Buku Yang Wajib Dibaca Semua Pihak agar AKIDAH MUSLIM khususnya dalam bab jin dan Perubatan Islam tidak Terpesong
Rujukan:Menjawab Persoalan Makhluk Halus karya Tuan Guru Dato’ Dr Haron Din.
Assalamualaikum semua dan ampun maaf pd semua. Menyedari diri saya yang jahil dan serba kekurangan ilmu khususnya ilmu sufi, hakikat dan makrifat kerana kotornya diri ini dengan takabbur, suma’h, riya’ dan bersalut noda dosa dan ego maka saya sandarkan jawapan yang diberikan oleh Tuan Guru Dr Harun Din berkenaan persoalan bolehkan manusia melihat makhluk halus. Beliau mempunyai autoriti menjawab soalan ini kerana ilmu, kesolehan dan pengalamannya di dalam perubatan Islam tidak dapat disangkal lagi oleh mana2 pihak….
Soalan:
Apakah hikmah Allah SWT menciptakan makhluk halus yang boleh melihat manusia sedangkan manusia tidak boleh melihat rupa asal mereka? Makhluk ini turut memusuhi dan sering menyakiti manusia.
Jawapan :-
Bukan semua makhluk halus sentiasa menyakiti manusia. Ada makhluk halus beragama Islam dan ada juga yang kafir. Makhluk halus yang beragama Islam dan beramal soleh tidak akan menyakiti makhluk-makhluk lain.
Diriwayatkan oleh Abd Allah ibn Amr, Rasulallah SAW bersabda :
Maksudnya : “Seorang muslim yang sebenar adalah seorang Muslim yang akan memberi keselamatan dan kesejahteraan kepada Muslim yang lain sama ada melalui lidahnya mahupun perbuatannya dan orang yang berhijrah itu ialah orang yang meninggalkan sesuatu yang dilarang oleh Allah”.
Manusia Muslim dengan makhluk halus yang muslim adalah bersaudara. Ini berdasarkan firman Allah SWT dalam surah al-Hujurat ayat 10
Maksudnya : “Sesungguhnya semua orang yang beriman itu adalah bersaudara.”
Makhluk halus yang benar-benar Muslim menjadi saudara kepada kita dan tidak akan menyakiti kita. Walaupun begitu, permusuhan merupakan salah satu sifat yang ada pada diri manusia dan makhluk halus.
Allah SWT menganugerahkan suatu rahmat yang amat besar kepada manusia apabila manusia tidak dapat melihat makhluk halus. Allah SWT menciptakan filter atau penutup pada mata yang menjadi penghalang manusia daripada dapat melihat alam ghaib.
Sekiranya manusia boleh melihat makhluk halus, keadaan manusia tidak akan menjadi tenteram, sentiasa terancam dan diancam. Manusia tidak boleh berehat dan sukar untuk tidur nyenyak kerana sering melihat rupa-rupa mereka yang menakutkan.
Disebabkan manusia tidak dapat meliaht makhluk halus, maka manusia boleh duduk bersenang lenang, berehat dan tidur tanpa sebarang gangguan, meskipun mereka berada disekeliling kita.
Cuba kita bayangkan, sekiranya kita berada di dalam bilik tidur, tiba-tiba ternampak makhluk seperti ular ataupun anjing hitam lari masuk ke bawah katil, tentulah kita akan mencarinya hingga dapat. Jka tidak dapat, sudah tentu kita tidak akan tidur nyenyak dan mungkin akan berpindah ke bilik lain.
Kita harus faham bahawa dengan tidak dapat melihat makhluk halus merupakan nikmat yang sangat besar kepada manusia. Makhluk halus memang boleh menyakiti manusia, namun perlu diingat bahawa manusia juga boleh menyakiti makhluk halus.
Makhluk halus juga takut akan manusia. Malah sebenarnya makhluk haluslah yang lebih takut kepada manusia, khasnya orang-orang yang sangat tinggi darjat ketakwaannya kepada Allah SWT.
Disebut dalam satu hadith yang diriwayatkan oleh Ibn Abi Syaibah daripada Muhammad ibn Sa`ad daripada ayahnya, Nabi SAW bersabda: -
Maksudnya : “Demi Allah yang diriku yang berada di tanganNya, tidak kamu (Umar RA) mengikuti suatu jalan ke suatu arah, melainkan syaitan akan mengikuti jalan lain. “Nabi SAW berkata demikian kepada`Umar al-Khattab RA.
Kita boleh mempertahankan diri daripada makhluk halus dengan cara mendekatkan diri kita kepada Allah SWT dan memohon perlindungan daripada-Nya.
Firman Allah SWT dalam surah al- A`raf ayat 200 :
Maksudnya : “Dan jika kamu ditimpa suatu gangguan atau godaan dari syaitan, maka pohonlah perlindungan kepada Allah SWT, sesungguhnya Dia Maha Mendengar Lagi Maha Mengetahui.
Firman Allah SWT dalam surah Fussilat ayat 36 :
Maksudnya : “Dan jika kamu ditimpa suatu gangguan atau godaan dari syaitan, maka berlindunglah dengan Allah SWT, sesungguhnya Dia lah sahaja yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.
Kedua-dua ayat ini membawa maksud yang sama, Cuma dalam surah Fussilat, terdapat penambahan ayat Hua atau Dialah sahaja. Ayat ini memberi penekanan bahawa allah SWT sahaja yang akan memberikan perlindungan kepada manusia, mempertahankan manusia daripada kecelakaan yang akan dilakukan oleh makhluk halus.
Orang mukmin wajib takut kepada Allah SWT sahaja, bukan takut kepada makhluk halus. Jika kita takut dengan mereka, ini memberi maksud penggantungan kita kepada Allah masih rapuh dan perlu dipertingkatkan lagi.
Ingatlah bahawa manusia adalah khalifah di muka bumi. Manusia ialah boss atau ketua atau pemerintah yang memerintah alam. Semua makhluk di muka bumi termasuk makhluk halus mesti patuh kepada manusia.
Inilah yang menyebabkan Iblis berasa dengki serta iri hati kepada Nabi Adam AS kerana Adam dan cucunya diangkat menjadi khalifah di muka bumi. Maka dengan itu manusia tidak seharusnya takut kepada makhluk halus.
Manusia perlu sedar, manusia diberi kelebihan yang tidak diberikan kepada makhluk halus.
Firman Allah SWT dalam surah al-Isra` ayat 70 :
Maksudnya : “Sesengguhnya Kami telah memuliakan anak-anak Adam dan Kami telah mengangkat mereka dengan pelbagai kenderaan di daratan dan di lautan. Kami juga telah memberikan rezeki kepada mereka daripada benda yang baik-baik, serta Kami telah memberi kelebihan kepada mereka dengan sempurna mengatasi makhluk-makhluk yang kami ciptakan.”
________________________________
Selingan
· Sesungguhnya fitnah lebih teruk dari membunuh! Us Syarhan dan Us Malek menafikan sekeras-kerasnya bahawa mereka boleh melihat jin. Petang tadi baru mereka sms saya dengan kata mereka:
·
Us Syarhan at Tobibi Sinar Zamdurrani – Us Hayat: “Takde la Hayat.. Inta pun tahu bagaimana anta belajar dengan ana dulu. Ana tak pernah pun kata begitu.” 3.38pm
·
Us Malek Terapi Al Quran Darul Hikmah – Us Hayat: “Ya betul tu ana pernah lihat jin, ‘Jins Shamsuddin’ J. Ana takde kelebihan tengok jin. DAKWAAN BOLEH TENGOK JIN ADALAH BERCANGGAH DENGAN AL QURAN. NAUZUBILLAH.” 5.43pm
Allahu Haq!!! Hidayah Seluruh Alam!!!
No comments:
Post a Comment