Tuesday, August 24, 2010

Bacalah al Quran walau tidak difahami maksudnya

Tak payah baca kalau tak faham?

Bukankah al Quran itu KALAMULLAH... kalam Allah... tiada kalam yang lebih baik untuk dibaca melainkan al Quran jua.....

Firman Allah Taala Surah Fussilat ayat 44:

44. Dan Jikalau kami jadikan Al Quran itu suatu bacaan dalam bahasa selain Arab, tentulah mereka mengatakan: "Mengapa tidak dijelaskan ayat-ayatnya?" apakah (patut Al Quran) dalam bahasa asing sedang (rasul adalah orang) Arab? Katakanlah: "Al Quran itu adalah petunjuk dan penawar bagi orang-orang mukmin. dan orang-orang yang tidak beriman pada telinga mereka ada sumbatan, sedang Al Quran itu suatu kegelapan bagi mereka[1334]. mereka itu adalah (seperti) yang dipanggil dari tempat yang jauh".

[1334] yang dimaksud Suatu kegelapan bagi mereka ialah tidak memberi petunjuk bagi mereka.

Satu hadis Nabi Muhammad saw berbunyi:

”Khairul kalam, KalamuLLAH”... Sebaik2 kalam (percakapan) itu adalah KALAM ALLAH...”

*DariAbu Ubaid bin Talhah bin Mushrif: pernah berkata: Adalah dikatakan:

”Apabila dibacakan al Quran di sisi pesakit dididapati penyakitnya bertambah ringan.”

Tidak mengapa membaca al Quran walau tidak difahami maksudnya. Kalau faham maksudnya itu adalah NUR ALAN NUR.. Lebih baik lagi.

PENJELASAN:

Bukankah al Quran itu KALAMULLAH... kalam Allah... tiada kalam yang lebih baik untuk dibaca melainkan al Quran jua.....

Mana yang lebih baik dari Kalam Tuhan kita yang telah menjadikan alam maya ini atau jampi buatan manusia?

Dalam Usul Fiqh malah dalam ilmu Ulum al Quran, ta’rif al Quran menyatakan bahawa:

al Quran huwa Kalamullah al munazzal ala nabiyina muhammad saw bi wasitati jibril as al mutaabbad bi tilawatihi...

”Al MUTAABAD BI TILAWATIH” bermaksud adala dikira ibadah bagi sesiapa yang membacanya....

Ulamak membahaskan ta’rif ini: bahawa dikira ibadah sesiapa yang membacanya sama ada difahami maksudnya atau tidak... Dapat pahala orang yang membacanya walaupun tidak faham maksudnya.... Begitu juga dengan zikrullah..... Perkara ini saya pelajari dengan sheikh2 al Azhar ketika di al Azhar dulu... Sekiranya difahami maksudnya maka itu lebih baik ”NUR ALA AN NUR”..,cahaya atas cahaya...

Sekiranya kita mengatakan buat apa baca al Quran kalau tak faham:

Orang2 Arab yang komunikasinya adalah Arab juga tidak faham sepenuhnya al Quran.. Macam kita... memerlukan pengajian agama seperti Tafsir, Tafsir Ayat Ahkam, Fiqh Kitab dan sebagainya... Sebab itu orang belajar..Sebab itu orang mengajar dari kalangan ulamak2 Islam.

Jadi kalau tak faham apa toksah baca ke.. Astagfirullah.... Kalau berfahaman sebegini kasihanlah orang Afrika, China, India dan serata dunia termasuklah kita yang bukan bahasa pertuturannya adalah Arab.... Maka sesuailah al Quran kepada orang Arab sahaja...

Implikasi dari kata2 sebegini akhirnya membuatkan masyarakat jauh dari al Quran KALAM ALLAH.....

3 comments:

  1. Seorang murid bertanya kepada gurunya. Apakah perumpamaan membaca al quran tanpa memahami maknanya. Gurunya berkata "ia adalah umpama menadah air menggunakan kertas". Maka anak muridnya berkata "bukankah ianya sia sia". Maka gurunya membalas "memang airnya bocor tetapi apakah yang terjadi pada kertas?". Anak muridnya berkata "ia basah". Maka gurunya berkata "begitulah barakahnya. walaupun tidak mendapat kesemuanya tetapi kamu tetap basah di simbah barakahnya"

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum..saya nak bertanya:1. kenapa seseorang itu masih melakukan kejahatan walaupun dia sentiasa bersolat dan membaca Alquran? walaupun dia sedar perkara itu tidak baik.2. kenapa arah kiblat solat adalah ke arah kaabah? mesti ada sebabnya, itu yang saya ingin tahu.. terima kasih

    ReplyDelete