Monday, December 28, 2009

Syarat ke atas sekolah histeria


Berikut adalah syarat yang dikenakan terhadap sekolah yang mengalami histeria jika ingin mendapatkan rawatan dari perawat-perawat Islam khususnya DARUL HIKMAH. Perkara ini dibangkitkan semasa perjumpaan perawat-perawat Islam TAQ Darul Hikmah seluruh negara di Kedah di tempoh hari:

1) Sekolah tidak dibenarkan sekali-kali membawa walau seorang pun bomoh untuk tujuan kesembuhan di sekolah terbabit sepanjang tempoh rawatan. Apalagi untuk bekerjasama dengan mereka!


2) Pihak sekolah mesti mengumpulkan ke semua warga sekolah dari kalangan guru dan kakitangan serta semua ibu bapa pelajar yang terlibat untuk diberi penerangan dan tazkiran berkenaan proses rawatan dan konsep perubatan Islam oleh perawat Islam yang bertauliah dan berijazah...

Barulah perawat Islam memulakan rawatannya!

p/s: Kebiasaannya pihak sekolah tidak dapat memenuhi permintaan dari perawat Islam kerana terikat dengan perbomohan atau ibu bapa menerjah ke kawasan sekolah dengan menarik tangan bomoh bersama mereka.

No comments:

Post a Comment