Definisi:
*Anak yang tidak mahu mendengar kata sama ada disebabkan keras hatinya atau kerana masalah gangguan makhluk halus yang sentiasa mengawal emosi dan tingkah laku*
Antara jenisnya adalah:
1) Anak yang tidak mahu ke sekolah.
2) Anak yang mengalami masalah sosial.
3) Anak yang selalu melawan orang tua.
4) Anak yang susah belajar
5) Anak yang mengalami masalah autisme dan hyper active.
(sebenarnya merupakan gangguan jin)
*Tanda-tanda anak nakal disebabkan gangguan makhluk halus:
Tanda ketika tidur:
* Mimpi ular, binatang buas dan berbisa, sampah, kubur, bayi, bunyi gigi, tersentak, benda tajam, benda gatal, lembaga, mayat dsb.
Tanda ketika jaga:
* Sakit tulang empat kerat, sakit belikat, ketumbuhan, takut menziarahi orang mati, sawan, ragu2 akan iman, gelisah mendengar al Quran dan azan dsb.
Rawatan anak nakal disebabkan gangguan jin:
*Jika ada campurlibat jin hendaklah dirawat dengan ruqyah syariyyah terlebih dahulu. Mendengar ayat al Quran yang dibacakan oleh perawat, minum air ruqyah dan mandi air ruqyah.
Ayat-ayat pelembut hati dan penerang hati
Ayat-ayat ini dibaca selepas solat sebanyak 3 atau 7 kali. Pada ayat yang
bergaris gambarkan wajah dan niatkan untuk siapa supaya terang dan
lembut hatinya mengikut kita. INGAT!!! Bacaan diniatkan hadiah kepada
mereka….
Al Fatihah: 1-7
Supaya hatinya terbuka untuk kita
Ali Imran: 31
Supaya kasihkan kita
Yusuf: 4
Supaya ikut kata
Toha: 1- 6
Supaya lembut hati
Rum: 21
Supaya balik tinggal di rumah dan wujud kasih sayang dalam rumahtangga
Fussilat: 29
Supaya akur kepada kita dan supaya Allah tunjukkan punca onar tersebut
Al Hasyr: 21-24
Supaya hati lembut
Al Insyirah: 1-8
Baca pada air mineral sebanyak 70 kali selepas solat hajat sebelum tidur.
Tiup sehabis nafas sambil berniat pada air meneral dan masukkan ke dalam air minuman dan ketika masak nasi.
Jika boleh diberi minum terus lebih baik. Khusus untuk pelembut dan penerang hati.
Doa:
Supaya hatinya lembut untuk kita
اللهم لين لي قلبه كما لينت لداود الحديد
(Ya Allah lembutkanlah hatinya untuk aku sebagaimana Dikau lembutkan besi untuk Nabi Daud as)
Ayat-ayat ini boleh dibaca untuk kerukunan rumah tangga. Boleh juga untuk anak yang nakal tidak mendengar cakap dan penerang hati untuk pembelajaran terutamanya surah al Insyirah. Solat hajat hendaklah dilakukan. Jangan lupa bernazar dan rajin bersedekah dengan niat kesembuhan.
* Ini adalah sebahagian dari pengisian seminar modul 2 KISWAH*
No comments:
Post a Comment