Tuesday, April 13, 2010

Rawatan sihir: Teknik ruqyah syariyyah cara keenam: Teknik kencing di atas kapak!




Amirul mu’minin lil muhaddithin; Al Hafiz Ibnu Hajar al Asqalani berkata:

“Aku pernah terbaca satu tajuk tentang Sifatun Nusyrah (perihal jampi) dalam satu kitab berjudul Tibbun Nabawi yang dikarang oleh Sheikh Jaafar al Mustaghfiry dan katanya:

“Daku dapati Nasuuh ibnu Waasil ada menulis di belakang salah satu juzuk dari kitab tafsir Qutaibah ibnu Ahmad al bukhary dan katanya:

“Qatadah pernah bertanya kepada Saaid ibnu Musayyib tentang seorang lelaki yang ingin mengubati seorang wanita yang terkena sihir, adakah boleh dilakukan sebarang jampi kepadanya?

Lalu beliau menjawab: Tidak mengapa. Dia cuma mahu melaksanakan kebaikan sahaja. Apa-apa yang mendatangkan manfaat tidaklah ada larangan buatnya.

Nasuuh selanjutnya berkata: “ Hammad ibnu Syakir pernah mengajukan pertanyaan kepadaku tentang jampi dan penawar sihir. Namun aku tidak mengetahuinya.

Kemudian dia berkata: (contoh sihir) adalah seperti seseorang lelaki tidak berupaya melakukan hubungan seks dengan isterinya, namun muqaddimahnya telah ada. Sekiranya hal yang demikian berlaku padanya, hendaklah:

1) Dia mengambil seutas tali pinggang kulit
2) ..dan sebilah kapak yang mempunyai dua mata.
3) Ikat tengkuk kapak tadi dengan tali pinggang tersebut.
4) Selepas itu salailah kapak tersebut di atas api.
5) Apabila mata kapak tersebut telah benar-benar kepanasan (merah), cepat-cepatlah keluarkan dari api.
6) Kencinglah di atas kapak tersebut.
7) Wap dari pertembungan tersebut berupaya menyakitkan jin.

Syarat menggunakan teknik ini adalah si mangsa hendaklah beriktikad bahawa bukan kapak tersebut yang memberi kesembuhan tetapi ALLAH jua!!!
Kapak adalah sebab kesembuhan sahaja.

Kepulan asap dari bakaran air kencing tersebut mampu membuatkan jin terseksa. Insya Allah dengan izin Allah jin akan keluar dan sembuhlah pesakit tadi.

Namun ini adalah teknik sampingan saja. Jadikanlah bacaan ruqyah tersebut sebagai teknik perubatan yang utama.

Teknik kencing di atas kapak panas sesuai untuk masalah gangguan seksual sama ada sihir jerut zakar, kunci nafsu, homo dan lesbian, mak nyah dan pengkid yang kebiasaannya melibatkan gangguan makhluk halus.

Ceria Selalu!!!

No comments:

Post a Comment