Tuesday, October 26, 2010

Pesanan Penting Dari Tuan Guru Besar Kita!

Pesanan Penting daripada Sultan al-Awliya,

Sultan al-Awliya Mawlana Syaikh Nazim al-Haqqani

23 October 2010,

Lefke, Cyprus

Yaa RijaalAllah! Madad, madad ila syarifiin 'nabiyuna wa `ali wa shaahbihi, wa masyaykhina. Madad yaa Shaahibu 'z-Zamaan Muhammad Mahdi (a), wa shalaat wa salaam, wa imdaad . Alfu shalaat, alfu salaam `ala habiibillah Sayyidi 'l-awwaliin wa' l-akhiriin! Allahu Akbar wa ajal wa a`azham wa aqwaa. Subhaanuh Sulthaanuhu wa Mulkuhu, laa yantahi. A`uudzu billahi min asy-Syaythani 'r-rajiim. Bismillahi 'r-Rahmani 'r-Rahiim. (Mawlana Syekh duduk)

As salaamu `alaykum,

Ayyuha 'n-naas! Itu adalah kehormatan sejati kita, bahawa Tuhan Syurgawi melalui hamba-Nya yang mulia menyerukan hamba-hamba-Nya melalui protokol Ilahiah. SubhaanAllah, Dia memanggil manusia melalui hamba-Nya yang paling tercinta, Sayyidina Muhammad (saw), (Mawlana Syaikh berdiri dan duduk) untuk berkata dan berseru kepada manusia, Ayyuha 'n-naas, "Wahai manusia." Setiap orang berada di Hadirat Ilahi, Dia memanggil dengan Rahmat-Nya yang tidak pernah berakhir dan pemberian-Nya, ikraam yang idtak pernah berakhir. Dia, Allah (swt) (Mawlana Syekh berdiri dan duduk) menciptakan dan menghormati serta berseru kepada ciptaan-Nya!

Wahai manusia! Lihat dan fahamilah. Jika kamu mempunyai pemahaman sedikit saja, kamu pasti bersimpuh, bersujud dan tidak lagi mengangkat kepala kamu, kerana Tuhan Syurgawi, Sultan ash-Shalaatiin, Maalik al-Muluuk, Jalla Jalaaluh (Mawlana Syaikh berdiri dan duduk) berseru kepada kamu, tetapi kamu malah meninggalkan!

Wahai manusia! Ptuuh (meludah) pada orang-orang yang tidak datang untuk berkata, “Wahai Tuhanku!” dan kemudian bersujud! Ada jutaan manusia di mana Tuhan Syurgawi mengirimkan Salaam-Nya dan memberikan kemuliaan, tetapi mereka malah pergi! Fikirkan itu, wahai manusia! Jangan berfikir bahawa mereka berkata, "Orang ini berbicara, mereka perlu banyak benda." Itu bukan apa-apa, bukan apa-apa.

Wahai orang-orang yang mengerti! Itu bukan apa-apa. (Mawlana Syekh berdiri) Asta`iidzu billah.

قُلْ لَوْ كَانَ الْبَحْرُ مِدَادا ً لِكَلِمَاتِ رَبِّي لَنَفِدَ الْبَحْرُ قَبْلَ أَنْ تَنفَدَ كَلِمَاتُ رَبِّي

Qul law kaana al-bahru midaadan li-kalimaati rabbii la-nafida 'l-bahru qabla an tanfada kalimaatu rabbii.

Katakan (Wahai Muhammad), "Dan jika samudera menjadi tinta dan pohon-pohon menjadi pena, mereka akan habis sebelum selesai menuliskan kalimat-kalimat Tuhanku." (Surat al-Kahf, 18:109)

(Mawlana Syekh duduk) Sesuatu yang lain kini dikurniakan sesuai dengan kapasitanya; Allah (swt) mengurniakan segala sesuatu dengan yang sesuai dengannya. Seekor semut tidak dapat memahami gajah. Oleh sebab itu jangan berfikir ketika Allah berkata mengenai kebesaran-Nya, tentang bahr, Samudera-Samudera itu, jika kita gunakan untuk kalimaatullah, firman Allah, Lautan Pasifik, Lautan Atlantik, Lautan Hindia, Lautan Kutub Utara, Lautan Kutub Selatan, jika kita menggunakannya sebagai tinta untuk menulis, (jangan berfikir) bahawa lautan-lautan itu dapat menyelesaikannya. Firman Allah tidak akan pernah berakhir! Bawalah tujuh puluh lautan atau tujuh puluh juta lautan, atau tujuh puluh ribu jutaan lautan! Bawa tujuh puluh ribu trilion lautan!

Wahai manusia! Jangan sombong, kerana kesombongan hanya untuk Sifat Ilahiah-Nya Yang Maha Agung. Itu adalah Sifat Allah, bukan untuk kamu. Subhaan Sen, Subhaan Sen. SubhaanAllah, SubhaanAllah, SulthaanAllah. (Mawlana berdiri) SulthaanAllah, SulthaanAllah, SulthaanAllah. Sulthaan ul-Mutlaq. (Mawlana duduk)

Wahai manusia! Apa yang kita katakan? Yang kita katakan bukan apa-apa! Dia Yang Maha Kuasa hanya meminta bahawa kita menjaga kedudukan sejati kita sebagaimana kita menempatkan diri kita di sini.

Wahai manusia! Fikirkanlah (bertafakur) dan tuliskan padanya, “Kita adalah hamba Tuhan yang lemah.” Lakukanlah hal itu dan tuliskan pada dada kamu. Jika kamu dapat melakukannya, amat baik sekali untuk kamu! Semoga Allah memaafkan saya. Cukup. As-salaamu `alaykum.

(Syekh Hisyam: Mawlana, mereka sangat berterima kasih kepadamu, bahwa setiap hari engkau memberi mereka nasihat.)

Mawlana: Terima kasih kepada Allah.

(Syekh Hisyami: Apakah ada suatu pembukaan, insyaa-Allah, untuk nasihat-nasihat berikutnya?)

Mawlana: Nasihat apa?

(Syekh Hisyami: untuk esok dan esoknya lagi?)

Mawlana: Terserah kepada-Nya; terserah pada Kekasih-Nya yang memberikan izin.

(Syekh Hisyami: Yaa Mawlaana, Hadhrat … menyebutkan hadis, yaa `abdii athi`anii. Aja`luka rabbaaniyyan. Sayyidii, rahmatan l 'il-muridiin, Sayyidii, kepada siapa mereka meminta.)

Mawlana: Mereka yang meminta hanya sejumlah yang kecil. Ketika ilham baru datang, kita boleh berbicara.

(Syekh Hisyam: Insyaa-Allah)

Insyaa-Allah, insyaa-Allah. As-salaamu `alaykum.

Ketika perintah baru datang, mereka boleh membuat begitu banyak (tidak terhingga) hamba Allah untuk berkata-kata. Tidak perlu hanya saya yang berbicara, memberikan nasihat. Dia dapat mengirimkan dan Dia dapat memberikan perintah-Nya dan memberikan salam dan kemuliaan kepada manusia. Semoga Allah mengampuni saya. Ini adalah waktu yang pendek untuk hari ini hingga akhir zaman. Mereka dapat membawa seseorang untuk berbicara. Itu bukan suatu keadaan bahawa orang ini boleh berbicara atau orang itu boleh berbicara, tidak. Dia boleh menutup yang ini dan membuka yang lain. Kita hanyalah hamba-Nya yang kecil dan lemah, tetapi saya gembira bahawa ada suatu kebangkitan kerana kata-kata Syurgawi dapat menyentuh kesedaran mereka. Dan saya fikir berita sesungguhnya adalah bahawa Hari Kiamat sedang mendekat dengan sangat jelas dan kekekalan adalah untuk Allah dan segala sesuatu pasti akan berakhir.

Kehidupan di dunia ini yang telah ditunjuk tengah mendekati dan Hari Akhir akan datang. Ada banyak tanda yang diketahui oleh para ulama.

Allah (swt) berfirman, (Mawlana berdiri)

فَهَلْ يَنْظُرُونَ إِلاَّ السَّاعَةَ أَنْ تَأْتِيَهُمْ بَغْتَة ً فَقَدْ جَاءَ أَشْرَاطُهَا فَأَنَّى لَهُمْ إِذَا جَاءَتْهُمْ ذِكْرَاهُمْ

fahal yanzhuruuna illa as-saa`ata an taatiyahum baghtatan faqad jaa asyraaţuhaa fa annaa lahum idzaa jaathum dzikraahum.

Tidakkah mereka tertunggu-tunggu melainkan Hari Kiamat, ia akan datang dengan tiba-tiba. Sesungguhnya telah datang tanda-tandanya dan ketika ia telah datang kepada mereka, apakah manfaat dari kesedaran mereka tentang hal itu? (Muhammad 47:18)

(Mawlana duduk) Lima belas abad yang lalu, Allah (swt) telah mengatakan bahwa tanda-tanda kiamat sudah ada. Lima belas abad yang lalu! Oleh sebab itu, sedikitnya, orang harus memberi waktu untuk Kehidupan Abadinya. Semoga Allah mengampuni kita. Bila diperlukan, Tuhan Syurgawi akan mengirim hamba-hamba-Nya untuk menyampaikan (nasihat) kepada kamu dan membuat kamu bangkit!

Wahai manusia! Mereka meminta kamu hanya untuk sedikit memperhatikan penghambaan kamu. Dunia ini boleh saja menjadi syurga jika orang-orang mengikuti perintah suci Tuhan mereka; jika tidak, masalah dan berbagai persoalan, bala bencana akan terus menimpa mereka. Boleh saja pada suatu waktu sesuatu akan dikirim supaya manusia memikirkannya.

Dan kamu semua, doakan juga untuk saya. Saya lemah dan Dia tahu; Tuhan Syurgawi Maha Mengetahui segalanya. Saya memohon keampunan dari Tuhan saya, Allah (swt) (Mawlana Syekh berdiri) dan memohon syafaat dari hamba-Nya yang paling suci, Sayyidina Muhammad (s)! (Mawlana Syekh duduk) Saya memohon dukungan daripada para awliyaaullah, daripada orang-orang suci. Saya lemah sekarang. Sebagaimana yang mereka katakan, Allah (swt) boleh mengirimkan ratusan atau ribuan pemberi peringatan kepada hamba-hamba-Nya. Syekh Hisyam Effendi berkata kepada saya bahawa ketika saya menyatakan untuk berhenti (memberi suhbah), orang-orang terkejut. Tidak. "Siapa yang meminta, mereka akan menemukan/ mendapatkannya."

Wahai manusia! Jika kamu melihat dan mendengarkan, kamu akan menemukan lebih banyak lagi. Kumpulkanlah sendiri, kurangi waktu dunia kamu sedikit, dan berusahalah untuk memberikan waktu lebih banyak untuk Tuhan Sang Pencipta. Rahmat dari Tuhan Surgawi tidak terhingga! As-salaamu `alaykum.

(Syekh Hisyam: wa salaamu `alaykum wa rahmatullahi wa barakaatuh. Sayyidii. Ini adalah pesan yang sangat, sangat kuat, Sayyidii.)

Mawlana: Kerana mereka hanya mengatakan bahawa saya hanyalah seorang naaqil, penyampai, tidak lain dari itu dan saya sedikit lemah, jadi saya meminta sedikit dukungan dan kita dapat melanjutkannya, insyaa-Allah.

(Syekh Hisyam: Insyaa-Allah, Sayyidii.)

Fatihah.

(Syekh Hisyami: Sayyidii, panjang umur, didukung oleh Nabi (s), oleh Mahdi (a), oleh Allah (swt), y`utiik, yaa Sayyidii. Allah ya`tiik quwwa wa yuqawwiy rijlayk.)

Allah, Allah. Dastuur, yaa Rijaalullah, madad. Madad, yaa Rijaalullah, madad. Ila syarafin nabiyyin …





No comments:

Post a Comment