Wednesday, December 2, 2009

TERHARU....!!!


Tiga orang sahabat yang budiman lagi bercahaya wajahnya baru pulang dari rumah saya sebentar tadi. Mereka yang menetap di Raub Pahang datang menyatakan keinginan untuk mendalami ilmu perubatan Islam yang unik ini. Dua orang dari mereka adalah graduan Darus Syifa'. Mereka berhasrat untuk mentahqiqkan lagi ilmu mereka mengikut acuan tarbiyah Ustaz Abd Malek kaedah Darul Hikmah. Ahlan wa sahlan...

Saya berasa terharu kerana mereka sanggup berulang dari Raub ke Temerloh setiap minggu selama setahun semata-mata untuk menadah kitab perubatan Islam.. Perjalanan biasanya mengambil masa 1 jam setengah... Bayangkanlah pengorbanan mereka!!!

Saya akan doakan khas buat mereka; semoga Allah mengurniakan mereka ilmu yang diidam-idamkan...BarakALLAHU fikum!

Setakat ini yang paling jauh berulang ke pusat rawatan untuk mengaji kitab perubatan adalah seorang Ustaz JQAF dari Chini Pahang.

Seorang sahabat lagi yang menetap di Terengganu juga menyatakan hasrat sebegitu. Namun saya berasa serba salah mengenangkan perjalanannya yang jauh untuk mendapatkan ilmu dari saya yang jahil ini....takut tidak berbaloi...Apapun saya akan fikirkan nanti alternatif agar pengajian kita dapat dikongsi bersama..

Walaubagaimanapun, penyertaan halaqah kedua dari orang tempatan masih kurang dan saya masih ternanti-nanti respond anda. Moga-moga Allah Taala membalas jasa pengorbanan anda kerana niat yang tulus murni mendaulatkan perubatan Islam yang sebenar di negara kita...

Kelas pengajian TAQ Pahang terbuka untuk semua golongan... Ada yang bertanya, "Kelas untuk level ustaz ke?" Jawapannya tidak! Kelas sesuai untuk semua golongan... Batch yang pertama ada ustaz yang baru pulang dari Mesir, Ustaz JQAF, peniaga, SB Polis, pesara Petronas, cikgu sekolah dan macam-macam lagi...

JADI...

PENYERTAAN MASIH TERBUKA UNTUK BAKAL PERAWAT SELURUH PAHANG; HALAQAH KEDUA TAQ PAHANG....

WALAU SIAPA PUN ANDA, AYUH KITA MENYEMARAKKAN LAGI TAFAQQUH FID DIN TIDAK KIRA LATARBELAKANG AGAMA (USTAZ) ATAU TIDAK...

..pintu kami masih terbuka untuk anda yang budiman..... Saya berjanji akan mendidik anda bersungguh-sungguh sehingga menjadi perawat Islam (mualij) yang bertakwa dan murni bersih!!! (walaupun wajah ini masih kekotoran dengan noda dan dosa! Ampunkan Aku ya Allah!)

p/s: Kemungkinan kuliah bulanan saya di TAQ Bandar Seri Putri Klang akan bermula ?? /1/2010... Doakan segala urusan dipermudahkan ALLAH!!!

Sila daftar ye...

No comments:

Post a Comment