Sunday, December 27, 2009

Senarai 6 Ayat Syifa' di dalam al Quran!



Diriwayatkan bahawa Abu al Qasim al Qusyairi (Risalah Qusyairiah) pernah menghadapi kesusahan disebabkan anaknya sakit tenat sehingga dia menjadi hampir-hampir berputus asa untuk mengubatinya. Keadaan ini sangat mencemaskan sehingga pada suatu malam beliau bermimpi bertemu mengadap Rasulullah saw lalu mengadukan penderitaanya kepad a baginda. Mendengar pengaduan tersebut, Rasulullah saw pun bertanya dengan penuh kasih sayang:

“Tidakkah dikau menggunakan ayat-ayat Syifa’ iaitu penyembuh?”

Imam al Qusyairi pun tersedar dengan serta merta. Beliau mencari ayat-ayat itu sehingga beliau memperoleh ayat-ayat tersebut pada enam tempat di dalam al Quran iaitu:-

14. Perangilah mereka, nescaya Allah akan menyeksa mereka Dengan (perantaraan) tangan kamu, dan Allah akan menghinakan mereka serta menolong kamu menewaskan mereka, dan ia akan menyembuhkan (memuaskan) hati orang-orang Yang beriman

At Taubah:[ 14]

57. Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran Yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu, dan Yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin Yang ada di Dalam dada kamu, dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang Yang beriman.

Yunus: [57]

69. Kemudian makanlah dari Segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang Engkau sukai), serta Turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu Yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu". (dengan itu) akan keluarlah dari Dalam badannya minuman (madu) Yang berlainan warnanya, Yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada Yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang Yang mahu berfikir.

An Nahl: [69]

82. Dan Kami turunkan Dengan beransur-ansur dari Al-Quran Ayat-ayat suci Yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang Yang beriman kepadanya; dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang Yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua.

Al Isra’: [82]

80. "Dan apabila Aku sakit, maka Dia lah Yang menyembuhkan penyakitku;

As Syuara’: [80]



44. Dan kalaulah Al-Quran itu Kami jadikan (bacaan) Dalam bahasa asing, tentulah mereka akan berkata: "Mengapa tidak dijelaskan ayat-ayatNya (dalam bahasa Yang Kami fahami)? Patutkah Kitab itu berbahasa asing sedang Rasul Yang membawanya berbangsa Arab?" Katakanlah (Wahai Muhammad): "Al-Quran itu, menjadi (cahaya) petunjuk serta penawar bagi orang-orang Yang beriman; dan sebaliknya orang-orang Yang tidak beriman, (Al-Quran itu) menjadi sebagai satu penyakit Yang menyumbat telinga mereka (bukan penawar); dan ia juga merupakan gelap-gelita Yang menimpa (pandangan) mereka (bukan cahaya Yang menerangi). mereka itu - (dengan perbuatan melarikan diri dari ajaran Al-Quran, tidak ubahnya seperti) orang-orang Yang diseru dari tempat Yang jauh (Masakan mereka dapat mendengar Dengan betul atau melihat Dengan nyata)".

Fussilat:[ 44]

Maka Imam al Qusyairi berkata:

"Saya pun menuliskan ayat-ayat tersebut di atas satu lembaran kertas kemudian saya membasuhnya dengan air lalu saya memberi minum kepada anak saya.

Lantas dengan izin Allah Jalla Jalaluh sembuhlah penyakit anak saya dengan serta merta!"

Petikan eBook RAHSIA AIR JAMPI: edisi lakukan sendiri di rumah (Rahsia Perawat Islam)... Nantikan pelancarannya bulan ini!!!!

1 comment:

  1. saya copy kerana untuk belajar demi melindungi ahli keluarga saya

    ReplyDelete