Jin Mudah DiIslamkan dengan izin Allah... Tentang status keIslaman mereka dan adakah benar2 ia ikhlas untuk memeluk agama Allah... itu adalah urusan Allah... Tugas kita adalah berdakwah kepada makhluk ini..... "Nahnu nahkum biz zowahir wa la nahkum bil bawatin" Kita berhukum dengan perkara yang zahir dan jelas sahaja, dan tidak pula kita berhukum dengan perkara yang batin....
Assalamualaikum semua...
Ampun sebab lambat sambung kisah berkenaan rawatan pesakit yang dirasuki jin hindu sebelum ini. Sebelum itu, ingin saya tegaskan di sini bahawa pendedahan cerita ini semata2 ingin berkongsi pengalaman rawatan dan perkongsian ilmu berkenaan teknik rawatan umumnya dan teknik dialog khususnya....
UH: Siapa kamu?
JH: Saya jin.
UH: Kenapa kamu masuk ke dalam badan dia?
JH: Saya nak berkawan dengan dia. Nak berdamping dengan dia.
UH: Oooooo.. tak boleh.... hukumnya adalah haram di sisi Allah. Apa juga alasannya kamu masuk ke dalam badannya sama ada kerana nak berdamping, kerana perjanjian keturunan atau saka, kerana kamu dengki atau marah, kerana kamu suka atau ingin berdamping; hukumnya tetap satu iaitu HARAM dan berdosa di sisi Allah.
JH: Ya.........
UH: Kamu Islam atau kafir?
JH: Kafir.
UH: Agama apa?
JH: Hindu.....
UH: Nak masuk Islam???
JH: Nak.. nak...nak
UH: Masuklah dengan seikhlas hati... Ikut saya mengucap.... saya baca dan kamu ikut...
(Saya pun mengucap dan jin itu mengikut saya mengucap dengan agak kekok....)
Setelah mengucap...
UH: Alhamdulillah... wahai jin yang baik hati dengan ini kamu telah bergelar muslim... dengan ini saya memberi kamu nama DAUD (semenjak dulu lagi semua jin yang masuk Islam semuanya saya bagi nama DAUD hi hi .. sempena nama kawan saya :) ) .... Nama kamu siapa?
JH: Daud....
UH: Sekarang saya ajar kamu tentang agama Islam. Tuhan kamu bernama Allah... Tuhan kamu siapa?
JH: Allah..
UH: Nabi kamu adalah nabi Muhammad saw dan baginda adalah utusan Allah. Nabi kamu siapa?
JH: Muhammad saw..
UH: Kitab kamu dan rujukan kamu adalah al Quran.. Kitab kamu apa?
JH: Al Quran...
UH: Alhamdulillah... selepas ini kamu keluar dan pergilah belajar agama dari jin2 Islam yang terdapat di masjid2.. Boleh?
JH: Boleh...
UH: Sekarang kita buat perjanjin boleh?? Kamu ikut saya.
JH: Ye.....
UH: "Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Bahawa dengan ini aku bersumpah dengan nama Allah Taala bahawa aku akan keluar dari tubuh badan manusia ini dan tidak akan kembali kepadanya dan mana2 tubuh manusia lagi. Sekiranya aku melanggar sumpah ini maka layaklah aku mendapat laknat Allah. Sekiranya Allah melaknatku maka semua nabi melaknatku. Semua wali melaknatku. Semua para malaikat, manusia, jin dan semua makhluk akan melaknatku!
Wahai Tuhanku, sekiranya aku bercakap benar maka permudahkanlah aku untuk keluar. Sekiranya aku bohong maka terserahlah kepada manusia ini untuk lakukan apa yang mereka suka kepadaku.
Demi Allah!!! Aku bersaksi dan bersumpah apa yang aku katakan"
(lalu jin tersebut mengikutnya dengan baik... ia mula memberi kerjasama. Saya dudukkan pesakit dan menepuk belakangnya)
UH: Sekarang kamu telah berjanji untuk keluar... Sekarang keluar... Bismillah... saya azan dan kamu keluar.........
(saya azan dan diselangseli dengan ungkitan sumpahnya sebelum ini dan memaksanya untuk keluar... saya mula menggelekkan limau ke lehernya maka pesakit muntah dan berlaku sentakan di situ... tengkuk dan tubuhnya terus longlai)....
UH: Alhamdulillah... wahai jin pergilah ke tempat lain ..... Semua yang berada di sini sama2 kita membacakan al Fatihah dengan niat kesembuhan pesakit ini.. AL FATIHAH....
Ini adalah contoh asas dialog dengan jin.. jangan melarut2... dan sentuh yang asas sahaja.. Sekiranya ia tidak menjawab soalan kita.. biarkan sahaja....
SEMOGA MENJADI PEDOMAN....
No comments:
Post a Comment