Friday, October 22, 2010

Satu pertanyaan dari Sahabat2 Nabi Isa: 11hb Oktober 2010

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Ringkasan Suhbah Harian Maulana Shaykh Nazim

11hb Oktober 2010

Satu pertanyaan dari Sahabat2 Nabi Isa

  • Setiap Suhbah merupakan satu daripada taman-taman Syurga, dan mereka yang hadir adalah manusia yang bertuah. Maulana menasihati kamu untuk mencari kumpulan2 manusia yang duduk berkumpul (walaupun ianya hanya kumpulan yang kecil) untuk mendengar kata-kata nasihat dari para Nabi dan ajaran dari Kitab Suci, kerana itulah taman syurga, di mana manusia sedang mempelajari adab orang2 Syurgawi. Setiap manusia inginkan syurga dan takut masuk nereka maka berdoalah “Wahai Tuhan kami, ampunkan kami, dan melalui Lautan Belas KasihanMu, hindarkan lah kami dari azab Api neraka.”

إِنَّ بَطۡشَ رَبِّكَ لَشَدِيدٌ

Sesungguhnya, Hukuman dari Tuhanmu sangat menyakitkan. (Surah Al-Burooj 85:12)

  • Tidak mudah untuk benar2 selamat di akhirat. Ada begitu banyak persiapan yang perlu di lakukan, begitu banyak yang harus di pelajari mengenai kesucian zahir dan bathin. Maka para Nabi dan Rasul tidak di utuskan hanya sebagai satu permainan/gurauan. Mereka membawa risalah yang memperkenalkan kepada Ummat2 mereka, haqiqat kehidupan yang singkat ini. Mereka adalah manusia pilihan, mereka berjalan di ats kebenaran, dan mereka bertutur hanya kebenaran. Mereka di utus untuk mengajar manusia, untuk berjalan di atas jalan yang benar juga, maka manusia mesti merubah sikap dan perangai mereka sehingga ianya benar2 mengikuti apa yang menjadi kehendak Syurgawi.
  • Para Nabi dan Rasul, serta Kitab2 Suci, membimbing manusia supaya mereka mengubah kehidupan mereka, sehinggakan corak hidup mereka benar2 menyenangkan Sang Pencipta. Adakah kamu telah ubahkan dan menyesuaikan kehidupanmu sehingga ianya menyenangkan Allah, atau adakah kamu mengatur hidupmu untuk menyenangkan kemahuan nafsu dan ego dirimu sendiri? Inilah persoalan yang paling penting dalam kehidupan manusia! Kamu akan di balas di akhirat, menurut berapa jauhkah kamu berjaya untuk menta’ati Allah. Wahai manusia, kamu melakukan bermacam2 perbuatan setiap hari, tetapi, pernahkan kamu mengukur setiap dari tingkah laku mu, samada ia adalah menuruti perintah Ilahi, atau ia menurut kehendak dirimu sendiri?
  • Setiap perbuatan yang kamu lakukan, yang menta’ati ego, adalah penderhakaan kepada Allah! Setiap permintaan ego mu, adalah haram! Maka, walau kamu bergerak setapak pun menurut kehendak ego mu, kamu akan di azab oleh Allah. Pastikan setiap tapak yang kamu ambil adalah dalam ta’at kepada Syariat Allah. Setiap saat dalam kehidupan mu, mesti di dalam keta’atan. Orang yang beriman, tidak di izinkan untuk melakukan walau satu perbuatan menurut egonya!
  • Inilah yang kamu (wahai asatizah2) mesti terangkan kepada murid2 mu, iaitu jangan hidup di atas bumi ini sewenang2nya, dengan melakukan apa sahaja yang kamu sukai. Maulana memberi contoh seorang hamba yang berkerja di istana. Selagi dia di luar istana, hamba itu boleh melakukan apa sahaja yang dia suka, tetapi apabila dia menghadap Raja, di dalam istana, dia tidak boleh melakukan sesuka hatinya lagi! Dia sekarang berada di dalam kawasan, serta pandangan, Raja! Maka dia sepatutnya menunjukkan adab yang terbaik dan protokol yang sempurna, dia mesti memberi kehormatan yang tertinggi kepada Rajanya – itulah adab seorang hamba di hadapan Rajanya. Setiap saat hamba itu berada di dalam pandangan Rajanya, dia mesti mempamerkan sebaik2 adab sebagai seorang hamba. Tidakkah Dia sedang memerhatikan mu? Bukankah kamu seorang hamba Allah? Jika kamu benar2 meyakini haqiqat ini, kamu mesti melaksanakan tugasmu seperti seorang hamba.
  • Kamu tidak di izinkan untuk hidup sesuka hatimu. Perbuatan demikian adalah untuk haiwan, yang tidak di pikulkan dengan tanggungjawab langsung. Manusia memikul tanggungjawab yang amat berat. Amanah yang di pikulnya, seluruh alam tidak sanggup memikulnya. Manusia adalah mahluk yang istimewa, yang tiada bandingnya; walau malaikat pun tidak di beri kedudukan seperti yang dikurniakan pada manusia. Manusia di beri pengkhususan dan status yang tertinggi sekali dalam alam ini, iaitu sebagai Khalifah Allah.

وَإِذۡ قَالَ رَبُّكَ لِلۡمَلَـٰٓٮِٕكَةِ إِنِّى جَاعِلٌ۬ فِى ٱلۡأَرۡضِ خَلِيفَةً۬‌ۖ

Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi. (Surah Al-Baqarah 2:30)

  • Apakah makna gelaran Khalifah? Ia adalah gelaran syurgawi, yang memberi kemuliaan kepada Ummat manusia. Kamu mesti sedar akan kemuliaan tinggi yang Allah telah berikan pada mu. Maka kerana itulah, Allah mengutus para Nabi dan Rasul kepada manusia, untuk melatih mereka supaya mencapai sifat perhambaan kepada Allah, yang sesuai dengan kemuliaan yang Allah kurniakan keatas mereka. Hanya dengan menjadi sebenar benar hamba Allah, dan dengan memberi penghormatan yang tertinggi terhadap Allah, kamu akan dapat menunaikan segala tanggungjawabmu, sebagai Khalifah Allah. Maka para Nabi dan Rasul membawa berbagai peraturan bagi manusia untuk pelajari dan ta’ati, sebagai tanda hormat kepada Allah.
  • Yang paling penting bagi seorang hamba, adalah untuk beriman kepada Allah, Sang Pencipta. Setiap Nabi membawa risalah Tauhid, kepada ummatnya, dan menyeru manusia kepada menTauhidkan Allah, kepada pengistiharaan ‘La ila ha illallah, Muhammadur Rasulullah.’ Tidak ada manusia yang boleh mencapai kemuliaan, tanpa dia melafazakan dan beriman kepada La ila ha illallah, Muhammadur Rasulullah.
  • Seterusnya, para Nabi dan Rasul membawa ajaran mengenai adab (akhlaq yang mulia). Setiap Kitab Suci mengajar manusia adab perhambaan. Kehidupanmu, mestilah berdasarkan adab perhambaan kepada Allah. Yang di kehendaki Allah dari manusia, adalah sikap dan sifat perhambaan nya dalam hubungannya dengan Tuhannya.
  • Maulana menyeru kepada Raja2 dan Sultan2 serta Penguasa2 yang kaya-raya, supaya jangan menyombong diri dengan mengatakan, “Aku adalah Raja!” Sebaliknya, katakanlah, “Aku adalah hambaNya.” Setinggi-tinggi kemuliaan bagi manusia dalam dunia ini, bukanlah kerana dia seorang Raja, tetapi adalah apabila dia berjaya menjadi hamba Allah.
  • Dalam setiap perbuatan dan tingkah laku mu, berkelakuanlah sesuai seperti seorang hamba. Apabila ada perbuatan2mu yang kamu tidak lakukan sebagai hambaNya, kamu akan gagal dalam perjalananmu, dan Allah tidak akan menerima amalan2 mu. Allah akan mengatakan kepada para Malaikat, “Ambillah amalan2 ini, dan lontarkan kedalam neraka Jahannam. Aku tidak memerlukan amalan2 hamba2Ku, yang di lakukan bukan semata-mata kerana Ku. Hanya apabila mereka beramal kerana Aku, barulah akan Ku terima.” Jadikan ini satu ukuran yang kamu kenakan atas setiap amalan mu, didalam seluruh baki hidupmu! Keikhlasan adalah perkara yang paling penting dalam hidup mu. Kamu mesti mempertimbangkan setiap amalan mu dengan timbangan keikhlasan.
  • Gelaran sebagai hamba, bermakna seluruh kehidupan mu adalah untuk berkhidmat sebagai kepada Nya. Sikap tunduk dan redha dengan senang hati atas setiap kehendak Allah, adalah adab yang paling sempurna bagi seorang yang bergelar hamba. Dari hujung rambut sehingga hujung jari kakimu mesti wujud dalam ketaatan kepada Allah. Itulah yang di katakan ubudiyyah, perhambaan.
  • Hampir mustahil dan agak sukar untuk menemukan seorang yang berwatak sebenar2 sebagai hamba Allah, dalam zaman ini. Jika amalan2 kamu jatuh di luar lingkungan perhambaan, bagaimanakah kamu masih mengharapkan belas kasihan Allah? Bagi ummat yang degil dan derhaka, adakah kamu berfikir yang Allah akan menghantar belas kasihan Nya atau kemurkaan Nya? Lihatlah keadaan dunia hari ini, ia di hujani dengan laknat Allah……
  • Maka teruskan menasihati masyarakat mu, dan jangan berikan alasan yang mereka tidak menuruti nasihat mu. Maulana berkata, mereka tidak menta’ati nasihat mu, kerana kamu sendiri tidak mengamalkan apa yang kamu sampaikan, kamu tidak hidup dengan contoh. Inilah masalah zaman ini, manusia menta’ati ego dan nafsu mereka, dan mereka mengejar dunia habis-habisan. Mereka berangan-angan panjang dan mereka lupa kepada kematian. Kematian itu pasti, mengapa kamu mengejar dunia yang bakal di tinggalkan ini?
  • Satu soalan yang sering di tanya adalah , “Jika saya tidak mengejar dunia, jika saya tidak bekerja, siapa yang akan memberi saya rizqi?” Maka Maulana memberi jawaban seperti berikut: Sahabat2 Nabi Isa (as) telah bertanya, “Mampukah Allah mengirimkan kami hidangan makanan dari langit?”

إِذۡ قَالَ ٱلۡحَوَارِيُّونَ يَـٰعِيسَى ٱبۡنَ مَرۡيَمَ هَلۡ يَسۡتَطِيعُ رَبُّكَ أَن يُنَزِّلَ عَلَيۡنَا مَآٮِٕدَةً۬ مِّنَ ٱلسَّمَآءِ‌ۖ قَالَ ٱتَّقُواْ ٱللَّهَ إِن ڪُنتُم مُّؤۡمِنِينَ

Dan (ingatlah) ketika orang-orang Hawariyyiin berkata: Wahai Isa Ibni Mariam! Dapatkah kiranya Tuhanmu berkenan menurunkan kepada kamu satu hidangan dari langit? Nabi Isa menjawab: Bertakwalah kamu kepada Allah jika benar kamu orang-orang yang beriman. (Surah Al-Ma'idah 5:112)

قَالَ عِيسَى ٱبۡنُ مَرۡيَمَ ٱللَّهُمَّ رَبَّنَآ أَنزِلۡ عَلَيۡنَا مَآٮِٕدَةً۬ مِّنَ ٱلسَّمَآءِ تَكُونُ لَنَا عِيدً۬ا لِّأَوَّلِنَا وَءَاخِرِنَا وَءَايَةً۬ مِّنكَ‌ۖ وَٱرۡزُقۡنَا وَأَنتَ خَيۡرُ ٱلرَّٲزِقِينَ

Isa Ibni Mariam (pun berdoalah ke hadrat Allah dengan) berkata: Ya Allah, Tuhan kamu! Turunkanlah kiranya kepada kamu satu hidangan dari langit, untuk menjadi hari raya bagi kamu, iaitu bagi kamu yang ada hari ini dan bagi orang-orang kamu yang datang kemudian dan sebagai satu tkamu (mukjizat) daripadamu (yang menunjukkan kebesaran dan kekuasaanMu) dan kurniakanlah rezeki kepada kamu, kerana Engkau jualah sebaik-baik Pemberi rezeki. (Surah Al-Ma'idah 5:114)

  • Maulana berkata, soalan seperti ini tidak seharusnya mereka tanyakan. Mereka telah duduk di sisi seorang Nabi yang hebat, yang telah mengajar mereka Sifat2 Allah dan kehebatan Allah. Allah, yang telah mencipta alam ini, yang Maha Berkuasa, yang Maha Berkehendak, yang Memberi rezeki kepada sesiapa yang di kehendaki, bila Dia menghendaki, kerana Dia adalah Ar-Razzaq. Dan Sahabat2 Nabi Isa (as) belum yakin yang Allah mampu menurunkan satu hidangan makanan?
  • Maulana berkata, jika Sahabat2 ini telah ke rumah seorang yang kaya dalam kampung mereka, orang itu mampu untuk menyiapkan hidangan makanan untuk mereka, malahan, dia juga mungkin mampu untuk memberi makan kepada seluruh penduduk kampung tersebut! Maka untuk bertanyakan soalan demikian kepada Nabi Isa (as), mereka telah membuktikan yang mereka tidak punya keyakinan, dan mereka tidak memahami kebesaran dan kebolehan Allah. Mereka tidak yakin yang Allah mampu untuk memberi mereka rezeki. Walaupun mereka telah menghabiskan waktu yang begitu lama dengan Nabi Isa (as), mereka masih belum mewarisi Iman yang sebenarnya.
  • Adakah kamu benar2 yakin yang Allah mampu untuk menanggung keperluan rezeki mu? Jika kamu punya perasaan was2/ragu2, atau kamu belum yakin yang Allah yang sebenar2 memberi kamu rezeki selama ini, melalui asbab-asbab (waseelah), maka kamu juga adalah seperti Sahabat2 Nabi Isa. Kesangsian demikian berpunca dari Iman yang paling rendah sekali. Kamu tidak sepatutnya bertanya, “Siapa akan menanggung saya, jika saya tidak bekerja?” Di zaman ini, hampir seluruh manusia di bumi ini meyakini fakta ini – ‘Jika saya tidak bekerja, saya tidak akan punya rezeki!’ Maulana bertanya mereka yang sedang bekerja sekarang, adakah mereka akan dapat membeli makanan, jika Allah menahan hujan dari turun ke bumi?
  • Siapa yang menanggung mu? Siapa yang memberi mu makan dan minum? Sebutlah, “Rezeki saya bukanlah dari pekerjaan saya, ia adalah kurnia Ar-Razzaq!” Allah mampu untuk mengirim makanan dari langit, walau kepada seluruh penduduk dunia ini. Jika kamu masih risau mengenai rezeki mu, itulah tanda yang kamu merupakan manusia yang jahil yang belum lagi benar2 beriman kepada Allah dengan sepenuh keyakinan.
  • Maulana bertanya, apabila kamu makan setiap hari, siapakah yang mengirim hidangan makanan itu kepada mu sebenarnya? Allah yang memberi mu rezeki, bukan pekerjaan mu! Maka ambillah pelajaran dari soalan para Sahabat Nabi Isa (as), ia merupakan satu contoh yang penuh hikmah bagi semua yang masih belum yakin, bahawasanya Allah adalah yang menanggung kehidupan kamu sebenarnya.

Fatihah

Huraian

  • Lihatlah definasi haram dalam Tariqah, begitu luas, kalau di bandingkan dengan fahaman Syariat sahaja. Setiap perbuatan kita, yang menuruti kehendak ego dan nafsu, adalah haram! Lihat lah apa yang di katakan oleh Jibrail (as), apabila dia menerangkan kepada Rasulullah (saw) mengapa dia tidak dapat menemani Rasulullah (saw) melebihi Sidratul Muntaha, dia berkata, “Jika saya kehadapan, walau sejauh keratan rambut sekalipun, saya akan di azab oleh Allah.” Lihatlah, betapa teliti ketaatan kepada Allah yang di amalkan – dalam setiap perbuatan dan dalam setiap detik! Kita mesti menjauhkan diri dari melanggar larangan2 Allah, walau sejauh keratan rambut. It-taqullah – bertaqwalah kepada Allah, jangan memandang remeh kepada perintah2 Ilahi, ketahui lah, sememangnya Allah sangat belas kasihan, tetapi azab Nya juga amat mengerikan.
  • Selama 37 tahun, Maulana Abdul Khaliq Al-Ghujwani (qs) tidak pernah jejak dalam kekotoran (dosa). Nabi Muhammad (saw) pernah bersabda, “Aku duduk seperti hamba, aku makan seperti hamba.” Inilah contoh2 perhambaan yang paling murni sekali. Seorang hamba wajib menjunjung perintah Tuhan (Maula) nya – itulah yang di katakan adab perhambaan. Pelajarilah ilmu, supaya kita kenal apa yang mesti di lakukan dalam setiap waktu, agar kita melakukan perbuatan yang mempamerkan sikap hormat yang paling tinggi terhadap Allah. Bagaimana Allah telah memberi kita tempat yang istimewa, kita juga mesti memberi tempat yang istimewa (iaitu dalam hati sanubari) kepada Allah, dalam kehidupan yang singkat ini. Ikutlah adab ubudiyyah, tunduk dalam ketaatan, tunaikan tanggungjawab2 mu, dan istiharkan pujian dan sanjungan yang tertinggi terhadap Tuhan mu.
  • Timbangan (mizan) yang di sebut oleh Maulana mesti di gunakan untuk menimbang,menghukum dan mengukur setiap perbuatan kita. Sayyidina Ali berkata, “Sebelum saya melakukan sesuatu, saya periksa diri saya, adakah saya akan melakukan nya kerana Allah? Sedang saya melakukannya, sekali lagi saya periksa, adakah saya sedang melakukan nya kerana Allah? Dan selepas saya selesai, saya periksa sekali lagi, adakah saya telah melakukan nya kerana Allah? Maka sentiasa muhasabah diri kita, periksa dan hukum diri kita, sebelum kita berhadapan dengan hukuman di Mahkamah Allah di Hari Pembalasan kelak. Gunakan timbangan yang Maulana telah ajarkan, untuk menilai setiap amalan dalam hidup kita – adakah perbuatan ini, satu perbuatan baik yang menurut Sunnah, dan di lakukan semata2 kerana Allah? Hanya amalan sedemikian akan di terima.
  • Jangan sangsi terhadap kemampuan Allah untuk memberi kita rezeki. Dalam alam ini, hanya Allah yang Memberi, seluruh alam hanya Menerima sahaja. Allah memberi, dan manusia menerima. Adakalanya, Allah memberi langsung kepada kita (seperti nyawa kita), dan adakalanya Allah memberi melalui asbab, waseelah (seperti memberi kita kesihatan selepas kita berubat). Walau bagaimana pun kurnia Allah sampai kepada kita, tetap ianya datang dari Allah.
  • Maka bergantunglah kepada Allah atas seluruh keperluan, santapan jasmani dan rohani mu adalah dalam genggaman Nya, setiap saat. Allah memberi makan kepada tujuh billion manusia setiap hari, dan juga kepada tumbuh2an, serangga2, binatang2, ikan, burung, ulat, bakteri, virus dan bagi setiap makhluk yang berada di atas permukaan bumi, di dalam tanah atau di dalam lautan. Allah memelihara keperluan setiap makhluk2Nya, pada setiap detik! Seluruh makhluk2 Allah hidup dengan penuh keyakinan yang Allah mencukupi untuk seluruh keperluan mereka; hanya manusia sahaja yang masih mempunyai syak wasangka.

  • Ketika Allah Ta`ala mencipta bumi ini, Dia berfirman, “Wahai bumi! Abdikan dirimu kepada sesiapa yang tunduk kepada Ku, dan sesiapa yang tunduk kepada mu, jadikan dia hambamu!” Wahai manusia, hiduplah untuk mencari keperluan akhirat mu, nescaya Allah akan mencukupkan keperluan dunia mu.

Maulana Syaikh Nazim mengajar setiap hari pada jam 1 pagi WIB, sila ke lelamanwww.Saltanat.org untuk mengikuti pelajaran beliau. Maulana mengajar dalam Bahasa Inggeris, tetapi alih bahasa di siapkan dalam Bahasa Melayu/Indonesia. Salinan ringkasan terdapat di lelaman Naqshbandi Singapura, www.SufiHub.com.

No comments:

Post a Comment