Tuesday, August 24, 2010

Jin dalam botol: Komen Us Harun Din


Haram hukumnya memasukkan jin ke dalam botol:

1) Termaktub dalam kitab as Sorimul Battar; sekiranya benar2 tindakan tersebut boleh dilakukan maka hukumnya adalah haram di sisi Allah kerana apa hak manusia untuk mengurung / mengkuarentin / apa jua istilahnya sedangkan mereka (jin) mempunyai undang2 dan mahkamah mereka sendiri untuk menentukan apakah hukumannya yang sepatutnya kepada mereka.

2) Seperti yang termaktub di dalam buku Menjawab Persoalan Makhluk Halus dan Kaitannya dengan penyakit dan perubatan tulisan Tuan Guru Dato’ Dr Harun Din al Hafiz bahawa tindakan tersebut tiada asasnya di dalam syarak…. Terkeluar dari syarak:

{ Dalilnya:

Nabi saw pernah satu ketika mengimankan solat di Masjidil Haram. Tiba2 para sahabat melihat Rasulullah sedang mengelak dari sesuatu seperti memegang / menangkap sesuatu yang mereka tidak nampak.

Setelah selesai solat para sahabat bertanya. Rasulullah saw menjelaskan kepada sahabat, ifrit telah datang kepada baginda dengan obor api untuk mengganggu solatnya lalu baginda mengelak daripada nyalaan obor api itu dari terkena muka dan telah menangkapnya dengan tangan.

Pada ketika baginda berazam untuk mengikat ifrit itu pada salah satu tiang di Masjidil Haram supaya ifrit itu dapat dilihat dan dimainkan oleh budak2. Tiba2 baginda teringatkan doa nabi Sulaiman as yang memohon kepada Allah Taala agar kekuatan yang ada padanya boleh menawan, menangkap dan mengurung makhluk halus ini TIDAK DIBERIKAN KEPADA ORANG LAIN.

Oleh kerana itu baginda melepaskan ifrit tersebut.

Hadis berikut menerangkan perkara ini:

Maksudnya:
“ Syaitan telah datang mengganggu solatku. Lalu aku pegang lehernya dan mencekiknya sehingga dapat aku merasakan lidahnya yang sejuk pada tanganku. Jika tidak kerana doa nabi Sulaiman as nescaya akan aku ikat syaitan tersebut untuk tontonan kamu.”

Kejadian yang berlaku bolehlah kita membuat kesimpulan:

1) Nabi Muhammad tidak pernah menangkap / menanmbat iblis bahkan jauh sekali untuk memasukkan ke dalam botol dan membuangnya di mana2 tempat.
2) Baginda saw cuma mengelak apabila diganggu.
3) Baginda menangkapnya disebabkan ifrit menggangu baginda apabila solat.

Walaupun baginda berniat untuk menambat ifrit tersebut, namun apabila baginda teringat doa nabi Sulaiman.. BAGINDA TIDAK MELAKUKANNYA.

MENANGKAP / MEMBUANG MAKHLUK HALUS TIADA ASANYA DALAM HUKUM SYARA’

Makhluk ini diperbuat daripada api dan bukan fizikal.
Kuasa api adalah kuasa cahaya yang boleh melepasi tembok.

Sekiranya kita mengurungnya dalam bekas seperti botol yang diperbuat daripada kaca yang telus cahaya bermakna makhluk halus boleh masuk dan keluar. Mana mungkin sesuatu yang bentuknya bukan fizikal hendak dimasukkan dalam sesuatu yang berbentuk fizikal. Botol merupakan benda fizikal sedangkan makhluk halus bukan fizikal.

Makhluk halus adalah dari api yang dijadikan daripada unsur cahaya. Kelajuan sama seperti kelajuan cahaya. Tidak ada gunanya ia dimasukkan ke dalam botol kerana makhluk tersebut boleh keluar dan masuk pada bila2 masa.

Nabi Sulaiman as dan Nabi Muhammad boleh menangkap makhluk halus kerana mereka adalah Rasul> Namun tidak terdapat perbuatan sahabat, tabien dan tabi’ tabien yang menangkap makhluk halus untuk dimasukkan ke dalam botol.

Perkara yang digalakkan adalah berikhtiar dengan membaca ayat al Quran seperti yang diajar Rasullullah saw seperti membaca Surah al Baqarah ayat Kursiy dan sebagainya…. }


PETIKAN DARI BUKU KARANGAN TUAN GURU DATO’ DR HARUN DIN MENJAWAB PERSOALAN MAKHLUK HALUS

No comments:

Post a Comment