Tuesday, December 28, 2010

Mengatasi masalah INSOMNIA


Insomnia juga boleh terjadi kerana gangguan makhluk halus!


Antara rawatan yang boleh dilakukan:

1) Sekiranya ada gangguan jin maka hendaklah dirawat dengan teknik rawatan ruqyah syariyyah, didengarkan dengan bacaan al Quran, minum, mandi air ruqyah.

2) Sentiasa mendengar CD RUQYAH KISWAH

3) Memakai minyak wangi ruqyah ROSE atau KASTURI di 32 point sebelum tidur.

4) Menyembur air ruqyah bercampur garam dan minyak wangi di tempat tidur sebelum tidur.

5) Tinggalkan terus minum teh dan kopi.

6) Jangan tidur siang

7) Perbanyakkan minum susu segar dan yogurt selepas Maghrib dan Isyak

8) Tinggalkan aktiviti2 dan tabiat lain selepas Isyak seperti menonton cd / tv / internet dan FB, berborak kosong sehingga lewat malam,... Selepas Isyak berusaha untuk masuk tidur.

9) Minum madu sesudu dicampur air ruqyah, 21 kismis dan 7 biji kurma sejam sebelum makan apa2 pada waktu pagi untuk menambahkan kekuatan diri dan untuk memulihkan diri yang lemah kerana kurang tidur.

10) Amalkan bacaan Surah al Kahfi ayat 10 dan 11 Selepas Solat Maghrib dan Isyak... Perbanyakkan bacaan ini selepas solat Isyak sehingga tertidur....

11) Kurangkan pengambilan ubat sedative / penenang dan ubat tidur yang dibekalkan oleh doktor jika hendak sembuh dengan kaedah rawatan Islam... Pengambilan ubat ini dalam tempoh yang lama membahayakan kesihatan akal seseorang!

No comments:

Post a Comment