Saturday, December 19, 2009

Rawatan untuk pesakit 'gila' Bahagian 2:

KAEDAH KEDUA:

Kaedah kedua sebenarnya adalah 'support' / alternatif untuk kaedah pertama:

Dalil:
Diriwayatkan dari Ibn Dharis dari Said bin Jubair RA, bahawa sesunggunya beliau pernah membaca Surah Yaasin kepada seorang lelaki gila, maka akhirnya pesakit itu sembuh!

Sesungguhnya YAASIN adalah hati al Quran... Apabila jin mendengarnya maka ia akan diam dan mendengar dengan teliti ayat al Quran tersebut...

Fiman Allah Taala: (Surah Jin: Ayat 1 dan 2)
"......Katakanlah wahai Muhammad..."Telah diwahyukan kepadaku bahawasanya: Sekumpulan jin telah mendengar (Al Quran), lalu mereka berkata, "Sesungguhnya kami mendengarkan al Quran yang menakjubkan." (Yang) memberi petunjuk kepada jalan yang benar, lalu kami beriman kepadanya. Dan sekali-kali kami tidak akan mempersekutukan seorangpun dengan Tuhan kami..."

Penerangan:
Berbekalkan keberkatan al Quran, akal mangsa akan bebas dari cengkaman jin. Gila berpunca dari jin. Kebiasaannya gila memang berpunca dari serangan dan cengkaman jin ke atas otak manusia.

Apabila diulang bacaan al Quran khususnya YAASIN kepada jin yang mendengar, insya Allah ia akan berambus dari akal yang dicerobohnya...

Bacaan al Quran dalam bentuk ruqyah kepada jin adalah:

1) Untuk jin Islam: Ingatan, teguran, dakwah dan ancaman kepadanya.

2) Untuk jin kafir: Ancaman, tempikan, templak dan peringatan kepadanya.

Apabila dibacakan / diperdengarkan YAASIN secara bertalu-lalu, diberi minum dan mandi air YAASIN sekaligus, nescaya jin akan berambus dari akal penderita. Lebih-lebih lagi jika dibaca secara berjemaah dengan niat yang satu iaitu kesembuhan pesakit!!!

Allah Taala Maha Penyembuh dan Maha Berkuasa atas setiap sesuatu... Insya Allah... Yakinlah!!

Insya Allah sembuh!!!!!!

.... cara kedua dipetik dari kitab ... "A'lij Nafsaka bil Quran", Abul Fida' Muhammad Izat Irfan, Mesir"...

No comments:

Post a Comment