Thursday, July 1, 2010

Cawangan Baru KISWAH di Kedah: Us Hasan Naqshbandi


Assalamualaikum semua. Juma'ah Mubarakah!!!

Pada malam Jumaat yang penuh barakah ini saya sangat berbesar hati untuk mengumumkan bahawa dengan ini Pusat Rawatan Islam KISWAH Terapi Ruqyah Syariyyah telah membuka cawangannya yang keempat iaitu di Alor Star, Kedah Darul Aman.

Perawat yang diberi amanah merawat di Kedah adalah Al Fadhil Ustaz Hasan an Naqshbandi iaitu salah seorang bekas perawat TAQ Darul Hikmah Us Malek.

.....................

Kerana permintaan yang terlalu tinggi selepas pelancaran CD tempoh hari pesakit yang berdekatan Kedah telah membuat panggilan untuk sesi rawatan tapi tidak dapat ditunaikan oleh perawat KISWAH......

Maka dengan berkat doa dan sokongan dari guru-guru kami, Alhamdulillah ALLAH Taala telah mempermudahkan urusan rawatan di Kedah.......

Sila Hubungi :

USTAZ HASSAN 0134651866 BAGI TEMU JANJI RAWATAN.

Buat masa ini beliau akan merawat di rumah beliau sehingga lah pusat rawatan yang khusus dapat dibuat dengan dana dan sumbangan melalui pembelian CD dilaksanakan dengan baik, InsyaALLAH.

Selamat datang kami ucapkan pada KISWAH KEDAH USTAZ HASAN.

Perihal Ustaz Hasan :

Beliau merupakan perawat yang berpengalaman dalam RUQYAH SYARIYYAH dan belajar di Madrasah Pondok Gajah Teriak, Kedah. Rumah beliau berdekatan dgn ALOR SETAR..............

Ustaz Hasan adalah bekas perawat TAQ Darul Hikmah Ustaz Malek dan beliau biasa merawat sehingga 30 pesakit dalam sehari; seorang diri sahaja...

Beliau adalah sahabat saya yang amat saya percayai dan saya amanahkan kepadanya untuk menggunakan ijazah dan nama KISWAH; mewakili saya dan guru kami Maulana Sheikh Raja Ashman di KEDAH....

Selamat Berubat Orang Kedah Dengan Ustaz Hasan an Naqshbandi..


No comments:

Post a Comment