Thursday, September 2, 2010

Ruqyah adalah teknik rawatan Wahhabi???




Ruqyah adalah cara Wahhabi???


Ruqyah adalah cara Rasulullah saw dan awliya’ Allah.


Assalamualaikum semua..


Salah satu isu lapuk yang sudah lama saya terangkan di dalam forum adalah ruqyah adalah cara Allah, Rasullah saw, imam 4 mazhab dan para wali. Seseorang yang menggunakan cara ruqyah bukanlah semestinya Wahhabi kerana ia adalah cara yang paling benar dan dianjurkan oleh Allah, RasulNya, imam 4 mazhab dan semua guru tarekat dan para mursyidin serta para wali.



Janganlah disebabkan beberapa kitab ruqyah yang ditulis oleh segolongan pemuka wahhabi maka habis disapu semua pengamal ruqyah sebagai wahhabi lantas dicop di dahi para raqi "wahhabi". ni bukanlah proses pemikiran yang kritis dan sihat, malah padat dengan unsur provokasi dan perkelahian... Allahumma ihdina ila sawa' as sabil... Amin....


Sebelum saya menjelaskan dengan lebih lanjut: Mari sama2 kita renungkan:

Muqaddimah: Ada baiknya bagi yang tidak mengetahui, mengetahui bahawa:

1) Makna ruqyah syariyyah adalah: Jampi yang direstu syara’…. Dan ia bukanlah satu nama atau istilah yang diperkenalkan oleh mana2 puak tetapi diberitakan sendiri oleh Saidina Jibril as dalam ruqyah Jibril: BISMILLAHI ARQIKA….“ dengan nama Allah saya menjampi kamu.” Arqika dari ruqyah… iaitu jampi… (Raqa. Yarqi dan masdarnya ruqyah…) .. Jadi istilah ini adalah istilah yang diajarkan oleh Saidina Jibril as kepada Nabi Muhammad saw.


Juga dari hadis riwayat Imam Muslim: " La ba'sa bil ruqa ma lam takun syirkan". Maksudnya: "Tidak mengapa menggunakan jampi selagi mana ia tidak mempunyai unsur syirik."


Jadi dalam hadis sohih ini perkataan ruqa; ruqyah .. jampi digunakan.


Jampi dibolehkan dalam bentuk:

- Khususnya ayatul Quran al Karim.

- Nama dan sifat Allah.

- Hadis Nabi saw

- Pengamalan orang2 soleh yang amalannya muktabar

- Menggunakan bahasa ibunda selagi mana:

1) Difahami maksudnya,

2) Tidak mengandungi penafsiran yang boleh membawa kesyirikan yang jelas atau tersembunyi

3) Meyakini hanya Allah yang memberi manfaat dan mudarat. Meninggalkan bekas. Bukan jampi tersebut


2) Al Quran takrifnya: “ Iaitu KALAMULLAH yang diturunkan kepada Nabi Muhammad saw melalui perantaraan Jibril as sebagai satu mukjizat yang membacanya dikira ibadah (walaupun tidak difahami maksudnya) yang dimulai dengan Surah al Fatihah dan diakhiri dengan Surah an Naas.



Masya Allah.. inilah al Quran yang mana pusat2 rawatan muktabar berusaha untuk mempopularkannya kembali di kalangan masyarakat Islam di negara kita agar mereka meninggalkan perbomohan dan penipuan.



Al Quran inilah perlembagaan pertama dalam masadir at tasyri’ (sumber perundangan Islam) yang diikuti oleh as Sunnah, al Ijma’ dan al Qiyas.



Al Quran adalah sumber kejayaan, kebahagiaan, ilmu, kesenangan, kunci SYURGA malah KESIHATAN umat Islam yang beriman kepada Allah dan RasulNya….



Bertitik tolak dari itu marilah kita memahami bahawa pembacaan al Quran sebagai satu jampi (ruqyah) adalah cara yang paling selamat dan benar pada umat Islam.. Kaedah ini bukan milik mana2 golongan atau puak2 tertentu… tetapi al Quran ini diturunkan secara sanadnya (mutawatir) kepada semua umat manusia dan jin… Bukan untuk satu golongan atau kegunaan puak2 tertentu di dalam perubatan sahaja.. Ini merupakan salah faham dan fitnah kepada Al Quran…



Jadi kenapa perlu benci sangat kepada kaedah al Quran yang percaya kepada, memahami, bermal dan menghayatinya itu adalah sebahagian dari rukun iman.



Ini berdasarkan dalil berikut.



1) Allah berfirman di dalam al Quran:Surah al Isra’ ayat 82.

“ Dan kami turunkan dari Al Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman dan Al Quran itu tidaklah menambah kepada orang-orang yang zalim selain kerugian.”

Jelas kepada kita bahawa Allah Taala menyuruh hambaNya supaya berubat dengan al Quran!


Bacalah al Quran untuk tujuan perubatan!!


Jadi adakah Allah Taala mengajar kita untuk menjadi Wahhabi kerana menggunakan ruqyah al Quran di dalam perubatan???



2) Hadis Nabi Muhammad saw: “Sebaik2 ubat itu adalah al Quran”… Masya Allah! Ini adalah perakuan nabi saw… Tiada ubat, mantera dan teknik boombastik lain yang dapat menandingi kehebatan al Quran!



3) Sabda Nabi saw: “A’lijiha bi kitabillah”. Ubatilah (Saidatina Aisyah ra itu) dengan membaca al Quran”… Nabi saw tidak menyuruh wanita tersebut berubat dengan kaedah makrifat dan hakikat serta mantera yang mempunyai tafsiran syirik yang jelas.. Tapi baginda menyuruh pembantu wanita tersebut merawati isterinya Saidatina Aisyah ra dengan kaedah ruqyah dengan al Quran..



4) Saidina Jibril mengajar Rasulullah saw dengan kaedah ruqyah seumpama yang diriwiyatkan dalam hadis ruqyah Jibril:


“Aku memohon perlindungan dengan kalimah2 Allah yang sempurna yang tidak dilampaui akan dia orang mereka yang jahat dan melakukan maksiat……..” dan ruqyah “ Dengan nama Allah saya jampi kamu…..


Ini adalah cara Malaikat Jibril mengajarkan ruqyah / jampi kepada Nabi Muhammad saw dengan menggunakan doa2 penawar yang direstui Allah.


Jadi adakah Saidina Jibril juga Wahhabi apabila menggunakan teknik ruqyah???



5) Nabi Muhammad saw merawat dengan menggunakan ruqyah ayat2 al Quran:

“ Hadis yang diriwayatkan oleh Ata’ bin Abi Rabah menceritakan perihal seorang perempuan datang menemui Rasulullah saw mengadu sakit angkara jin. Maka Nabi saw membacakan ruqyah dengan menggunakan ayat2 al Quran dan akhirnya wanita tersebut sembuh dengan izin Allah Taala..


Jadi adakah Rasululah saw seorang Wahhabi apabila membaca ruqyah???



6) Hadis Yaala bin Murrah menceritakan seorang budak lelaki dibawa oleh ibunya berjumpa Rasululah saw kerana penyakit al lamam (gila). Lalu Rasulullah saw membacakan ayat2 al Quran sebagai ruqyah lalu menepuk belakang budak tersebut yang akhirnya memuntahkan objek hitam yang kemudiaannya hilang… Hadis ini terdapat di dalam kitab Musnad Imam Ahmad.


Jadi adakah Rasulullah seorang Wahhabi apabila berubat menggunakan ruqyah?



7) Dalam satu hadis yang sahih, Rasulullah saw pernah cuba disihir oleh seorang Yahudi bernama Labid bin al A’sam. Saidina Jibril mengajarkan al Muawwizat sebagai satu ruqyah untuk mengubati sihir tersebut? Adakah Saidina Jibril as mengajar Rasulullah untuk menjadi Wahhabi apabila baginda menggunakan al Quran sebagai ruqyah (jampi)?



8) Sahabat nabi bernama Ibn Masud membacakan ayat 115-118 Surah al Mukminun lalu dibacakan kepada seorang pesakit lalu ia sedar dari kerasukan. Nabi saw bertanya apa yang dibaca? Lalu beliau membaca ayat tersebut dan diiktiraf oleh Rasulullah saw..


Jadi adakah Saidina Ibn Masud seorang Wahhabi?



9) Imam as Syafie ra disoal oleh Imam ar Rabie tentang berjampi dengan al Quran. Lalu beliau menjawab:

Tidak mengapa berjampi dengan kitab Allah SWT dengan sesuatu yang diketahui dengan zikrullah…”


Jadi adakah Imam Syafie Wahhabi?



10) Imam ql Qurtubi menyatakan: “Harus berjampi dengan KALAMULLAH dan juga nama2nya….



11) Pendapat ulama2 Syafie di dalam kitab Khazinatul Asrar:

“ al Qadhi Hussain, al Baghawi dan lainnya dr Mazhab Syafie berpendapat jika dituliskan al Quran pada manusia atau makanan tidaklah mengapa.”



12) Masya Allah... Semasa saya di Dimasyq Syria... Sheikh2 Jami' membaca ruqyah untuk merawat pesakit dengan suara yang lantang... seperti yang saya lihat secara berdepan dengan imam masjid abu nur, jabal qasiyoun, dimasyq syria yang membacakan ruqyah kepada pesakit depan saya dengan nada yang kuat. Saya pernah menuntut di Abu Nur; Majma' Sheikh Ahmad Kiftaro yang diasaskan oleh al Marhum Sheikh Ahmad Kiftaro yang merupakan bekas mufti Syria dan Sheikh Tarekat Naqshbandi Khalidi al Kurdi yg juga merupakan sahabat karib Maulana Sheikh Nazim. (Banyak video2 lama pertemuan Sheikh Nazim dan Sheikh Ahmad ada dalam simpanan saya)


Sheikh2 ini menggunakan ruqyah syariyyah di depan mata saya dan of course mereka bukan Wahhabi….



13) Ruqyah adalah teknik sheikh2 tarekat: Antaranya Sh Abd Aziz Iskandariah Mesir. Ramai pelajar2 akhawat berubat dengan sheikh ini yang menggunakan teknik ruqyah syariyyah dan beliau bukan Wahhabi.



14) Pelajar2 Malaysia di Mesir juga berubat dengan seorang Sheikh yang of course memang bukan Wahhabi yang tinggal berdekatan Masjid Al Azhar Mesir.



15) Guru saya Maulana Sheikh Nazim juga menggunakan teknik ruqyah 40 kali bacaan al Fatihah untuk mengubati pesakit khususnya pesakit ketagihan dan airnya diminum… Sila rujuk buku Maulana Natural Medicines, Traditional Sufi Healing Methods.



16) Sheikh Adnan dan Sheikh Hisham juga menganjurkan bacaan ruqyah al Fatihah 40 kali terhadap pesakit kerasukan… Ini terjadi kepada sahabat kami Abang Megat yang mengadu kepada Sh Adnan…. Sh Adnan adalah sheikh tarekat Naqshbandi dan beliau menggunakan kaedah ruqyah syariyyah .. Sapa kata sheikh2 tarekat esp Naqshbandi tidak menggunakan teknik2 ini….

Sheikh Hisyam membacakan ruqyah kepada Presiden Indonesia SBY sambil memegang dada beliau.



17) Saya biasa melihat Sh Raja Ashman merawat pesakit kerasukan dengan membaca ayat2 suci al Quran dan memicit kaki pesakit… Pernah satu kejadian Sh Raja membaca ruqyah dengan meletakkan tangan di atas kepala seorang pesakit sehingga akhirnya ia jatuh meronta2 di atas lantai di depan mata saya… Sh Raja, Sh Hisham dan Sh Adnan biasa membaca ruqyah dengan meletakkan tangannya ke atas kepala dan dada saya… Isteri dan anak2 saya biasa dijampi sheikh2 naqshbandi dengan membaca al Quran dan meletakkan tangan di atas kepala. Saya dan anak biasa dijampi dengan memegang dada kami…



Jadi jangan memperkecilkan sheikh2 Naqshbandi dengan mengatakan mereka tidak layak memberi ijazah perubatan. Ijazah beragama dan segala pengamalannya kami dapat melalui baiah.. Inikan pula ijazah perubatan dan ruqyah….



Seperti yang dipetik dari buku Sufi Healing: Sebab itu ada ramai bertanya kepada seorang murid Naqshbandi dari London. Ramai yang terkejut dan takjub dengan kehebatan sheikh2 Naqshbandi dalam rawatan Islam. (malah saya jika tak tahu ubat untuk certain penyakit saya akan bertanya kepada Sh Raja)….


Mereka berkata, “Biar betul… mereka adalah guru2 rohani, bukan perawat.”


Berkata sahabat dari London, Zero Quensel tersebut. “ Memang, ia memang memerlukan sedikit masa kepada sesetengah orang sebelum mengetahui sedikit sebanyak apa yang awliya’ Allah MAMPU BUAT!”



Pada pengikut Naqshbandi; Sheikh Nazim adalah Sultanul Awliya’ pada zaman ini. Khalifah2nya seperti Sheikh Raja, wakil Sheikh Nazim di kawasan Timur. Teringat saya ketika di pangkuan Maulana di Dergahnya di Cyprus pada tahun 2006.


Katanya kepada saya.. “Peganglah sungguh2 Sheikh Raja Ashman!!!”.



Baiah yang lebih dominan mampu mereka berikan, inikan pula ijazah2 dan keizinan lainnya seperti perubatan Islam dan bekam.



Siapa kita untuk memepertikaikan kredebiliti awliya’ Allah dalam melakukan sesuatu tindakan… Bagi saya, sekiranya ada orang mempertikaikan ijazah dan izin guru2 tarekat; sama ada mereka bukan ahli mana2 tarekat sehingga mereka tidak faham konsep bermursyid dan autoriti seorang mursyid, mereka iri hati ataupun sebenarnya mereka wahhabi… Itu sahaja…


Rahsia2 rohani yang bersifat rahsia di sebalik rahsia dan keagungan agama Tuanku dapat dari Maulana.. inikan pula cabang2nya dalam bab2 lain... Para guru rohani mengetahui rahsia kita khususnya rahsia kerohanian kita lebih dari diri kita sendiri!


Jangan underestimate apa yang wali2 Allah dan guru2 mursyid mampu buat!



18) Ada pihak yang menyatakan bahawa semua kitab ruqyah syariyyah adalah tulisan pemuka Wahhabi maka saya jawab: Ini adalah banyak kitab ruqyah syariyyah dari mesir dan Syria yang bukan ditulis tokoh Wahhabi:

Dalilul Mualijin : Sheikh Riyadh Ahmad Samahah

Minhajul Qurani: Sheikh Usamah Mihd Iwadi

Alij Nafsaka bil Quran: Sheikh Abil fada’

Tibbun Nabawi: Abi Abdillah Muhammad.

Al Ilaji al Qurani: Abd Aziz Ma’mun Isa

Alamul Jin Wa Syayatin: Abdul Khaliq al Attar

At Tadawi bil Quran: Abdul Munim Qandil

Al I’jaz Tibb al Quran: Dr Sayyid al Jamili

As Sihir: Ibrahim Muhammad Jamal

… dan banyak lagi……



19) Ruqyah adalah asas perubatan Darussyifa’… Jadi apakah TGU Harun Din Juga Wahhabi…


Sila rujuk buku terbaru Tuan Guru: “ Ruqyah Asas Perubatan Islam. Siapa kita untuk mempertikaikan kredebiliti dan ketokohan Tuan Guru sebagai pelopor Perubatan Islam di negara kita!!!

Buku terbaru TGU Harun Din; RUQYAH ASAS PENGUBATAN ISLAM



20) Sebagaimana subjek MANTIQ diambil dan diimport dari golongan Yunani dan penyembah dewa; Aristotle dan Plato serta Socrate….. Maka Imam Abdullah al Muqaffa’ mengambil ilmu akal mereka lalu dijadikan ilmu mantiq (akal) yang wajib dipelajari oleh pelajar jurusan Usuluddin Universiti al Azhar……Begitu juga pengasas Asyairah wal Maturidiah salah seorang dari mereka adalah berasas dari aliran Mu’tazilah; bagaimana mereka menggunakan teknik mantiq dalam muktazilah untuk menentang mereka kembali… inikan pula ilmu yang masih tidak bercanggah dalam ASWJ yang ditulis oleh puak2 lain….


Selagi mana ia masih tidak terkeluar dari Tauhid, Fiqh dan Tasawwuf Ahlussunnah wal Jamaah…

- Buktinya TGU Harun Din juga melakukan rujukan dengan buku Wahhabi seperti al Fatawa az Zahabiyyah fil Ruqa as Syariyyah karya bin Baaz untuk menulis buku Menjawab Persoalan Makhluk Halus. Juga kitab as Sorimul Battar dan Wiqayatul Insan Wahid Abd Salam Bali. Siapa kita hendak mempertikaikan tindakan ulamak… Alimkah kita sehingga mempertikaikan tindakan ulamak besar Malaysia?

- Buku Hakikat Jin dan Pengubatannya karya Us Ismail Kamus.. Cuba lihat rujukannya… Ada atau tidak as Sorimul Battar dan Wiqayatul Insan, Wahid Abd Salam Bali sebagai rujukan. Sebagai tokoh ulamak dan pengasas Darus Salam sudah tentu beliau mempunyai dalil dan alasannya.



Cubalah menhayati kaedah yang digunakan oleh Imam Syahid Hassan Al Banna dalam membincangkan “Adabul Ikhtilaf”


Kaedahnya: KITA BERLAPANG DADA DENGAN MANA2 TITIK PERTEMUAN ANTARA KITA DAN BERSIKAP TEGAS DENGAN PENDIRIAN KITA DENGAN PERKARA YANG BERTENTANGAN DENGAN KITA.


… Ulamak menggunakan Sabda Nabi Muhammad saw:


“Khuzul hikmah min ayyi wiain kharajat”….. "Ambillah hikmah dari mana jua ia keluar"…


Walaupun dari Yahudi, Ateis atau Wahhabi……


.. dan kata2 Saidina Ali krmjh: “Unzur ma qala wa la tanzur man qala” Lihatlah siapa yang berkata dan jangan dilihat siapa yang berkata…



Kalau ia benar dan hikmah serta tidak bertentang dengan ASWJ dan kesufian, kenapa katakan TIDAK.. yang tidak adalah perbomohan dan penipuan saja…


Contohilah Tuan Guru Ustaz Harun Din dan Ustaz Ismail Kamus yang berlapang dada merujuk kitab tersebut dalam bab perubatan... malah isi pengajian mereka juga saya lihat ada yang diambil bulat2 dari kitab2 tersebut.... alimkah sangat kita melebihi TGU Harun Din dan U Ismail Kamus sehingga kita tidak bersetuju dengan tindakan mereka.....

Mereka mempunyai penilaian dan prinsip mereka... Titik pertemuan antara kita dan Salafi sekiranya ada hendaklah diakui dan mana yang berselisih kita tetap dengan pendapat kita...

Tentang penulis tersebut Wahhabi atau Salafi itu pegangan personal penulis kitab2 tersebut.. biar dia jawab sendiri depan Allah Taala kelak.

Saya masih ingat seorang Sheikh Tarekat Syazuli bernama Sheikh Ahmad Badran al Syazuli al Qawakuji di Iskandariah Mesir yang sentiasa menghormati semua orang yang mengucapkan kalimah syahadah hatta golongan wahhabi... sehingga apabila beliau meninggal ramai sheikh2 wahhabi dan orang wahhabi menziarahinya.. ini adalah dakwahnya semoga mereka meninggalkan ajaran tersebut mengenangkan peribadinya yang sangat menghormati semua orang walaupun kafir ataupun wahhabi......


Sebab itu ulamak berkata; dalam kes2 sebegini kita hendaklah kita mengambil jalan tengah dan bersikap sederhana seperti kata ulama' sufi: BAINAL IFRATI WAT TAFRIT......... PEGANGAN YANG TIDAK TERLAMPAU TERTUTUP DAN TERLAMPAU LONGGAR / TERBUKA...


Ambillah jalan tengah... wasato... itu lebih tidak mendatangkan kerosakan....


21) Seperti yang diperkatakan oleh Ustaz Syarhan kepada saya ketika saya membangkitkan isu Wahhabi di hadapan beliau pada pertemua baru2 ini, beliau memberikan jawapan:


  • Kita hanya mengambil kaedahnya sahaja, bukan akidah peribadinya.. Ibarat seorang pelanggan pergi ke kedai membaiki kereta Cina; kita guna alat dan kemahirannya sahaja yang tidak melanggar syariat.. Maka kita ikut saja apa yang dia lakukan terhadap kereta kita; tetapi apa cerita kalau kita nak ikut akidah tokey tersebut.. Itulah perumpaannya secara akliah.


  • Tambahan saya; sekiranya Us Syarhan Wahhabi kenapa beliau menggunakan limau, garam, lada hitam malah kayu kokka..... beliau telah menapis dan memformulasikan kaedahnya sendiri yang beliau pelajari lebih dari 10 orang guru; selagi mana tidak melanggar syarak....


Sehingga apabila kita menggunakan Ruqyah Syariyyah maka dituduh wahhabi pula... bukannkah al Quran haq Allah Taala dan merupakan kalam Allah yang qadim... membacanya merupakan ibadah..

Mudah bukan!!!


Kita hanya menggunakan teknik yang sebenarnya secara kebetulannya digunakan oleh golongan Salafi, dan dalam masa yang sama, sejak sekian lama; guru2 mursyid telah menggunakan teknik yang sama iaitu membaca al Quran... Sekali lagi teknik berubat dengan al Quran bukan hak rasmi mana2 golongan; tetapi milik umat Islam secara khususnya dan manusia sejagat amnya....


Saya biasa melihat sheikh2 tarekat menggunakan ruqyah syariyyah merawat pesakit kerasukan malah sheikh2 Naqshbandi pernah mengajar ruqyah al fatihah 40 kali kepada ahli Naqshbandi untuk merawat pesakit kerasukan.....seperti yang saya sebutkan tadi.

Cuma kebetulan ini sesetengah tokoh wahhabi mesir mensilibuskan teknik ini dalam bentuk tulisan buku yang formal; diguna pakai sebagai rujukan oleh ramai orang di seluruh dunia..

Anggap sajelah... baca buku2 tu mase baca, rujuk dan ambil manafaat ilmu dari buku spt...


1. martindale's dlm bidang farmasi...
2. medical pharmacology dlm bidang perubatan...
3. body reflexology dlm bidang reflexology...
cth 3 buku kat ataih ni ditulis oleh 'non-muslim'...

Namun bab sanad ilmu dan amal... tu dah bab lain... tu. Jadi KISWAH ambik pakej dgn mursyidnya.


Itulah dia 21 dalil untuk dijadikan panduan kepada semua pengamal ruqyah supaya istiqamah dengan cara pembacaan al Quran yang ada dan jangan mencampuradukkan dengan teknik bomoh, pawang, dukun + penipuan..


Sebenarnya menyerang teknik al Quran tidak lebih dari cara terakhir untuk menutup dan mempertahankan perbomohan sesetengah pihak .


WALLAHU A’lam…

No comments:

Post a Comment