?.....pendapat saya yang tak pandai ni........hanya berdasarkan kepada tanda tanda gangguan itu dan berasaskan kepada pengalaman dan buku dan guru. Tetapi nak confirmed dia 100% saka saya tak pandai mungkin ada orang boleh beri tahu kita didalam forum ini gangguan itu confirmed saka? kalau ada tolonglah kongsi sebab saya pun nak tahu.....tapi mestilah konkrit jawapan itu jangan teka teka...berikan sebab kenapa di katakan saka.....
Kadang kadang jin yang duduk dalam hutan tu merasuk dan mengaku dia dari keturunan ketiga dan sebagainya...mengaku saka....jadi yang tahu silalah beritahu.......
Maka Komen Saya adalah:
Perihal Rahsia Saka dan Keturunan
Definisi: “ Sejenis jin khadam yang diwariskan dari satu keturunan ke satu keturunan dengan perjanjian tertentu dan tempoh masa tertentu dan tugas yang tertentu”
- Kadang2 dikenali sebagai hantu raya, toyol, pelesit, pontianak, pendamping, tok haji dsb.
Dalil
Hadis Abu Tha’labah: Jin itu mempunyai tiga jenis; 1)satu jenis yang mempunyai sayap dan terbang di udara, 2)satu jenis yang berupa ular dan anjing, dan 3)satu lagi jenis yang menetap di suatu tempat dan berpindah randah.
*Jenis yang berpindah randah inilah juga yang dikatakan jin saka kerana sifatnya yang berpindah dari satu keturunan ke keturunan yang lain secara warisan selepas kematian tuan yang sebelumnya.
Tanda2 utama pemilik saka:
1) Memiliki tanda2 gangguan ketika tidur dan jaga seperti pesakit sihir yang lain.
2)Memiliki kebolehan mengubat esp secara menurun dan ada unsur syirik – jampi tidak difahami.
3) Boleh bersilat esp secara jurus dan tanpa latihan – mempunyai nama pendekar / khadam.
4) Boleh berbidan esp – mempunyai ilmu batin dan mantera.
5) Kadang2 berperangai seperti haiwan cthnya: harimau & monyet.
Ciri2 utama pemilik saka:
Kronologi- *Setelah ‘perumah’ yang lama meninggal maka jin saka akan keluar ibarat layang2 putus tali. Saka berpindah ke anak cucu sama ada dengan rela atau paksa (pilihan jin).
1) Anak cucu yang biasa mengamal jampi serapah nenek moyang.
2) Anak cucu yang menyimpan barang2 lama milik nenek moyang.
3) Biasa tinggal serumah dgn nenek moyang bersaka.
4) Anak cucu harapan dari sudut pengamatan nenek moyang.
5) Pandai bersilat, berbidan, berubat dan berperangai haiwan.
Siapakah sasaran JIN SAKA?
1) Anak cucu cetek pengetahuan agama.
2)Anak cucu yang tidak solat dan selalu melakukan maksiat.
3) Anak cucu yang kuat pegangan agama yang mana jin saka sangat mengidam untuk memusnahkannya.
4)Anak cucu lemah fizikal seperti yang tidak cukup bulan dan selalu sakit.
5)Anak cucu yang memang mengidamkan ilmu kebatinan nenek moyang.
6)Anak cucu yang sudah menceburkan diri dalam ilmu perubatan /silat / bidan…Ingin menambahkan kekuatan dan kehebatan. Sudah mengantuk disorongkan bantal.
Rawatan:
1) Jika ada gangguan hendaklah dirawat dengan ruqyah. Dengar,minum,mandi + cd. Kaedah ini telah diterangkan panjang lebar di dalam seminar satu dan dua. Boleh disertai dengan kaedah rawatan santau dan sihir.
2) Membaca ikrar / doa / rayuan pemutus setiap kali selepas solat iaitu: IKRAR PEMUTUS SAKA:
"WAHAI JIN YANG MENGHUNI DI BADAN KU INI, AKU INGIN MEMUTUSKAN SEGALA PERJANJIAN YANG TELAH DIBUAT OLEH NENEK MOYANGKU
TERDAHULU DAN JANGANLAH KAMU MENDAMPINGI KU LAGI, TINGGALKANLAH BADAN KU DAN KETURUNAN KU INI DAN BERTAUBATLAH KAMU KEPADA ALLAH SWT DENGAN BERKAT AYAT
وَأَنَّهُ ۥ تَعَـٰلَىٰ جَدُّ رَبِّنَا مَا ٱتَّخَذَ صَـٰحِبَةً۬ وَلَا وَلَدً۬
BAHAWA SESUNGGUHNYA MAHA TINGGI DAN MAHA BESAR KEAGUNGAN TUHAN & BAGINYA TIADA BERISTERI DAN JUGA BERANAK"
(ayat 3 Surah al Jin)
Bagi mereka yang disyaki badannya berSAKA, sila baca ikrar pemutus saka diatas 3x tiap-tiap lepas solat.
*ini adalah sebahagian pengisian modul 3 seminar kiswah..
kena ingat, gangguan saka ini bagi saya adalah jarang2... dalam 50 kes 1 kes saja saka... saya scara peribadi tidak suka takwil apakah penyakit pesakit sebab kita tak tahu hakikat sebenar sakitnya... saya tidak suka klasifikasi penyakit: saka, santau, asyiq dsb....... cuma saya kata gangguan sebab teknik rawatannya SAMA...
MALAH,
jika benar pun pesakit menderita sakit kerana SAKA, saya akan mengelakkan dari memberitahu pesakit bahawa ia adalah saka.... semata2 ingin membersihkan nama keturunannya... supaya tidak dikenang oleh anak cucu sebagai orang yang HUDUH agamanya..... lagipun kemungkinan gangguan tersebut bukan saka masih ada....
Kalaulah telahan kita tidak benar... bermakna seolah2 kita telah menfitnah nenek moyangnya sebagai pembela hantu..
Malah terdapat saudara mara yang marah dan menyerang perawat dengan menafikan dakwaan perawat yang mentakwil saka tadi sebagai PEMBOHONG kerana marah; menuduh arwah ayah bonda dan nenek moyang mereka pembela hantu...
Komen Tuan Admin Forum KISWAH Ruqyah Syariyyah:
Terima kasih UH.....
baik lah setelah kita tengok tanda tanda saka itu........mungkin kita boleh tahu sikit sikit benar atau tidak ianya saka. (bagi Kami disini tak berapa penting perkara ini) tapi kita bincangkan juga sebagai lauk tambahan dalam rawatan.
Biasanya yang terkenal di Malaysia ialah Saka harimau...kita boleh tengok apabila jin ini masuk maka tangan pesakit mula akan menjadi seperti harimau dan mula mencakar.......tapi kalau kena denga Tuan Aji Baba..maka insyaALLAH patahlah kuku kuku harimau itu.......hehehehe.....
Biasanya kemarahan meluap luap yang tidak boleh di kawal oleh pemilik saka ini......... maka seperti kata Tuan Ustaz Hayat ........amalkan selalu doa Rayuan putus saka .......merayulah Pada ALLAH SWT ..... dan bertekad tidak mahu akan kelebihan ini (kelebihan jin di badan).....
Pesakit jgnlah sedih dan memencilkan diri...kerana salah satu agenda jin jenis ini ialah supaya pesakit tidak bercampur dgn kaum keluarga khususnya dan jiran tetanga amnya....memencilkan diri dan mula berburuk sangka dan tidak mahu bergaul dgn orang ramai.........
Jin saka/.pendamping juga akan menjadi tidak tentu arah sekiranya bertemu dgn manusia lain yang turut mempunyai jin pendamping...ada kemungkinan akan menimbulkan pertengkaran dan rasukan antara kedua orang ini dan akhirnya bergaduh........rasukan jin dengan rasukan jin...
(pernah di lihat sendiri perkara ini berlaku) Apabila kami meruqyah pesakit tiba tiba dia di rasuk .....pesakit yang berada di belakang tabir pula merasuk dan mula untuk bertengkar ..........JIN LAWAN JIN........
Dialog dgn jin saya akan elakkan sebaik mungkin......tapi biasalah sifat jin suka membebel....... kerana lebih banyak dia bercakap.........lebih banyak penipuan akan didedahkan........
Pesakit sekelian mulakanlah rawatan secara istiqamah......JANGAN TAKWIL
Satu perbincangan yang menarik..
Assalamualaikum. saya mencari rawatan di sekitar Kelantan.sebelum ini saya ada terambil rokok dan makanan pemberian jiran, selepas itu saya terasa sakit dan banyak gangguan berlaku dibahagian dada,perut dan muka.
ReplyDeleteIni email saya : tubuhsatu@gmail.com