Wednesday, October 20, 2010

Kenangan di Seminar Kota Bharu Kelantan

Assalamualaikum semua... Ampun sebab lama dah tak update blog.. Maklumlah agak kesibukan...

Alhamdulillah seminar di Hotel Raudhah berlangsung dengan penuh kemeriahan dan keberkatan... Perjalanan 1000 km lebih dari Temerloh bersama Abang Kasim, Anas al Karkun dan Kamarul sebenarnya banyak mengajar kami erti kesabaran...

Seminar dengan kehadiran yang sederhana ini sebenarnya bagi saya amat meriah dengan penglibatan dan perbincangan yang ilmiah antara saya dan peserta...

Di kesempata ini saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak penganjur Prof Shahnor dari UPM dan Abang Razak serta isteri yang sanggup turun dari Kuala Terengganu dan turut serta bertindak sebagai urusetia program.. Jasamu tetap dikenang....









Kami bertolak dari Temerloh selepas Solat Jumaat pada 15hb Okt dan sampai ke Kelantan pada pukul 3.00 pagi... Sesungguhnya perjalanan yang diisi dengan muzakarah perubatan Islam di dalam kereta ini dimanfaatkan dengan baik oleh semua ahli KISWAH yang terlibat dalam safar ini..... Kami banyak membincangkan isu2 perubatan Islam sepanjang perjalanan ini....

Kami menyewa di sebuah hotel di KB dan keesokan harinya seminar berlangsung dengan meriah sekali... Alhamdulillah..






Seminar yang berlangsung dari pagi hingga petang ini sememangnya merupakan seminar yang banyak memberikan saya pengajaran dan erti kesabaran.... Terima kasih sekali lagi kepada pihak penganjur khususnya Prof ShahNor dan sahabat2 seperjuangan merangkap anak2 murid seperti Abang Kasim yang merupakan murid kesayangan saya, Kamarul yang telah menghabiskan duit simpanan peribadinya sebanyak ratusan ringgit bagi menjayakan program ini dan Anas yang ringan tulang menggunakan cuti di Maahad Tahfiznya untuk berbakti kepada agama...

Sesungguhnya inilah usaha kerdil kami melalui dakwah yang seadanya, demi memperkenalkan kaedah rawatan Islam yang bebas dari unsur2 perbomohan dan kesyirikan. Kami akan terus berjuang dan berjuang menyelamatkan masyarakat dari penipuan dan kesyirikan....

Semoga Allah menilai usaha kami ini sebagai persembahan amalan soleh kepadanya... Amin Ya Rabb.... Allahu Haq!!! Hidayah Seluruh Alam!!!


P/S: Kepada yang belum menyertai lagi seminar kami sila berbuat demikian sekarang... Sila check balik seminar2 kami yang terdekat...

2) Kepada mana2 pihak: Agensi, masjid, universiti dan badan2 kerajaan yang hendak anjurkan seminar / kursus rawatan Islam sila hubungi Saudara Zailan: 018 2027559

No comments:

Post a Comment