Wednesday, July 7, 2010

Ilmu Asas Dialog dgn Jin

Jin boleh bercakap dengan menguasai akal dan peti suara manusia. Ada yang langsung blackout (tak sedar) dan ada yang separa sedar (sedar tetapi tidak dapat mengawal emosi dan suara yang keluar dari mulutnya)... Dan ada juga yang buat2 macam jin yang bercakap kerana psycho saja...

Assalamualaikum semua.
Kali ini saya akan berkongsi dengan anda teknik dialog.
Sekiranya dialog terjadi antara perawat dan jin maka soalan yang perlu ditanya adalah:

1) Kamu datang dari mana?
Sekiranya jin memberitahu identiti orang yang menghantarnya, maka janganlah dipercayai dakwaan tersebut 100%. Ini kerana kebiasaannya jin suka menfitnah demi melaga2kan pesakit. Soalan ini ditanya sekadar ingin melihat 'akal'nya sahaja, sama ada dihantar atau sebab2 lain.. Siapa tidak penting... Yang penting jin keluar dari tubuh pesakit.


2)Kamu Islam atau kafir? Agama apa?

Sekerinya kafir pujuklah ia untuk memeluk agama Islam. Kalau tidak mahu tidak mengapa kerana HIDAYAH adalah hak Allah Taala... Saya biasa berdialog dengan jin Kristian, Hindu dan tidak beragama.. Ada di kalangan mereka yang sudi memeluk Islam dan ada yang tidak Ajarlah mereka asas agama secara ringkas seperti:

-Tuhan kamu adalah Allah.
-Nabi kamu adalah Saidina Muhammad saw.
-Kitab kamu adalah al Quran.

Ajarkannya syahadah dan maksudnya sekali dan berikan nama untuknya bergantung kepada jantinya.
Suruhlah ia pergi belajar agama dengan jin2 Islam yang terdapat di masjid2.


3) Kenapa kamu masuk ke dalam badan manusia ini?

Sekiranya kerana dihantar oleh tukang sihir, terangkan hukumnya. Begitulah juga sekiranya ia ingin berdamping, jin saka keturunan yang sudah ada MOU, jin asyiq dan sebagainya..

Jelaskan hukum jin masuk ke dalam badan manusia tetap haram di sisi Allah walau apapun sebabnya.

Sekiranya berdegil dan main2 'seksa'lah ia sepertimana post yang telah lepas.

4) Ada berapa ekor jin dalam badan manusia ini?

Sekiranya jin lebih dari satu maka panggillah ketuanya supaya kita dapat berdialog dengannya.. Tetapi AWAS, kebanyakan dari jin ini hanya menipu dari segi bilangan. Biasanya 1 satu saja yang masuk ke dalam tubuh manusia.. Sekiranya ketuanya setuju untuk keluar maka secara automatik yang lain juga akan keluar.


5) Kamu ini buat perjanjian sebelum keluar dari badan manusia ini?

Selepas di'seksa' biasanya mereka akan setuju untuk membuat perjanjian. Perjanjian tersebut mestilah dibaca oleh mua'lij dan mesti diikuti oleh jin tersebut.

Contoh perjanjian tersebut adalah:

"Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Bahawa dengan ini aku bersumpah dengan nama Allah Taala bahawa aku akan keluar dari tubuh badan manusia ini dan tidak akan kembali kepadanya dan mana2 tubuh manusia lagi. Sekiranya aku melanggar sumpah ini maka layaklah aku mendapat laknat Allah. Sekiranya Allah melaknatku maka semua nabi melaknatku. Semua wali melaknatku. Semua para malaikat, manusia, jin dan semua makhluk akan melaknatku!

Wahai Tuhanku, sekiranya aku bercakap benar maka permudahkanlah aku untuk keluar. Sekiranya aku bohong maka terserahlah kepada manusia ini untuk lakukan apa yang mereka suka kepadaku.

Demi Allah!!! Aku bersaksi dan bersumpah apa yang aku katakan"

Paksalah ia keluar, azan dan tepuklah belakang badannya...
Kebiasaannya ia akan keluar dan tidak akan kembali lagi dengan izin Allah jua!

Selamat mencuba!!!

p/s post yang berikut adalah episod kedua pengIslaman jin hindu... Saya akan sertakan contoh dialog tersebut.

PERINGATAN:
AWAS: Jangan paksa jin di dalam badan pesakit bercakap.. Sekiranya kita paksa.. pesakit pula yang akan bercakap, kononnya jin yang bercakap. Dah awak paksa, maka mulalah pesakit meraban bercakap hentam keromo seolah2 dialah jin itu....
Hanya pengalaman yang dapat membezakan sama ada yang bercakap itu adalh jin sebenar atau psycho pesakit saja.......

Selalu sekiranya saya dapati yang bercakap itu adalah pesakit sendiri yang merasakan jin yang bercakap.... dialog tersebut TIDAK AKAN SAYA LAYAN.... Teruskan ruqyah dan merawat..

Wassalam

No comments:

Post a Comment