Tuesday, April 27, 2010

Bolehkah saya mengamal MANZIL tanpa ijazah?

Soalan· Salam..... Saya seorg pengamal kitab Manzil dan merawat pesakit pun mengunakan kitab Manzil..... soalan 1; Bolehkan seseorg itu memgamalkan ayat2 didalam manzil itu tampa bersanat (tidak berguru)??? 2; Apa akibatnya?? 3; Patutkah saya berjumpa dengan keturunan Maulana Muhamad Zakaria untuk mendapatkan sanatnye..
Hayat Annaqsyabandi Jawapan;



1) Boleh beramal namun ia mafdul (tidak afdhal) yang afdhal adalah seseorang itu mendapatkan sanadnya/ ijazah /izin / dustur terlebih dahulu kepada guru yang ada autoriti. Barulah mengalir keberkatan dalam sanad keemasan tersebut.. kerana nabi saw bersabda: (Al Isnadu minad deen) : (sanad itu adalah sebahagian dari (penting di dalam) urusan agama...
Hayat Annaqsyabandi 2) Tiada akibat buruk cuma adab beramal kena berguru dan bila berguru seeloknya ada ijazah dan keizinan serta lutut untuk mengetahui khasiat dan ISI amalan tersebut. Jangan beli buku manzil dari pasar malam maka terus diamal.. ibaratnya jadi ilmu pasar malam jugalah...

Hayat Annaqsyabandi 3) Tidak semestinya berjumpa dengan keturunan beliau... berjumpalah dengan sesiapa yang ada ijazahnya atau sanadnya bersambung kepada beliau...



atau anda boleh dapatkan ijazah ruqyah syariyyah dari ramai ustaz 2 di Malaysia ni.. jika anda ingin saya juga boleh memberi ijazah ruqyah @ manzil kepada anda....



* terima kasih di atas jawapan ustaz. insyaallah kita akan bertemu nanti...
Hayat Annaqsyabandi Sama2.. kasih diterima.. ibarat kata orang Arab, "la syukra alal wajib": perkara yang memang wajib kita buat tak perlulah berterima kasih..



hi hi.. :)

No comments:

Post a Comment