Sunday, July 4, 2010

Membelasah dan Mengislamkan Jin Hindu (episod 1)


Ajarkan Islam kepada jin yang anda dakwah yang berada di dalam tubuh pesakit yang anda rawat... Merawat pesakit kerasukan bermakna berdakwah kepada jin!


Assalamualaikum semua...

Kali ini saya nak ceritakan sesi rawatan emergency @ kelas praktikal saya dengan lebih kurang 5 orang anak murid kanan saya pada malam Ahad yang lalu...

Ceritanya begini...

Pada pagi Sabtu yang lalu seorang anak murid kanan saya Us Kasim Ahmad meminta izin dari saya untuk merawat seorang askar muda (19 tahun umurnya) yang kerasukan jin ketika dia bersama rakan2nya memakan mempelam dari kuil Hindu di Negeri Sembilan...

Selesai makan, dia dan rakan2nya mengalami kerasukan dan penyakit ganjil yang agak parah. Ini berlaku selama lebih kurang sebulan lamanya.. Sudah banyak bomoh yang mereka ' ziarahi' tetapi semuana hampa.....

Dipendekkan cerita, Us Kasim menyerahkan kes ini kepada saya sesudah bertungkus lumus berperang dengan jin tersebut sejak dari pagi hingga ke petang.....

Pada malam kelas perubatan di KISWAH yang dihadiri 5 orang anak murid kesayangan saya; (semuanya lebih tua dan ada yang berpangkat ayah) bertukar menjadi kelas praktikal di rumah pesakit.... Selepas solat isyak berjemaah saya menerangkan kepada angkatan perawat KISWAH berkenaan teknik2 'membelasah' jin (istilah saja ni) yang agresif dan brutal (yang jarang saya ajarkan kepada orang lain)

Kemudian terus kami pergi ke rumah si mangsa...... Saya lihat pesakit dan membaca surah al Baqarah ayat 102 ; " tidak akan memberi mudarat sihir ini kecuali hanya dengan izin Allah"..

Kemudian semua anak murid saya membaca ruqyah secara berjemaah dan menyuruh mereka serta ahli keluarga memegang pesakit dengan kuat.

Sambil anak murid saya membaca ruqyah saya:

1) Mengetuk lengan dan leher pesakit dengan kayu nona sambil memanggilnya supaya berdialog dengan saya.. Jin pun berdialog. (dialog dan contoh perjanjian saya akan kongsi nanti)

2) Perawat mengepit dua jari kaki paling hujung pesakit dengan dua batang pen... dan disuruh menguatkan kepitan bila perlu dengan isyarat tekong (saya) jika ia berdegil dan main2.

3) Tekong (saya) yang berada di kepala akan berdialog, berdakwah supaya memasuki Islam (jika jin kafir) , mengajarnya syahadah, memberinya nama Islam, melakukan perjanjian dan sumpah untuk keluar dan nasihat lain.

4) Tekong akan menepuk belakang pesakit (sekitar tulang belikat) apabila jin menyatakan kesudiannya untuk keluar dan kita akan mendapati tubuh mangsa yang keras seperti kayu sambil berbaring tadi senang didudukkan.... saya mula menepuk antara dua tulang belikat mangsa sambil menyuruhnya keluar dan mengungkit sumpahnya tadi...

5) Suruhan keluar disusuli dengan azan secara berjemaah oleh perawat2 lain...tepuk diteruskan.

6) Gelek 2 biji limau di leher (kiri dan kanan) mangsa sambil menyuruhnya keluar.. Kita akan dapati uratnya tegang dan keras.. gelek sehingga urat tersebut lembut dan pesakit automatik akan muntah.... badan yang keras akan menjadi longlai secara tiba2...... (kebiasannya tanda ia keluar... seperti satu sentakan disusuli tengkok pesakit akan longlai dan urat leher akan lembut)

7) Pesakit mula sedarkan diri... Panggil namanya dan suruh dia mengucap, membaca fatihah dan ayatul kursiy.. jikalau ia lancar.. kebiasaanya bermakna ia telah sedar dari kerasukannya....

8) Beri minum air ruqyah dan air ruqyah hendaklah disapukan di muka dan seluruh tubuh badannya........

9) Setelah lega... dan agak bertenaga.. Mandikan pesakit dengan air ruqyah...

10) Setelah mandi, pakaikan pesakit dengan pakaian bersih(tanpa lapair ruqyah itu).... dudukkan dan ajarkan zikrullah kepadanya.............

11) Pakaikan pesakit dengan minyak wangi ruqyah di 32 point dan seluruh tubuh badannya... suruh solat.. dan makan ( kerana ia tidak makan sejak sekian lama). dan tidur dengan ditemani ramai ahli keluarga... (untuk 3 malam pertama selepas sembuh)......

Alhamdulillah saya diberitakan pesakit semakin pulih.....

Nantikan episod kedua kisah ini.. Saya akan guidekan teknik dialog yang paling asas.... tanpa tertipu dan terbawa2 dengan temberang jin dan muslihatnya.. Straigt to da point...

Wassalam...

No comments:

Post a Comment