Sunday, October 24, 2010

Kenangan Seminar di Masjid Batu 10 Kuantan

Assalamualaikum semua pengikut setia blog rasmi KISWAH ni...

Alhamdulillah seminar kami di Kuantan berlangsung dengan lancarnya... Semuanya dengan inayah, iradah dan qudrah Allah Taala... Alhamdulillah...

Saya keluar dari rumah pada pukul 3.30 pagi untuk menjemput anak buah saya ustaz hanif abu faiqdh al hafiz yang baru pulang dari Mesir..

Kami tiba di pusat rawatan dan mengangkat barang2 turun dari pusat rawatan. Kemudian Abang Kasim, Us Sofwan Darussyifa' dan Pakcik pun tiba... Kami bertolak dari Temerloh menuju Kuantan pada pukul 5 pagi.

Kami berhenti solat di perhentian Maran dan sampai lebih kurang pada pukul 7 pagi. Kami berhenti sarapan dan kemudiaannya disertai oleh Cikgu Adib...

Setibanya di masjid berkenaan masih tidak kelihatan sebarang kelibat urusetia.. Kemudian Us Khairul pun tiba dan KISWAH Team terus memulakan tugas masing...

Alhamdulillah seminar yang disertai 48 orang peserta ini mendapat respond yang baik dari peserta dan semua slot dan kertas kerja yang disampaikan padat dan praktikal....

Seminar berhenti rehat pada pukul 10.30 pagi dan 1 petang.... Sepanjang perbincangan saya dengan beberapa orang peserta, mereka melahirkan hasrat untuk menganjurkan seminar KISWAH di tempat mereka pula... Antara insititusi yang berminat adalah kolej matrikulasi Gambang, Hospital besar Kuantan, KIPSAS dan IKIP... apapun ia masih di peringkat perbincangan yang bersifat hasrat individu...

Majlis dimeriahkan lagi dengan kehadiran anak2 buah saya dari KISWAH Kuantan seperti Cikgu Adib, Ir. Kamarul dan Anas al Karkun....

Sesi petang dimulai dengan simulasi rawatan secara beramai2, pembacaan hizib bahar dan selawat serta diakhiri pengijazahan ruqyah, hizib bahar dan selawat.

Selesai majlis ditutup oleh Tuan Imam;Us Khairul, makan petang dan sesi fotogragi penuh mahabbah dan mawaddah diadakan sesama peserta, urusetia dan KISWAH TEAM....

Rawatan khususi kepada satu keluarga yang bermasalah diadakan selepas Asar oleh perawat2 KISWAH dan alhamdulillah respondnya adalah baik!

Di kesempatan ini saya mengucapkan ribuan terima kasih dan tahniah kepada sekelian pihak penganjur, urusetia, peserta dan Team KISWAH yang telah bertungkus lumus menjayakan seminar dakwah perubatan Islam ini...

Kami pulang ke Temerloh selepas melakukan beberapa urusan. Kami sempat bertandang ke rumah Cikgu Adib dan meneruskan perjalanan...

Sampai di Temerloh pada pukul 11 malam.

Semoga Allah meredhai perjuangan anda semua.

ALLAHU HAQ!!! HIDAYAH SELURUH ALAM!

*Berikut adalah beberapa foto kenangan sepanjang seminar diadakan di Masjid Al Makmur Kem Batu Sepuluh Kuantan pada 23 Okt 2010.

Sekitar seminar di Masjid al Makmur

Bunting KISWAH

Penyertaan yang memberangsangkan


Antara peserta muslimat yang hadir

Anak2 buah saya di dalam KISWAH... Jasa anda semua akan saya kenang ilal abad!!!

Menyampaikan seminar dari 8 pagi sehingga 4 petang bukan kerja yang mudah.. AMAT MEMENATKAN!!!

Alhamdulillah respond peserta sangat baik!!!

Sesi simulasi rawatan ruqyah beramai2... Ada yang muntah2 dan menunjukkan reaksi mempunyai gangguan...

Bersama anak murid yang disayangi.. Syahmi Rosli

Bergambar kenangan bersama2.... Jangan serik lagi... Semoga bertemu lagi dalam seminar kedua kelak!

Wassalam

No comments:

Post a Comment