Masalah anak lari / suami lari / isteri lari dan Sihir Percintaan
Terkadang masalah lari dari rumah adalah angkara sihir pengasih / mahabbah!
Definisi: Anak / suami / isteri yang lari dari rumah kerana benci kepada keluarganya. Disebabkan campurtangan jin atau tidak (masalah peribadi).
Jenis masalah:
1) Tanpa campurtangan jin; sekadar masalah hati dan psikologi.
2) Beserta camputangan jin; sama ada disihir melalui makanan atau tidak sehingga menjadi dungu dengan mengikut sahaja orang yang menghasutnya. (SIHIR MAHBBAH / PERCINTAAN)
Simptom gangguan.
1) Benci melihat ahli keluarga yang tersayang. Terutama orang yang paling menyayanginya.
2) Orang yang paling disayangi kini adalah orang yang paling dibenci.
3) Taksub kepada kawan2 sekeliling dan membelakangkan kata2 ibu bapa.
4) Berasa rimas dan panas apabila berada di rumah.
5) Balik pada lewat malam.
6) Sering marah-marah terutama perkara yg kecil-kecil.
7)Perubahan diri yang mendadak.
Rawatan 1:
Sekiranya terkena sihir mahabbah (percintaan) hendaklah dirawat dengan
kaedah ruqyah syariyyah terlebih dahulu. Mendengar ayat al Quran yang
dibacakan oleh perawat, minum air ruqyah dan mandi air ruqyah. Pujuklah
mangsa bertemu dengan perawat Islam.
Rawatan 2:
Jika sudah suci bersih dari sebarang gangguan jin maka kaedah ‘memanggil’ pesakit yang lari dari rumah adalah:
1) Hadiahkan bacaan al Quran palling kurang al Fatihah kepada mangsa selepas solat. Niatkan pada ayat yang keempat semoga Allah memulangkan anak.
2) Amalkan solat hajat dan selalu berzikir lalu hadiahkan pahala kepada anak yang hilang.
3) Baca surah Toha ayat 1-6 selepas solat dengan niat hati anak lembut untuk pulang.
4) Gunakan bacaan yang sama dalam tajuk sebelumnya (anak nakal) untuk dihadiahkan kepada si mangsa.
5) Bernazar sekiranya anak pulang akan; berpuasa, kenduri kesyukuran, infaq dsb.
6) Selalu bersedekah dan memberi hadiah dengan niat supaya pesakit lekas sembuh.
* Ini adalah sebahagian dari pengisian kertas kerja modul 2 Seminar KISWAH.
No comments:
Post a Comment