Assalamualikum semua... Seminar KISWAH modul 3 berlangsung dengan jayanya. Seminar kali ini adalah anjuran KISWAH Klang yang diterajui oleh Saudara Zailan dan Us Hasan. Ini adalah sebahagian gambar kenangan semasa seminar di Shah Alam minggu lalu:
kelihatan orang2 kuat KISWAH sedang berehat2 setelah melalui perjalanan yang memenatkan. Kelihatan dari kiri, Cikgu Adib, Us Zaki dari Kota Tinggi, Abang Kasim, Us Hanif al Hafiz dan saya...
Kami bertolak dari Temerloh sebanyak 2 buah kereta lebih kurang pukul 11 pagi. Satu kereta saya sekeluarga dan Mat 14, satu kereta lagi Adib sekeluarga dan Us Hanif Abu Faidh al Hafiz yang baru pulang dari Mesir. Kami tiba di Pusat Rawatan Klang untuk bermalam di sana lebih kurang pukul 6 petang setelah singgah di PKNS. Kami terus ke rumah Abg Zailan dan kaum ibu terus menetap di sana dan kami bermalam di pusat rawatan.
kami jamming maulid sebagai persiapan persembahan pada seminar esok. Abang Zailan dan Amirul menjadi coach kami. Kelihatan Cikgu Zul dari Bentong dan Ir Kamarul tekun mengetuk percussion.
Sementara menunggu makan malam nasi lemak berlauk telur puyuh, kami berlatih menyanyikan beberapa qasidah dan maulid. Suasana barakah dan penuh ukhuwwah menyelubungi kami sepanjang kami bersama secara berjemaah di sini... Kenangan yang tidak akan kami lupakan!
Kereta veteran saya yang ditolak orang2 kuat KISWAH. Terima kasih semua bantu saya di saat kesusahan.
Pada hari yang ditetapkan kami bangun awal untuk tahajjud dan solat subuh serta zikir secara berjemaah. Kami bertolak ke tempat seminar lebih kurang pukul 7.15 pagi... Malang tidak berbau.. kereta saya rosak di jalan tok nong. Drive Shaft pecah... Terpaksalah sahabat2 buat U turn dan membantu menolak kereta saya ke tepi jalan.... Kereta lamalah katakan.... Kereta Saga 1986 saya tersadai di tepi jalan.... Kami teruskan perjalanan....
Cikgu Amir dan Karkun Idris dari Kuantan mendaftar untuk menyertai seminar... Kelihatan Putra dan Us Hasan menjaga kaunter pendaftaran. Seramai hampir 90 orang peserta dari seluruh negara menyertai seminar pada kali ini.... Rombongan Us Nazri dari Teluk Intan dan Us Zaki dari Kota Tinggi juga turut serta!
Memulakan seminar dengan doa.. Antara tajuk yang saya sentuh adalah :
1) Santau
2) Saka
3) Susuk
4) Selusuh....
Walaupun kurang sihat alhamdulillah seminar berlangsung dengan lancar dengan bantuan ajk2 KISWAH yang ceria!
1) Santau
2) Saka
3) Susuk
4) Selusuh....
Walaupun kurang sihat alhamdulillah seminar berlangsung dengan lancar dengan bantuan ajk2 KISWAH yang ceria!
Peserta seminar dari pelbagai latarbelakang menyertai seminar pada kali ini... Bersama2 berjanji bertekad meninggal dan memerangi perbomohan yg bermaharajalela di tempat masing2.
Sesi ruqyah beramai2. Sambil berseminar sambil berubat... Macam2 jenis reaksi gangguan yang ada semasa simulasi ini... Pesakit yang masih sakit diharap supaya membuat rawatan susulan di pusat rawatan muktabar yang berdekatan.
Seminar berakhir pada pukul 6 petang setelah selesai sesi soal jawab, bacaan hizib, majlis pengijazahan dan resolusi oleh peserta yang sangat menyentuh hati. Sesi fotografi menjadi agenda terakhir program.
Bergambar bersama peserta muslimin.
Bergambar bersama peserta muslimin.
Permintaan dari peserta muslimat terpaksa saya penuhi.... Lebih ramai mua'lijah diperlukan. Alhamdulillah dah ada mualijah yang boleh merawat selepas menyertai seminar dan kem mualij KISWAH.
Orang2 kuat di belakang KISWAH.... Tulang belakang seminar KISWAH dan forum ruqyah syariyyah... insya Allah.. agenda yang seterusnya adalah untuk mewujudkan keahlian KISWAH seluruh negara...
Dari kiri; Us Nazri wakil KISWAH di Teluk Intan, Us Zaki wakil KISWAH di Kota Tinggi, Abang Zailan merangkap orang kanan saya dan peneraju PR KISWAH Klang serta penganjur seminar pada kali ini, Us Hasan perawat KISWAH Klang, Kamarul; orang kuat Kuantan, Us Ali Tok Imam di sebuah masjid di Kuantan, Mat Jengka 14, Pak Kasim tulang belakang KISWAH Temerloh, Cikgu Adib orang kuat Kuantan, Prof Shahnor Ahli Majlis Tertinggi Forum KISWAH yang menjadi rujukan kami dalam banyak perkara, Ustaz Hanis al Hafiz, rujukan kami dalam Ulum al Quran Insya Allah penceramah al Quran kami, Tosan Nazim; orang lama dan Ahli Majlis Tertinggi, orang kuat forum Putra dan isterinya Puteri serta Mama Ina....
Alhamdulillah seminar kali berlangung dengan jayanya....berkat dari rahmat Allah Taala, berkat RasulNya dan guru2 kami yang mulia serta pengorbanan sahabat2 seperjuangan di dalam KISWAH khususnya pihak penganjur; KISWAH Klang; Abang Zailan dan Us Hasan,
Jumpa lagi dalam seminar yang seterusnya!
Allahu Haq!!! Hidayah Seluruh Alam!!!

No comments:
Post a Comment