Apakah hukum rawatan dengan menggunakan jampi serapah dan mantera?
Seperti yang termaktub di dalam buku Menjawab Persoalan Makhluk Halus dan Kaitannya dengan penyakit dan perubatan tulisan Tuan Guru Dato’ Dr Harun Din al Hafiz:
{Merujuk kepada soalan berkenaan jampi dan mantera, menjampi pesakit atau dalam Bahasa Arab sebagai ruqyah dibenarkan malah kadang2 amat digalakkan.
Pada suatu ketika Rasulullah saw pernah ditimpa sakit. Jibril datang untuk menjampi baginda. Jibril menjampi nabi saw sehingga sembuh. Jampi yang dijampi Jibril ini disebut “ruqyah Jibril’.
Menjampi dengan menggunakan bahasa khusus umpamanya bahasa Jawa, bahasa Mendiling, bahasa Inggeris atau bahasa Sepanyol dengan syarat:
1) BACAAN TERSEBUT DIKETAHUI MAKNANYA
2) TIDAK ADA SEBARANG TAFSIRAN YANG BOLEH MEMBAWA MENSYIRIKKAN ALLAH (tambahan saya: cth Sembah 7 Jin)
Sekiranya lirik, senikata atau bacaan yang disebut oleh dukun itu tidak diketahui maknanya dan bomoh itu sendiri tidak faham dan tidak tahu apa yang dipinta, jampi tersebut tidak boleh digunakan.
Firman Allah Taala:
82. Dan kami turunkan dari Al Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman dan Al Quran itu tidaklah menambah kepada orang-orang yang zalim selain kerugian.
Terdapat enam kali sebutan syifa’ atau kesembuhan di dalam al Quran. Begitu juga dengan hadis banyak yang menyebutkan kesembuhan penyakit melalui pembacaan al Quran dan doa.
Ulamak bersependapat (ijma’ ulamak) bahawa mengikhtiarkan kesembuhan penyakit dengan menggunakan kaedah bacaan doa serta menggunakan air adalah DIHARUSKAN. Bahkan kadang2 digalakkan sekiranya memenuhi tiga syarat utama:
1) Menggunakan pembacaan ayat al Quran dan as Sunnah atau ruqyah dalam bahasa Arab yang diketahui maknanya serta tidak bertentangan dengan syarak.
2) Boleh menggunakan selain dari yang pertama dengan apa jua bahasa tetapi mestilah diketahui makna dan tidak ada unsur percanggahan dengan syarak (tambahan saya: cth sembah 7 jin).
3) Orang yang merawat hendaklah beriktikad bahawa penyembuhan hanya milik Allah sahaja dan perawat hanyalah berikhtiar.}
PETIKAN DARI BUKU KARANGAN TUAN GURU DATO’ DR HARUN DIN MENJAWAB PERSOALAN MAKHLUK HALUS
No comments:
Post a Comment