Sunday, September 26, 2010

Kenangan Majlis Makan2 Eidulfitri KISWAH 2010

Assalamualaikum semua!Alhamdulillah Majlis Jamuan Makan2 Raya KISWAH 2010 berlangsung dengan jayanya pada 25 September 2010 bersamaan 16 Syawwal 1431; Sabtu lalu dengan dihadiri ramai kenalan dari kawan2 persekolahan, ahli2 perawat KISWAH dan ahli forum ruqyah syariyyah. Semoga pertemuan di pusat rawatan KISWAH Temerloh, di dalam suasana Hari Raya ini mengikat dan mengukuhkan lagi ikatan ukhuwwah yang selama ini terbina....

Terima kasih kepada semua tetamu "Makan2 Raya KISWAH" yang sudi hadir pada hari yang ceria tersebut. Terima kasih kepada Abang Kasim sekeluarga yang bersusah payah menyediakan hidangan soto Jawa yang sangat istimewa kepada kami!

Kelihatan keluarga al Marhum Abang Zahari SB, yang sudi datang memeriahkan majlis. Abang SB adalah salah seorang anak murid saya yang pertama dan sempat bersama KISWAH setahun lebih lamanya sebelum kembali ke rahmatullah sebelum Ramadhan yang lalu....


Kelihatan sahabat2 seperjuangan saya yang merupakan perawat2 KISWAH, anak2 murid yang sama2 berjuang mendaulatkan perrubatan Islam di negeri Pahang khususnya dan Malaysia amnya... Teruskan perjuangan. Dari kiri Abang Kasim; perawat Temerloh Jaya yang juga merupakan orang kanan saya, Mat 14, Ustaz Zul yang menyusun web cdruqyah.com dan Pak Cik Mat Saed; perawat Mentakab.


Turut hadir Us Zaharim mudir Maahad Tahfiz Faqeh, Temerloh bersama keluarga... Syukran Ustaz kerana sudi meluangkan masa....

Antara muslimat yang hadir, kebanyakannya adalah alumni usrah Badan Dakwah SMA Al Khairiah Temerloh. Mereka dahulu adalah anak2 buah saya semasa giat di dalam aktiviti dakwah, usrah, khemah ibadah dan tamrin sekolah2 agama negeri Pahang satu ketika dahulu. Kenangan bersama ikhwah dan akhawwat semasa kita berjuang dahulu tidak akan dapat saya lupakan..... Teruskan perjuangan dalam medan masing2.

Kanak2lah yang paling gembira esp bila dapat duit raya... Terima kasih kepada tetamu yang saling bertukar duit raya untuk anak2 sepanjang majlis.

Baby Nazim, anak kedua yang makin sihat berkat doa semua.... Terima kasih kepada mereka yang bagi duit raya kepada Abdullah Faiz dan Muhammad Nazim... :)

Antara hidangan untuk tetamu yang sebenarnya cukup2 untuk semua... Tidaklah tak cukup dan tidak pula membazir dan berlebihan..Siap boleh tapow kepada kawan2 dan ahli keluarga serta jiran... Alhamdulillah rezeki Allah yang bagi..... Kata orang2 alim itulah dua tanda bahawa makanan tersebut BERKAT.... insya Allah... Alhamdulillah.....

Perjumpaan sebegini membungakan bibit ukhuwwah kembali di kalangan kami.... Semoga segala su' zan dan kesalahan lepas dapat dihapuskan....

Kelihatan Abdullah Faiz begitu ceria di pangkuan Mat 14.... Selamat menjamu selera kepada semua!!!!

Ustaz Naza Imam Hafiz Masjid Temerloh turut hadir bersama keluarga... Apa agaknya yang dibincangkan oleh Us Naza dan Us Zul yg baru melangsungkan perkahwinan raya ke 5 hari tu!!???

Semoga jamuan raya ini diberkati Allah dan semua tetamu berasa puas hati dengan layanan yang diberikan..... Terima kasih kepada semua yang membantu secara langsung atau tidak bagi menjayakan MAJLIS MAKAN2 RAYA KISWAH pada tahun ini... Semoga majlis ini dapat dijadikan majlis tahunan KISWAH...

Harapan saya, berkat doa tetamu yang hadir; KISWAH akan menempa kejayaan melebarkan dakwah perubatan Islam yang sebenar di negara kita... dan hajat saya secara peribadi, dengan keberkatan perkumpulan ini di hari yang ceria dan bahagia, keluarga kami beroleh keredhaan, keberkatan, ketenangan, kesihatan dan kebahagian dunia dan akhirat... berkat doa guru2 kami dan anda semua... Amin.....

Jumpa lagi tahun depan!!!

No comments:

Post a Comment