Monday, April 26, 2010

Tanya sama Us Hayat 2: Hukum pada ahli sihir




S: Salam ustaz, saya nak tanya apa hukum bagi pengupah sihir, adakah si pengupah ni di terima taubatnya..sekiranya si pengupah ingin bertaubat bagaimana caranya..dan bolehkan kita membalas balik perbuatan si pengupah ini dan apakah hukumnya..

J: 1) Hukum bagi tukang sihir dan pengupah tukang sihir (untuk menjahanam dan membunuh orang lain) adalah hukum bunuh

Sabda Nabi saw: ( Haddu as Sahir ad Darbah bi as Saif) .
Maksudnya: HUkuman untuk tukang sihir (dan pengupahnya krn bersekogkol) adalah dipukul dengan pedang (hukum bunuh - dipenggal) namun ada juga pendapat yang menyatakan hukumnya dipenjara dan dibuang negeri.. masalahnya undang2 ini masih tidak dipraktikkan lagi di mana2... namun dengarnya TGU Harun Din diberi ruang untuk memperjuangkannya.

2) Pengupah ini boleh bertaubat dan jika rukun2 taubat dipenuhi maka dia terhapus dari dosa: (hadis nabi saw: Sesiapa yang bertaubat dari dosa seumpama dia tidak membuat dosa)

3) Cara bertaubat adalah menyesal dgn perbuatan dan kembali kepada Allah dan memohon maaf dari mangsa dan keluarga mangsa sekiranya telah meninggal dunia akibat sihir yang dihantarnya.

4) Boleh membalas atau tidak sudah ada dalam perbincangan di dalam topik lain... (rujuk dlm forum)

Terima kasih untuk soalan yang baik dari orang yang baik jua...

No comments:

Post a Comment