Friday, April 23, 2010

Muhasabah Perawat Islam 13:

Teguran kedua belas:

Suka membuat takwil.

Sesetengah perawat baru dan lama suka sangat membuat takwil (penafsiran sendiri) tentang apa sebenarnya yang berlaku kepada pesakit berdasarkan cerita yang dikisahkan oleh pesakit.

Ternyata cerita-cerita tersebut tidak diperlukan di dalam proses penyembuhan pesakit malah boleh dikatakan kebanyakannya hanyalah tekaan perawat sahaja. Malah kekadang seorang pesakit sampai empat atau lima takwilan yang dibuat. Tidak kurang pula akhirnya membawa kepada permusuhan, pergaduhan dan fitnah sahaja.

Sebagai contohnya:
“Ooh, saya rasa disebabkan nenek awak dulu bidan, confirm awak mewarisi saka.”

“Hmm, menurut cerita awak ni, kalau dah jiran selalu bagi awak makan dan ternyata dia tidak sukakan keluarga awak, agaknya dialah yang menyantau awak melalui makanan yang diberi.”

Malah ada juga yang sampai mereka-reka cerita supaya kelihatan hebat di mata pesakit:

“Emm, saya tengok semuanya ada 28 ekor di dalam badan awak. 27 ekor tu senang je saya keluarkan, cuma seekor je yang duduk di belikat awak yang susah sikit nak keluar. Ketua dia tuh…”

..jikalau ini telah berlaku maka sahlah penipuan telah berlaku.

Masalahnya adalah setiap kata2 perawat seolah-olah menjadi dalil selepas al Quran dan al Hadis buat pesakit. Pesakit akan menjadikan dalil kata-kata anda dan menjajanya ke hulu hilir.. Bayangkanlah kalau telahan anda salah… Betapa anda telah menfitnah datuk nenek pesakit dengan mengatakannya memelihara hantu raya sehingga mengundang kemarahan ahli keluarga dan saudara mara pesakit yang lain.


Jalan keluar:

Sekiranya pesakit mendesak untuk mengetahui apakah jenis gangguannya dan bagaimana ia terjadi… just katakanlah, “Ini gangguan makhluk halus.. itu saja… kalau tahu pun saya tak cerita dan kalau tak tahu macam mana saya nak cerita…”

Jangan terbawa-bawa dengan desakan pesakit sehingga anda mengeluarkan kenyataan akhbar yang bukan-bukan…

CERIA SELALU!!!!

No comments:

Post a Comment