Tuesday, April 26, 2011

Gempar!!!! Jembalang dan Pontianak Di Pusat Rawatan KISWAH!!!!

Petikan dari: http://ubatsihir.blogspot.com/

Assalamualaikum,

Anak anak saya berkunjung ke pusat rawatan bersama rakan mereka........dalam sesi bergambar keluar gambar jembalang tanah..........

errrr betul ker jembalang tanah atau benda lain........perhatikan

Harap jangan teka teka yer

Adakah ini hantu jembalang tanah di pusat rawatan Kiswah Klang? ........MasyaALLAH......

Saya harap dapat baca sehingga habis. Pada mereka yang lemah semngat di nasihatkan berteman kerana pendedahan ini amat menakutkan. Gambar ini di rakam tanpa editing software terus dari kamera......Pada yang takut sila lah panggil kawan kawan dan bacalah sehingga habis

Sedang saya duduk di pusat Rawatan Klang Saya menyuruh Ustaz Hasan mengambil gambar saya untuk di jadikan kenang kenangan...

Malam ini sungguh sunyi dan tiada pesakit yang datang mungkin ada open house malam terakhir raya. Jadi Saya Dan Ustaz hasan mengambil keputusan untuk mengemas pusat rawatan dan mengambil sedikit gambar untuk di jadikan profile.

Tetapi malam ini sunggu lain sekali ......terasa seperti ada hembusan di telinga saya dan U.Hasan juga menyatakan perkara yang sama......Lalu saya katakan padanya lepas ambil gambar ini kita keluar lah minum sekejap.

Tetapi kejadian aneh berlaku ketika U.Hasan mengambil gambar ini saya terasa seperti di renung oleh mata yang merah dan amat seram sekali....entah lah tak pernah pula saya rasa seram sebegini........

saya pun tiada lah apa yang hendak saya takutkan cuma kedengaran suara salakan anjing yang berkeliaran tapi biasanya kami tidak pula mendengar lolongan anjin yang panjang seperti didalam filem seram ....

di dapur pula kedengaran suara pingan berlaga.....hmmm apa ini?.......

Saya mengambil keputusan untuk memproses gambar dahulu sebelum minum tetapi memeranjatkan kerana di dalam gambar itu ada gambar lembaga lain.....ASTAGA.........LIHAT LAH SENDIRI wahai warga forum!
Gambar Pontianak di KISWAH Klang yang pernah mengegarkan Malaysia satu ketika dahulu!!!

|"Sebenarnya ini ialah teknik shooting kamera yang boleh dibuat oleh sesiapa sahaja. Camera handphone yang selalunya tidak mempunyai kepantasan shutter boleh merakamkam bayang bayang...begitu juga pengunaan flash pada benda di dalam botol kaca..reflection. Saya tidak mengedit gambar ini langsung...cuma menggunakan teknik merakam gambar sahaja...tiada editing kecuali di kecilkan gambar ini...harap maklum

Jadi jangan lah mudah percaya dengan apa yang dilihat...dan cuba cari puncanya dahulu.

Nantikan pendedahan kami dari semasa ke semasa jangan ditipu.........dan awas jangan menipu....kami akan dedahkan perkara penipuan......... Kesian pada semua pesakit yang mengharapkan kesembuhan tapi ditipu..."

Zailan wa hasan...KISWAH bandar puteri klang melaporkan...

Monday, April 25, 2011

Pusat Rawatan KISWAH Klang Tidak Ditutup Atau Berpindah


Assalamualaikum,

Ingin saya umumkan sekali lagi bahawa Pusat Rawatan KISWAH Bandar Puteri Klang tidak pernah lagi berpindah ke mana mana atau pun di tutup kekal.

Kami tidak pernah lagi menutup pusat rawatan ini kecuali untuk dua tiga hari dalam sebulan. Rawatan Masih lagi berjalan seperti biasa. Kepada pihak pihak yang memukul canang mengatakan kami telah tutup dan berpindah ketempat lain di harap MENGHENTIKAN perkara yang amat tidak berfaedah ini.

Alamat kami............

PUSAT RAWATAN KISWAH RUQYAH SYARIAH
63A LORONG SANGGUL 1D
BANDAR PUTERI KLANG
41200 KLANG SELANGOR DE.
TEL : 03-51624017 PUSAT RAWATAN KISWAH KLANG
Saudara Hasan (perawat tetap) : 0134651866
Saudara Zailan (Perawat tetap) : 0182027559

Kami memohon maaf sekiranya tuan tuan mendapat berita yang mengatakan kami telah menutup pusat rawatan kami dan berpindah. Ataupun mendapat maklumat dari mana mana blog yang seperti menunjukkan kami sudah berpindah. Boleh dikatakan setiap hari saya terima panggilan bertanyakan "kenapa tutup?" bila tutup?" Bila Pindah?"

Jadi saya harap perkara ini boleh disebarkan untuk pengetahuan Umum

Sekian Terima Kasih

ADMIN

Zailan Ibrahim

Sunday, April 24, 2011

Kempen Satu Rumah Satu Cd Ruqyah!

Utama | Tempahan | Hubungi

“Dan Kami turunkan dari Al Qur’an suatu yang menjadi penawar(penyembuh) dan rahmat bagi orang-orang yang beriman”
(QS. Al Israa’:82)

Tarikh: ISNIN 25 APRIL 2011
Dari: PUSAT RAWATAN ISLAM TERAPI RUQYAH

>>>BLOG /FORUM/KEDAI ONLINE/HUBUNGI /AGEN /FACEBOOK<<<

Assalamualaikum

Kehadapan sahabat-sahabat yang dikasihi sekalian,

Kami dari gabungan pusat rawatan KISWAH tampil mengambil peluang berkongsi bersama anda dalam usaha memartabatkan seruan Islam iaitu mendekati AL-QURAN sebagai kaedah merawat diri (KAEDAH RAWATAN YANG TERINDAH DAN TERBAIK SEBAGAIMANA YANG TERMAKTUB DALAM AL-QURAN dan AS SUNNAH).

Gunakanlah Al-Quran sebagai
PENAWAR! (Penyembuh). Tiada keraguan dan was-was lagi. Dengan menuruti kehendak Islam, segala masalah atau penyakit berkaitan makhluk halus yang LAZIM TERJADI DALAM MASYARAKAT MALAYSIA dapat diatasi dengan mudah. Sebenarnya ayat-ayat amalan para Ulama yang diwarisi Rasulullah s.a.w sudah lama menjadi benteng dan penyembuh untuk DIRI, KELUARGA dan RUMAHTANGGA daripada gangguan makhluk halus secara berkesan.


Dalam kita meniti kehidupan seharian kita selalu dipersoalkan dengan berbagai-bagai soalan yang kita sendiri tidak dapat memahami cara untuk menjawabnya. Berdasarkan pengalaman, penelitian dan kajian, kami dapati terdapat beberapa penyakit dan masalah yang lazim didengari terjadi dalam masyarakat Melayu Islam. Dalam konteks disini kami ingin berkongsi mengenai perihal makhluk halus, sihir, saka, santau dan penyakit-penyakit fizikal yang lain.

Antara perkara-perkara yang membawa kesyirikkan tanpa sedar ialah apabila kita sendiri bergantung penuh pada Perawat Islam dalam soal mencari kesembuhan. Perkara ini amatlah tidak boleh dilakukan, ianya HARAM di sisi Islam. Janganlah bergantung harap pada siapa juga perawat melainkan mengharapkan ikhtiar mereka di redhai ALLAH SWT dan kita sendiri mesti beramal bagi melindungi diri kita sendiri.

Namun begitu, janganlah kita pula tidak mendengar nasihat Perawat Islam yang muktabar yakni Perawat Islam yang melakukan rawatan dengan kaedah Islam itu sendiri dan tidak mencampuradukkan rawatan mereka dengan perkara yang was-was,

*******************************************************************



PERKARA-PERKARA YANG PERLU DIBERI PERHATIAN:


Pastikan Perawat Islam bertanya kepada kita mengenai simptom-simptom yang kita hadapi, bila ianya bermula, sejarah keluarga, mimpi dan tanda-tanda...


Dapatkan REPORT PERCUMA
"HAKIKAT MIMPI MENURUT ISLAM"
Masukkan nama dan emel anda di bawah:
Nama:
Emel:


Apabila berjumpa Perawat Islam pastikan mereka tidak menilik sakit kita yakni cuba memberitahu yang kita disihir, ada saka, kena santau sebelum di diagnose melalui proses rawatan.

Proses rawatan Islam yang hakiki ialah apabila dibacakan Ruqyah pada pesakit yakni dibacakan Al-Quran, dibacakan doa-doa, dibacakan selawat dan semua ini mestilah dari AL-Quran. Sekiranya doa maka doa itu WAJIB diketahui punca datangnya doa itu sendiri. Sekiranya dibacakan dalam bahasa lain maka bahasa itu WAJIB DI FAHAMI...CONTOHNYA...Ya'Allah ya Tuhan Kami, Kami bermohon kepada mu Ya'ALLAH bantulah pesakit ini"...kita faham...

dan bukannya begini...

"Pagar si ifrit pagarnya diri, beramal aku dengan keliwon hari, arjuna jua yang punya sakti berkat doa LAILLAHAILLALLAH" ...adalah haram kerana mencampurkan mentera memuja jin dan perkara yang kita tidak ketahui punca...kedengaran doa itu adalah menurut Islam tapi malangnya...itu hanya doa pengabur mata kita...


*******************************************************************

Berapa ramai dikalangan umat Islam Melayu yang masih lagi mengharapkan tukang-tukang tilik apabila merawat sedangkan perkara itu nyata HARAM. Penyediaan semahaan (pulut kuning, telur, ayam, kambing), penyediaan mayang untuk membuang ancak, menggunakan darah sebagai tulisan wafak, dan banyak lagi.
Berapa ramai dikalangan umat Islam Melayu yang masih lagi menurut kata-kata bomoh yang memerlukan pesakitnya melakukan perbuatan mensyirikkan ALLAH demi untuk penyembuhan. Penggunaan kain berbagai warna tanpa ada sebarang fakta, penggunaan tangkal yang langsung tiada mempunyai apa- apa didalamnya melainkan hembusan-hembusan bomoh.
Berapa ramai lagi umat Islam Melayu yang hanyut dengan penipuan sehingga membelanjakan ribuan ringgit pada perkara khurafat yang akhirnya membinasakan diri mereka sendiri. Disuruh berbogel dan dimandikan oleh yang bukan mahram, rawatan berlaku di tempat gelap, penggunaan lilin sedangkan eletrik ada, penggunaan alatan perasapan bagi tujuan memuja .

AWAS!!! FAKTA YANG MENAKUTKAN: Ramai diantara masyarakat Islam di Malaysia telah SYIRIK kepada Allah kerana meminta bantuan daripada bomoh atau dukun yang tidak menuruti cara Islam. Mereka bukan hanya tidak sembuh daripada penyakit yang dihadapi, malahan boleh mendatangkan syirik kepada Allah (NAUZUBILLAH)




Kini, anda sendiri boleh merawat dan membenteng diri anda daripada gangguan makhluk halus secara berkesan. InsyaAllah
.


CD TERAPI RUQYAH SYARIYYAH



Sesiapa sahaja yang ingin menjadikan Al-Quran sebagai PENAWAR atau Syifa' serta mendapat Perlindungan daripada Allah SWT.
Menghapuskan gangguan Jin (jin berkenan atau suka mengganggu) yang biasanya terjadi kepada individu yang lemah semangat dan tidak mempunyai pendinding diri.
Pesakit yang sudah mengetahui bahawa sudah terkena gangguan makhluk halus.
Pelajar, guru atau pekerja yang selalu berada dalam keadaan stress atau tertekan.
Merawat semua jenis sihir, pukau, santau, susuk, istihadhah (pendarahan yang berterusan).
Melembutkan hati anak-anak yang degil dan tidak mendengar arahan serta mengatasi masalah anak-anak menangis diwaktu malam.
Memulihkan Perniagaan/premis yang disihir.
Menjernihkan hubungan suami isteri atau rumah tangga yang dingin.
Bekalan untuk Individu atau keluarga yang baru berpindah atau memasuki rumah baru.

Dan segala masalah kejiwaan dan konflik rohani serta fizikal..

Jika anda termasuk didalam senarai di atas dan berminat untuk memiliki CD ini, tempahlah sekarang. Tempahan dibuka setiap hari walaupun pada jam 3.00 pagi. Harga Sekeping CD HANYA

RM24.00

(Tidak Termasuk Kos Penghantaran)

Didengar sekuat dan sekerap mungkin untuk menghapus pengaruh semua sihir, gangguan jin, santau, saka & histeria. Malah didengar ketika tidur! Jangan didengar ketika memandu kenderaan.
Untuk membuat air ruqyah / jampi pasangkan cd dan letakkan air mineral dengan penutup terbuka di speaker.
Untuk pagar rumah: air ruqyah dicampur garam kasar dan disembur / direnjis di dalam rumah 3 kali sehari.Sebelum sembur (dgn penyembur seterika) azan 3 kali, al Fatihah, selawat 3 kali dan ayat Kursiy 1 kali.






Ini adalah beberapa testimoni yang telah dihantar kepada kami:

Testimoni 1:
Ada seorang pesakit kerasukan, dengar cd ni di rumah, terasa panas dan mula menunjukkan reaksinya... ini bermakna bacaan al Quran tersebut ada kesannya kpd pesakit.

Testimoni 2:
Ada seorang hamba Allah yang dah dapatkan cd ni. Pertama kali dengar sakit seluruh badan dan ada tanda2 ketika jaga... setelah beberapa kali dipasang, ia mengadu sakit2 tersebut beransur hilang.. alhamdulillah.....

Testimoni 3:
Ada yang mendengar cd ini terus menangis dan menangis dan akhirnya tak jadi berpisah dgn suaminya kedua dua suami isteri berbaik baik kembali. Bukan pasa cd tu yer kena ingat.....kerana hidayah dalam dakwah itu diberkati ALLAH SWT.........HIDAYAH SELURUH ALAM!!!

Testimoni 4:
sebelum dgr ada rasa berdebar bila dgr masa ust hayat buat ancaman pd jin yg mengganggu masa tu rasa semacam je...mcm resah.. dgr dr mlm sampai pg..bgn pg rasa sakit kat tapak kaki dan kedua ibu jari kaki, skrg bila tiap kali dgr sakit pd bahagian tengkuk dan rasa mengantuk yg amat sangat (pernyataan daripada salah seorang pembeli saya)

Testimoni 5:
Baby sy menangis dan asyik terjaga tidurnya nya waktu malam..sejak dengar preview dekat web site cd ruqyah..belum lagi mendengar cd asal...sblm ni tidurnya nyenyak saja... Adakah bayi tersebut sebenarnya memang mempunyai gangguan?????

Testimoni 6:
salam. sy telah mengikuti seminar ruqyah syariah dan telah mendapatkn cd ruqyah. pertama kali sy mainkan cd tersebut rasa 'meremang' dan berdebar bukan shj sy, malah ahli keluarga sy. setelah beberapa kali memainkn di rumah, baru rasa seperti biasa shj. bg sy, cd ni mmg bagus utk tujuan merawati diri kita sendiri. usha sy buat masa ini utk memberi kesedaran kpd ahli keluarga terdekat yg selama ini byk tersalah memilih 'perawat' dgn memperkenalkn KISWAH, cara perubatan yg diredhai, insyaallah.

Testimoni 7:
Ada yg dengar baru separuh kat bacaan ayat suci Al Quran tu terus nyenyak tidur. kemudian terjaga kul 2pagi pasaang lagi ...tak sampai habis bacaan pun ...terus gol sampai subuh ....

Khas buat org2 yg menghidap isomnia

Testimoni 8:
Seperi yang dikisahkan oleh admin Forum Ruqyah Syariyyah:

Semalam ada masalah berlaku dalam jam 1.00pagi bila saya terima satu panggilan dari seorang suami.

Si suami telah membeli CD dan menyimpan dalam kereta tak sempat bukak lagi, jadi dalam perjalanan mereka balik ke kampung Sang Isteri telah bertanya mengenai CD itu dan terus memasangnya didalam kereta.

Dengan tidak semena mena bila sampai ke track Ustaz Tirmizi dan Ustaz Hayat melaungkan ancaman kepada jin si isteri terbatuk batuk kuat dan terus muntah muntah yang banyak dan menjadi seperti orang khayal.

Pemanggil telah membuat panggilan kepada saya dan bertanyakan saya apa nak buat. Saya kata teruskan sahaja pasang CD itu bila dah sampai kampung nanti. Dan buat sementara waktu tepuk belakan isteri dgn kuat sikit dan di bacakan BISMILLAHIMASYALLAH berulang ulang.

Esoknya sang isteri itu merasa ringan pada bahunya dan ALHAMDULILLAH tiada reaksi bila mendengar CD itu sekali lagi. ALHAMDULILLAH

Jadi saya minta maaf pada semua forumers sekiranya mahu pasang CD itu buat pertama kali janganlah pasang dalam kereta di khuatiri sekiranya ada gangguan. Seelok eloknya dengar di rumah sebanyak tujuh kali atau tiga kali agar kita konfirm kita tidak ada gangguan sebelum di pasang didalam kereta dan khasnya pada pemandu pemandu kereta.

Sama sama kita doakan pada semua pesakit dan juga yang ada gangguan makhluk halus agar sentiasa di pelihara ALLAH SWT dalam apa jua urusan mereka.

... Kepada sesiapa yang telah mendapatkan CD ini sila hantar testimoni anda kepada pihak cd ruqyah ye.. Kita kongsi pengalaman perubatan dengan cd ni..


*******************************************************************

"Bersama Memartabatkan Rawatan Islam Sebenar"

PUSAT RAWATAN ISLAM TERAPI RUQYAH

P/S: KENALI KAMI LEBIH LANJUT, SILA KLIK LINK DI BAWAH

>> BLOG : Catatan Pengalaman dan Tips-Tips berguna Perawat Islam
>> FORUM : Perbincangan dan soal jawab Rawatan Islam
>> KEDAI ONLINE : Menjual Variasi Produk Keperluan Muslimin & Muslimat
>> HUBUNGI : Untuk pertanyaan dan masalah berkaitan CD
>> AGEN : Senarai agen CD Ruqyah yang berhampiran anda

[Back To Top]

Utama | Tempahan | Hubungi

Pusat Rawatan KISWAH Terapi Ruqyah Syariyyah:
No-16, Tingkat Dua, Jalan Ahmad Shah, 28000 Temerloh, Pahang. (Di atas SSM Temerloh, Berdekatan Public Bank, Tapak Pasar Lama)

Saturday, April 23, 2011

Handbook Ruqyah Syariyyah KISWAH! Dapatkan Sekarang!

Terkena Gangguan Penyakit Misteri? Berlaku Histeria Di Sekolah Atau Asrama? Tapi Tak Tahu Nak Buat Macam Mana?

Usah risau! Anda akan ditunjukkan CARA BERKESAN dan MEMENUHI TUNTUTAN SYARA' untuk menanganinya. Teruskan bacaan...

Daripada : Ustaz Hayat Annaqshabandi

Tarikh : AHAD 24 APRIL 2011

Assalamualaikum sahabat-sahabat yang dikasihi sekalian. Kita selalu dipersoalkan dengan berbagai-bagai soalan yang kita sendiri tidak dapat memahami cara untuk menjawabnya.

Dalam konteks disini saya ingin berkongsi mengenai perihal makhluk halus,sihir, saka, santau dan penyakit-penyakit fizikal yang lain.


SEBELUM ITU SILA BACA FAKTA YANG MENAKUTKAN INI TERLEBIH DAHULU:

Ramai diantara masyarakat Islam di Malaysia telah SYIRIK kepada Allah kerana meminta bantuan daripada bomoh atau dukun yang tidak menuruti cara Islam. Mereka bukan hanya tidak sembuh daripada penyakit yang dihadapi, malahan boleh mendatangkan syirik kepada Allah (NAUZUBILLAH)

Ramai dikalangan umat Islam Melayu yang masih lagi mengharapkan tukang-tukang tilik apabila merawat sedangkan perkara itu nyata HARAM. Penyediaan semahaan (pulut kuning, telur, ayam, kambing), penyediaan mayang untuk membuang ancak, menggunakan darah sebagai tulisan wafak, dan banyak lagi.

Ramai dikalangan umat Islam Melayu yang masih lagi menurut kata-kata bomoh yang memerlukan pesakitnya melakukan perbuatan mensyirikkan ALLAH demi untuk penyembuhan. Penggunaan kain berbagai warna tanpa ada sebarang fakta, penggunaan tangkal yang langsung tiada mempunyai apa- apa didalamnya melainkan hembusan-hembusan bomoh.

Ramai lagi umat Islam Melayu yang hanyut dengan penipuan sehingga membelanjakan ribuan ringgit pada perkara khurafat yang akhirnya membinasakan diri mereka sendiri. Disuruh berbogel dan dimandikan oleh yang bukan mahram, rawatan berlaku di tempat gelap, penggunaan lilin sedangkan eletrik ada, penggunaan alatan perasapan bagi tujuan memuja.

KINI PUSAT RAWATAN ISLAM KISWAH TAMPIL UNTUK MEMPERBETULKAN KEADAAN INI !!!

Justeru itu kami dari gabungan Pusat Rawatan Islam Kiswah ingin mengambil peluang berkongsi bersama anda dalam usaha memartabatkan seruan Islam iaitu menjadikan Al-Quran sebagai kaedah merawat diri (KAEDAH RAWATAN YANG TERINDAH DAN TERBAIK SEBAGAIMANA YANG TERMAKTUB DALAM AL-QURAN DAN AS SUNNAH)

Gunakanlah Al-Quran sebagai PENAWAR (Ikhtiar Penyembuhan). Tiada keraguan dan was-was lagi. Yakinlah dengan menuruti kehendak Islam, segala masalah atau penyakit berkaitan makhluk halus yang lazimnya berlaku dapat diatasi dengan mudah.

Amalkan ayat-ayat amalan para Ulama' yang diwarisi dari Rasulullah s.a.w untuk penyembuhan (syifa') diri, keluarga, rumah tangga dan masyarakat dari sebarang ganguan makhluk halus secara berkesan.

MEMPERKENALKAN HANDBOOK RUQYAH:

Handbook Ruqyah Syariyyah beserta Khutbah KISWAH yang disusun oleh pengasas dan pengarah urusan KISWAH, Ustaz Hayat an Naqshbandi untuk kegunaan perawat dan pesakit

Sebuah handbook ala-ala buku Yaasin malam Jumaat yang boleh menjadi panduan perawat dan pesakit untuk dibacakan kepada penderita sihir, santau, busung, saka, susuk, kanser, pukau, histeria, pesakit misteri dan sebagainya....Padat dengan:

Senarai ayat-ayat ruqyah syariyyah

Khutbah dan teknik serta skripnya disertakan sekali

Koleksi doa-doa rawatan

Koleksi Selawat-selawat Kesembuhan

Amalan Pendinding Diri

Senarai Syahid ayat dan maksudnya sekali

Ijazah ruqyah ( perlu berjumpa sendiri dengan penyusun - Ustaz Hayat Annaqshabandi)

CARA PENGGUNAAN:

Perawat boleh merujuk handbook ini ketika membacakan ruqyah kepada pesakit. Lengkap dengan contoh khutbah dan doa.

Sesuai untuk semua pesakit sihir, saka, santau, susuk, busung, kanser dan hysteria sebagai amalan penyembuhan diri. Pesakit membaca sendiri handbook ini untuk rawatan diri sendiri setiap hari.

Keluarga pesakit membacakan isi kandungan handbook ini kepada keluarga yang menderita sakit makhluk halus.

Boleh dibacakan guru, ustaz, warden dan diiringi jemaah pelajar ketika berlakunya histeria di sekolah dan asrama. Dibacakan secara berjemaah dengan seorang menjadi kepalanya.

Boleh dijadikan amalan pelajar, guru, pekerja kilang dan sesiapa sahaja di sekolah, kilang, tempat kerja dan di mana sahaja tempat yang terdapat banyak gangguan.

Boleh digunakan sebagai panduan untuk membuat air ruqyah / jampi untuk diminum sendiri atau orang lain.

Boleh digunakan sebagai ruqyah panduan untuk memagar rumah dan tempat kerja dengan dibacakan kepada air dan disembur ke seluruh kawasan rumah / tempat kerja.

KEISTIMEWAANNYA:

Handbook ini disusun khas untuk para perawat yang menggunakan ruqyah syariyyah sebagai teknik utama rawatan dan para pesakit serta ahli keluarga mereka yang sedang berikhtiar untuk sembuh.

Anda juga boleh mengamalkan bacaan ruqyah ini untuk pelindungan diri dan juga boleh membacakan ruqyah ini kepada ahli keluarga yang mengalami gangguan makhluk halus.

Untuk membantu proses kesembuhan, anda hendaklah perbanyakkan solat hajat, banyakkan sedekah dengan niat membayar kafarah dosa serta niat kesembuhan, bernazar seperti ingin berpuasa sehari sekiranya sembuh dan selalu bertaubat dari dosa.

Sekiranya telah sembuh jangan lupa sujud syukur dan mengadakan kenduri kesyukuran serta menjamu orang miskin dan anak yatim. Yakinlah bahawa ini adalah teknik paling berkesan yang dianjurkan oleh Rasulullah s.a.w. InsyaAllah sembuh.

Saudara yang budiman;

Firman Allah Taala;

Surah Al Isra’ ayat 82:

82. Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran Ayat-ayat suci Yang menjadi ubat penawar

dan rahmat bagi orang-orang Yang beriman kepadanya.

Dari ayat ini jelas kepada kita bahawa:

1) Pengiktirafan Allah bahawa al Quran adalah sumber penawar.

2) Penawar tersebut berhasil hanya kepada mereka yang bergelar mukminin. Prasyarat bahawa al Quran menjadi ubat kepada mereka adalah ‘yakin dan percaya’ bahawa al Quran mampu menyembuhkan penyakit rohani dan jasmani.

Sabda Nabi saw:

1) “Sebaik-baik ubat adalah al Quran,

2) Ubatilah ia (Saidatina Aisyah ra) dengan kitab Allah.

3) Hendaklah kamu melakukan dua kesembuhan; Madu dan Al Quran.”

HANYA

RM20

RM15

RM10

RM7

(Tidak Termasuk Kos Penghantaran)


Ikhlas,

Ustaz Hayat Annaqsyabandi