Wednesday, September 22, 2010

Sihir Perceraian, Rawatannya dan Pendamai Rumahtangga


Keluargaku Syurgaku

Masalah sihir penceraian / sihir pergaduhan dan pendamai rumahtangga

Definisi:

Terjadinya pemisahan antara suami isteri atau sesama anggota keluarga melalui pergaduhan dan perselisihan.

Masalah ini terjadi sama ada dengan campurlibat sihir dan tiada campurlibat sihir. Beserta campurlibat sihir dikenali sebagai: SIHIR TAFRIQ / PEMISAH


Bentuk:
1) Suami isteri bercerai (paling banyak)
2) Anak bergaduh dengan ibubapa.
3) Adik beradik berkelahi.
4) Bergaduh dgn rakan-rakan.
5) Berpecah sesama rakan kongsi di dalam perniagaan.

Simptom:
1) Kasih sayang berubah kepada benci.
2) Syak wasangka keterlaluan.
3) Tiada timbang rasa.
4) Berubah sikap 180 darjah.
5) Terasa wajah yang orang dibenci hodoh.
6) Rasa bosan & panas di rumah
7) Mula melebihkan pihak lain.
8) Bangkit hal remeh temeh.
9) Selalu berkhayal.

Rawatan 1:
Sekiranya terkena sihir mahabbah (percintaan) hendaklajh dirawat dengan kaedah ruqyah syariyyah terlebih dahulu. Mendengar ayat al Quran yang dibacakan oleh perawat, minum air ruqyah dan mandi air ruqyah. Pujuklah mangsa bertemu dengan perawat Islam.

Rawatan 2:
Jika sudah bersih dari sihir hendaklah:
1) Hadiahkan bacaan pahala al Quran dan zikir kepada mangsa.
2) Solat hajat dan bernazar.
3)Sedekah dengan niat kesembuhan.
4) Baca ‘ayat2 pelembut hati’ selepas solat.
5) Amalkan ayat 21 Surah ar Rum selepas solat.

Pendamai rumahtangga:

1)Selalu solat berjemaah bersama dan berdoa bersama untuk kesejahteraan rumahtangga.

2)Selalu membaca al Quran bersama.

3)Selalu menghadiri majlis ilmu, majlis zikir bersama serta mempunyai guru rohani untuk keluarga.

4)Selalu makan di rumah bersama. Makan masakan isteri dengan air tangannya sendiri. Jangan terlampau kerap makan di luar.

5)Sentiasa mengucapkan kasih sayang dan bertolak ansur.

6)Selalu berlumba meminta maaf atas kesalahan dan amalkan sikap suka berterima kasih.

7)Menjadikan setiap malam yang berlalu sebagai malam pertama dalam perkahwinan.

8)Selalu saling memberi hadiah. Khususnya pada ulang tahun perkahwinan dan ketika mendapat cahaya mata.

9)Sebolehnya anak jangan dipeihara oleh orang lain. Contohnya pengasuh dan nursery.

10)Jangan suka ‘memandang’ lelaki / perempuan lain yang bukan pasangan anda.

11)SEBOLEHNYA ISTERI BEKERJA DI RUMAH.

No comments:

Post a Comment