Muhasabah keduabelas:
Jangan jadi perawat yang obses makluk halus!!!
Perawat janganlah terlampau obses akan makhluk halus sehingga pesakit yang datang mengadu sakit semuanya dituduh mempunyai gangguan makhluk halus...
Pastikan pengamatan kita tajam untuk mengenalpasti sama ada pesakit yang berkunjung ke Pusat Rawatan mengalami gangguan atau menghidap penyakit hospital.. walaupun pesakit mendakwanya secara bertubi-tubi!
Kisah saya:
Inilah yang terjadi di pusat rawatan pada hari ini apabila seorang pesakit berumur yang datang sambil mengadu sesak nafas yang amat sangat.. Saya lihat keadaannya begitu kronik dan pesakit mendakwa ada makhluk halus yang 'mencekik' leher dan menekan dadanya sehingga sukar bernafas.. begitulah jua ahli keluarganya..
Melihatkan kedaannya saya mensyakki dia penghidap lelah dan penyakit lain.. Dipendekkan cerita saya memujuk pesakit yang enggan ke hospital tersebut menaiki kereta untuk menyedut gas di hospital... dia enggan sehingga saya menawarkan diri untuk membawanya ke hospital...
Alhamdulillah, saya dapat memujuknya ke hospital... sayalah yang memandu keretanya dan menguruskan segalanya di hospital.. sampai di hospital barulah pecah tembelang bahawa pesakit ini mengidap penyakit lelah dan jantung yang kronik... sudah separa kritikal.... seolah-olah dia merahsiakannya daripada saya!
Malangnya di pusat rawatan pesakit dan keluarga mendakwanya tidak mempunyai penyakit! Confirm jin kata mereka...
Alhamdulillah.. pesakit mendakwa sudah senang bernafas setelah menyedut gas di emergency room..
Setelah menyedut gas dan menjalani pemeriksaan jantung, saya meninggalkannya di wad kecemasan separa kritikal untuk menerima rawatan dan saya pulang ke pusat rawatan... setengah hari saya menguruskan perihal penyakit atuk ni..
Inilah secebis kisah yang boleh dikongsi bersama ; pedoman kepada perawat baru agar kita sekali-sekala mesti beralah.. boleh jadi doktor mampu menangani certain penyakit di dalam certain keadaan esp ketika emergency... lebih baik dari kita...
.. bayangkanlah kalau pesakit tersebut tidak ke hospitak dan menemui ajalnya selepas berubat dengan kita.. apa akan jadi kepada kita... mungkin ahli keluarganya akan menyalahkan perawat Islam kerana tidak bijak menilai situasi lantas gagal membawanya menjalani rawatan yang lebih baik di hospital.. yang sememang tidak mampu kita sediakan...
Begitulah juga sekiranya pesakit yang mendakwa busung dsb.. boleh jadi mereka penghidap sirosis hati dsb....
Tidak perlu cerita yang ajaib, magik lagi bombastik untuk menjadi perawat Islam yang berjuang menolong orang yang kesempitan....
Ingat... apabila kita menolong orang satu hari nanti Allah Taala akan mengutuskan orang untuk menghulurkan bantuannya pula kepada kita sekiranya kita dalam kesusahan kelak.. walau duit kita habis dan masa terkorban...Yakin itu saja...
Sebaik-baik manusia adalah mereka yang memberi manfaat kepada orang lain....
Sekadar berkongsi cerita dan pengajaran...
No comments:
Post a Comment