“Imam Ahmadpernah menjelaskan bahawa al Quran itu apabila ditulis pada sesuatu dan dibasuh serta diminum airnya, tiadalah ditegah. Malah dibolehkan seseorang menulis al Quran pada satu bekas kemudian diberinya minum kepada pesakit.
Begitu juga dibaca al Quran ke atas sesuatu kemudian diminum (atau dimakan), semuanya itu tidaklah mengapa.
Begitulah perihalnya juga sekiranya dibacakan al Quran ke atas air, kemudian dipercikkan ke atas pesakit."
Antara air yang boleh dibuat air jampi adalah:
Air zam zam
Air mata air -perigi /telaga
Air hujan
Air sungai
Air embun
Air kolah masjid
Air paip
Air-air lain : Cth: Air kelapa muda, air susu kambing
Berikut adalah syarat yang dikenakan terhadap sekolah yang mengalami histeria jika ingin mendapatkan rawatan dari perawat-perawat Islam khususnya DARUL HIKMAH. Perkara ini dibangkitkan semasa perjumpaan perawat-perawat Islam TAQ Darul Hikmah seluruh negara di Kedah di tempoh hari:
1) Sekolah tidak dibenarkan sekali-kali membawa walau seorang pun bomoh untuk tujuan kesembuhan di sekolah terbabit sepanjang tempoh rawatan. Apalagi untuk bekerjasama dengan mereka!
2) Pihak sekolah mesti mengumpulkan ke semua warga sekolah dari kalangan guru dan kakitangan serta semua ibu bapa pelajar yang terlibat untuk diberi penerangan dan tazkiran berkenaan proses rawatan dan konsep perubatan Islam oleh perawat Islam yang bertauliah dan berijazah...
Barulah perawat Islam memulakan rawatannya!
p/s: Kebiasaannya pihak sekolah tidak dapat memenuhi permintaan dari perawat Islam kerana terikat dengan perbomohan atau ibu bapa menerjah ke kawasan sekolah dengan menarik tangan bomoh bersama mereka.
Diriwayatkan bahawa Abu al Qasim al Qusyairi (Risalah Qusyairiah) pernah menghadapi kesusahan disebabkan anaknya sakit tenat sehingga dia menjadi hampir-hampir berputus asa untuk mengubatinya. Keadaan ini sangat mencemaskan sehingga pada suatu malam beliau bermimpi bertemu mengadap Rasulullah saw lalu mengadukan penderitaanya kepad a baginda. Mendengar pengaduan tersebut, Rasulullah saw pun bertanya dengan penuh kasih sayang:
“Tidakkah dikau menggunakan ayat-ayat Syifa’ iaitu penyembuh?”
Imam al Qusyairi pun tersedar dengan serta merta. Beliau mencari ayat-ayat itu sehingga beliau memperoleh ayat-ayat tersebut pada enam tempat di dalam al Quran iaitu:-
14. Perangilah mereka, nescaya Allah akan menyeksa mereka Dengan (perantaraan) tangan kamu, dan Allah akan menghinakan mereka serta menolong kamu menewaskan mereka, dan ia akan menyembuhkan(memuaskan) hati orang-orang Yang beriman
At Taubah:[ 14]
57. Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran Yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu, dan Yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin Yang ada di Dalam dada kamu, dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang Yang beriman.
Yunus: [57]
69. Kemudian makanlah dari Segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang Engkau sukai), serta Turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu Yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu". (dengan itu) akan keluarlah dari Dalam badannya minuman (madu) Yang berlainan warnanya, Yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada Yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang Yang mahu berfikir.
An Nahl: [69]
82. Dan Kami turunkan Dengan beransur-ansur dari Al-Quran Ayat-ayat suci Yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang Yang beriman kepadanya; dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang Yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua.
Al Isra’: [82]
80. "Dan apabila Aku sakit, maka Dia lah Yang menyembuhkan penyakitku;
As Syuara’: [80]
44. Dan kalaulah Al-Quran itu Kami jadikan (bacaan) Dalam bahasa asing, tentulah mereka akan berkata: "Mengapa tidak dijelaskan ayat-ayatNya (dalam bahasa Yang Kami fahami)? Patutkah Kitab itu berbahasa asing sedang Rasul Yang membawanya berbangsa Arab?" Katakanlah (Wahai Muhammad): "Al-Quran itu, menjadi (cahaya) petunjuk serta penawar bagi orang-orang Yang beriman; dan sebaliknya orang-orang Yang tidak beriman, (Al-Quran itu) menjadi sebagai satu penyakit Yang menyumbat telinga mereka (bukan penawar); dan ia juga merupakan gelap-gelita Yang menimpa (pandangan) mereka (bukan cahaya Yang menerangi). mereka itu - (dengan perbuatan melarikan diri dari ajaran Al-Quran, tidak ubahnya seperti) orang-orang Yang diseru dari tempat Yang jauh (Masakan mereka dapat mendengar Dengan betul atau melihat Dengan nyata)".
Fussilat:[ 44]
Maka Imam al Qusyairi berkata:
"Saya pun menuliskan ayat-ayat tersebut di atas satu lembaran kertas kemudian saya membasuhnya dengan air lalu saya memberi minum kepada anak saya.
Lantas dengan izin Allah Jalla Jalaluh sembuhlah penyakit anak saya dengan serta merta!"
Petikan eBook RAHSIA AIR JAMPI: edisi lakukan sendiri di rumah (Rahsia Perawat Islam)... Nantikan pelancarannya bulan ini!!!!
Kelihatan 'pusat rawatan' yang sedia ada sekarang... Itulah ruang tamu, ruang makan, ruang tempat anak bermain, ruang rawatan sihir, ruang rawatan bekam, ruang urut, ruang kuliah perubatan, ruang muntah dan ruang ludah serta ruang mengamuk dan bersilat pesakit yang berkunjung ke "pusat rawatan merangkap rumah saya ini..."
Hayat an Naqshbandi, Perawat Terapi Al Quran Darul Hikmah, Temerloh, Pahang.
Para muhsinin seperti anda, Di mana-mana jua di muka bumi Allah ini. 20 Disember 2009
Tuan / Puan,
Assalamualaikum,
Kutipan sumbangan untuk dana Pusat Rawatan Islam Terapi al Quran Darul Hikmah Pahang
Segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Pihak kami memerlukan sumbangan ikhlas anda untuk mengisi dana bagi membolehkan pusat rawatan kami beroperasi di tempat yang sepatutnya serta dalam keadaan yang selesa.
3. Ini kerana pusat rawatan yang ada sekarang tidak sesuai lagi dijadikan tempat rawatan kerana lokasinya yang boleh mengganggu jiran tetangga dan keluarga perawat sendiri.
4. Memandangkan bilangan pengunjung dijangka akan meningkat pada tahun hadapan, ruang kecil di rumah perawat ini tidak sesuai langsung untuk dijadikan pusat rawatan.
5. Pengasas TAQ Darul Hikmah juga menggesa agar semua perawat TAQ seluruh negara mempunyai pusat rawatan yang profesional bagi melayakkan ia digelar pusat rawatan yang mampu menyediakan persekitaran yang sesuai untuk pesakit.
6. Pusat rawatan ini memerlukan hampir RM11 000 untuk menyempurnakan prasarananya. Memandangkan perawat tidak mempunyai kewangan dan modal yang cukup maka sumbangan anda amatlah diharapkan. Kos pusat rawatan terdapat di dalam lampiran I.
7. Setakat kempen dana ini dilancarkan, sumbangan dari dermawan masih kurang. Setelah dana dilancarkan hampir seminggu yang lalu jumlah yang terkumpul, alhamdulillah setakat ini adalah RM0.00. Kami masih sabar menunggu naluri keprihatinan tuan.
8. Kepada pihak yang ingin menyumbang bolehlah menyalurkan sumbangan anda ke "Akaun Bank Islam / Online Banking Bank Islam Biz: 14162020055479 Muliati binti Saad."
9. Semoga Allah Taala membalas segala kebaikan tuan. Fikirkanlah... Semua ini adalah untuk kebajikan para muslimin, cabang dakwah dan perjuangan untuk menyelamatkan akidah mereka di sebelah sini malah bukan sekadar 'bisnes' perawat sahaja (yang tidak seberapa malah cukup makan sahaja setakat ini).
Sekian, terima kasih.
"Bersedekah sumber kesembuhan"
Yang benar,
Hayat an Naqshbandi, Perawat TAQ Darul Hikmah Pahang...
Lampiran 1
Kos Permulaan Pusat Rawatan TAQ Darul Hikmah Pahang. (sewa)
Kaedah kedua sebenarnya adalah 'support' / alternatif untuk kaedah pertama:
Dalil: Diriwayatkan dari Ibn Dharis dari Said bin Jubair RA, bahawa sesunggunya beliau pernah membaca Surah Yaasin kepada seorang lelaki gila, maka akhirnya pesakit itu sembuh!
Sesungguhnya YAASIN adalah hati al Quran... Apabila jin mendengarnya maka ia akan diam dan mendengar dengan teliti ayat al Quran tersebut...
Fiman Allah Taala: (Surah Jin: Ayat 1 dan 2) "......Katakanlah wahai Muhammad..."Telah diwahyukan kepadaku bahawasanya: Sekumpulan jin telah mendengar (Al Quran), lalu mereka berkata, "Sesungguhnya kami mendengarkan al Quran yang menakjubkan." (Yang) memberi petunjuk kepada jalan yang benar, lalu kami beriman kepadanya. Dan sekali-kali kami tidak akan mempersekutukan seorangpun dengan Tuhan kami..."
Penerangan: Berbekalkan keberkatan al Quran, akal mangsa akan bebas dari cengkaman jin. Gila berpunca dari jin. Kebiasaannya gila memang berpunca dari serangan dan cengkaman jin ke atas otak manusia.
Apabila diulang bacaan al Quran khususnya YAASIN kepada jin yang mendengar, insya Allah ia akan berambus dari akal yang dicerobohnya...
Bacaan al Quran dalam bentuk ruqyah kepada jin adalah:
1) Untuk jin Islam: Ingatan, teguran, dakwah dan ancaman kepadanya.
2) Untuk jin kafir: Ancaman, tempikan, templak dan peringatan kepadanya.
Apabila dibacakan / diperdengarkan YAASIN secara bertalu-lalu, diberi minum dan mandi air YAASIN sekaligus, nescaya jin akan berambus dari akal penderita. Lebih-lebih lagi jika dibaca secara berjemaah dengan niat yang satu iaitu kesembuhan pesakit!!!
Allah Taala Maha Penyembuh dan Maha Berkuasa atas setiap sesuatu... Insya Allah... Yakinlah!!
Insya Allah sembuh!!!!!!
.... cara kedua dipetik dari kitab ... "A'lij Nafsaka bil Quran", Abul Fida' Muhammad Izat Irfan, Mesir"...