Kelihatan 'pusat rawatan' yang sedia ada sekarang... Itulah ruang tamu, ruang makan, ruang tempat anak bermain, ruang rawatan sihir, ruang rawatan bekam, ruang urut, ruang kuliah perubatan, ruang muntah dan ruang ludah serta ruang mengamuk dan bersilat pesakit yang berkunjung ke "pusat rawatan merangkap rumah saya ini..."
Hayat an Naqshbandi,
Perawat Terapi Al Quran Darul Hikmah,
Temerloh, Pahang.
----------------------------------------------------------------------------
Para muhsinin seperti anda,
Di mana-mana jua di muka bumi Allah ini. 20 Disember 2009
Tuan / Puan,
Assalamualaikum,
Kutipan sumbangan untuk dana Pusat Rawatan Islam Terapi al Quran Darul Hikmah Pahang
Segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Pihak kami memerlukan sumbangan ikhlas anda untuk mengisi dana bagi membolehkan pusat rawatan kami beroperasi di tempat yang sepatutnya serta dalam keadaan yang selesa.
3. Ini kerana pusat rawatan yang ada sekarang tidak sesuai lagi dijadikan tempat rawatan kerana lokasinya yang boleh mengganggu jiran tetangga dan keluarga perawat sendiri.
4. Memandangkan bilangan pengunjung dijangka akan meningkat pada tahun hadapan, ruang kecil di rumah perawat ini tidak sesuai langsung untuk dijadikan pusat rawatan.
5. Pengasas TAQ Darul Hikmah juga menggesa agar semua perawat TAQ seluruh negara mempunyai pusat rawatan yang profesional bagi melayakkan ia digelar pusat rawatan yang mampu menyediakan persekitaran yang sesuai untuk pesakit.
6. Pusat rawatan ini memerlukan hampir RM11 000 untuk menyempurnakan prasarananya. Memandangkan perawat tidak mempunyai kewangan dan modal yang cukup maka sumbangan anda amatlah diharapkan. Kos pusat rawatan terdapat di dalam lampiran I.
7. Setakat kempen dana ini dilancarkan, sumbangan dari dermawan masih kurang. Setelah dana dilancarkan hampir seminggu yang lalu jumlah yang terkumpul, alhamdulillah setakat ini adalah RM0.00. Kami masih sabar menunggu naluri keprihatinan tuan.
8.
9. Semoga Allah Taala membalas segala kebaikan tuan. Fikirkanlah... Semua ini adalah untuk kebajikan para muslimin, cabang dakwah dan perjuangan untuk menyelamatkan akidah mereka di sebelah sini malah bukan sekadar 'bisnes' perawat sahaja (yang tidak seberapa malah cukup makan sahaja setakat ini).
Sekian, terima kasih.
"Bersedekah sumber kesembuhan"
Yang benar,
Hayat an Naqshbandi,
Perawat TAQ Darul Hikmah Pahang...
Lampiran 1
Kos Permulaan Pusat Rawatan TAQ Darul Hikmah Pahang. (sewa)
1) Sewa dan deposit awal RM 1500
2) Banner simple RM 300
3) Partition RM 5000
4) Papan tanda bercahaya RM 3000
5) Peralatan bekam
(sterilizer, katil rawatan dsb) RM 500
6) Peralatan pejabat
(meja, kerusi, rak, karpet dsb) RM700
Jumlah RM11000
No comments:
Post a Comment