Tuesday, August 25, 2009

rawatan pinggan putih


Dalil cara rawatan pinggan putih:

Firman Allah Taala:


  • 82. Dan Kami turunkan Dengan beransur-ansur dari Al-Quran Ayat-ayat suci Yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang Yang beriman kepadanya; dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang Yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua.(82,surah al Isra')

    Hadis: “Ubatilah ia dengan Kitab Allah (al Quran)

    Fatwa ulamak:Kitab Khazinatul Asrar ada dinyatakan : “al Qadhi Husain, al Baghawi dan lainnya dari mazhab Syafie berpendapat jika dituliskan al Quran pada manusia atau makanan, maka tidaklah mengapa.”

    Bentuk perubatan al Quran:

    1. Dengar: Ruqyah Syaraiyyah
    2. Minum: Air yang dibacakan al Quran
    3. Mandi: Air bacaan al Quran
    4. Urut: Air / minyak yang dibacakan al Quran
    5. Tulis : Air yang ditulis ayat al Quran untuk tujuan minum, mandi, urut

    Bahan-bahan yang diperlukan:
    Filamen / debungan za’faran / saffron.
    Ranting kayu resam / buluh / kayu sugi.
    Air mawar.
    Air zamzam / air mutlak yang hidup tiada mati.
    Pinggan putih tembikar tanpa corak.
    Bekas untuk melarutkan dakwat za’faran
    Sarung tangan pakai buang


    Keterangan bahan:
    Filamen / debungan za’faran / saffron.

    INFO ZA'FARAN

Za’faran dalah sejenis pokok herba dari Loridacces dengan ketinggian 10 hingga 30 cm. Bunga Za’faran mempunyai 3 kelopak bunga dan 3 kelopak daun yang berwarna unggu. Adalah sangat menarik diketahui hanya 5 hingga 7 kilogram Za’faran kering yang dapat diperolehi dari satu hektar tanah. Za’faran tergolong antara bahan yang termahal di dunia. Za’faran mempunyai khasiat dan nilai komersial yang tinggi.Filamen Za’faran, sebenarnya adalah stigma kering dari bunga Saffron. Setipa bunga tersebut hanya mempunyai 3 filamen stigma sahaja. Za’faran (Saffron) merupakan rempahan yang paling berharga dan termahal di dalam dunia. Harga Za’faran boleh mencecah dari RM1,700.00 hingga RM23,000.00 sekilo!

Za’faran dilarut dengan air mawar sehingga mencapai tahap kepekatan yang sesuai untuk dijadikan dakwat. Tidak terlalu pekat dan tidak juga terlalu cair.


Ranting kayu resam / buluh / kayu sugi.

Ranting diruncingkan secara menyenget untuk dijadikan pen. Batang sama digunakan untuk menulis tulisan khat.

Air mawar.

Air mawar dijadikan ‘pencair dakwat’.

Air zamzam / air mutlak yang hidup tiada mati.

Air zamzam digunakan untuk memadam dan melarutkan tulisan ayat al Quran yang tertulis di atas pinggan putih.

Pinggan putih tembikar tanpa corak.

Digunakan sebagai ‘papan putih’ untuk menulis ayat al Quran yang bersesuaian dengan penyakit yang dihidapi.

Bekas untuk melarutkan dakwat za’faran

Bekas ini digunakan sebagai tempat untuk membancuh dakwat za’faran.

Sarung tangan pakai buang

Untuk tujuan kebersihan dan keselamatan daripada penyakit berjangkit.

Langkah-langkah rawatan:

Setelah mengenalpasti penyakit pesakit dan bersoal jawab; perawat mengambil wuduk dan duduk di atas sejadah serta menyediakan bahan-bahan di depan sejadah. Pakailah sarung tangan untuk proses seterusnya.

Bancuh dakwat za’faran dengan air mawar di dalam bekas pembancuh.

Menulis ayat-ayat yang berkaitan dengan penyakit di atas pinggan putih.Perawat mestilah mahir dengan penggunaan ayat. Jika perlu sediakan rujukan dan mushaf al Quran di sisi.

Perawat membaca ayat tersebut dan diikuti oleh pesakit. Pesakit hendaklah membaca ayat yang tertulis di pinggan putih tersebut.

Perawat menuang air zamzam / air mineral yang telah diruqyah ke dalam pinggan tersebut.

Pesakit hendaklah melarutkan air tersebut beserta niat khusus untuk penyembuhan penyakit yang dideritainya.

Pesakit minum air pati yang telah dicampurkan dengan air ruqyah yang terdapat di dalam botol selepas membaca fatihah, ayat Kursiy serta selawat 3 kali. Minum dua kali sehari; selepas solat subuh dan sebelum solat maghrib untuk tempoh penyembuhan selama paling kurang7 atau 21 hari dan paling lama 40 hari…

Senarai kegunaan ayat al Quran rujukan (A’lij Nafsaka bil Quran:”Ubatilah dirimu dengan al Quran” karangan Sheikh Abi al Fadaa’ Muhammad, Mesir):

Umum: 6 ayat syifa’ di dalam al Quran:
At Taubah: 14
Yunus: 57
An Nahl: 69
Al Isra’: 82
As Syuara’: 80
Fussilat: 44

Sakit kepala: al Baqarah:178, an Nisa’:28, al Anfaal:66, Maryam:1-3, al Baqarah:186, al Ana’m:13,al Furqan:45, al Hasyr:21.

Penyakit mata: Qaaff: 22,

Sakit gigi: al Mulk:23, al An’am: 13.

Hidung berdarah: Hud: 44.

Pekak: al Hasyr:21-24

Sakit kulit: al Baqarah: 259 dan 266.

Sakit dada: al Insyirah:1-8, Thahaa25-28, Yunus:57.

Jantung, dada, limpa, hati: ayat Kursiy:al Baqarah:255

Jiwa kacau / tak tenang: al Ghaafir, ar Ra’du: 28.

Perut memulas: al Fatihah,al Ikhlas, al Falaq, an Naas.

Penawar racun dan demam ketar: al Quraisy:1-4.

Penawar bisa ular dan kala: al Fatihah,al Ikhlas, al Falaq, an Naas. Tambah garam kepada air dan sapu / celup.

Sendi / romatizem: Ali Imran:145, al Qadr:1-5, al Anbiyaa’:30

Mudah beranak:

لاإله الا الله الحليم سبحان الله رب العرش العظيم
Al Fatihah:2, an Naziat:46, al Ahqaf:35, al Insyiqaq:1-4 dan ayat-ayat selusuh.

Demam:
بسم الله الرحمن الرحيم بسم الله وبالله محمد رسول الله
Al Anbiyaa’: 69-70

Gangguan tidur: al Kahf: 11 dan 12.


Dukacita, sedih, rungsing pilu: al Insyirah:1-8

rasukan syaitan: ayat Kursiy,as Soffat:158-159, Yaasin, al mu’minun:115-118

otak / tak siuman: Yaasin

sihir: Yunus:81-82, al A’raaf: 117-121, Thahaa:69

Pelupa: al Baqarah: 1-4, 255, 256,257, 284-286

Was was: al Hadid 3,al Ghaafir, as Sajdah, al Ikhlas

Barah: Ruqyah saratan; lebih kurang ruqyah syariyyah dengan tambahan ayat-ayat tertentu.

Nota: Proses pembuatan dan penyediaan air penawar ini hanya dilakukan oleh pakar individu yang mempunyai ketelitian, kesabaran dan keikhlasan serta berakhlak mulia.


ini adalah sebahagian edaran pengajian kilat Ramadhan anjuran Darul Hikmah Pahang...

Saturday, August 15, 2009

Pengajian kilat perubatan Islam sepanjang Ramadan


Terapi al Quran Darul Hikmah Pahang akan mengadakan "Pengajian kilat perubatan Islam sepanjang Ramadan" pada ketetapan berikut:

Jadual program sepanjang ramadhan

Minggu 1
Ahad mlm Isnin
2 Ramadhan bersamaan 23 Ogos
Tajuk yang dipilih: Rawatan pinggan putih


Minggu 2
Sabtu mlm Ahad
8 Ramadhan bersamaan 29 Ogos
Tajuk yang dipilih: Refleksologi


Minggu 3
Sabtu mlm Ahad
15 Ramadhan bersamaan 5 September
Tajuk: urut

Minggu 4
Sabtu mlm Ahad
22 Ramadhan bersamaan 12 September
Tajuk yang dipilih:-Rawatan batu permata 'Kristal Healing'- antara pro dan kontra
- tafsir mimpi

Tajuk tambahan bagi peserta yang belum pernah mengikut pengajian 'al hijamah' / bekam.
Masa atas kesepakatan Ustaz Hayat dan peserta.

Pengajian adalah berbentuk TEORI dan PRAKTIKAL.
Lampiran dan nota akan diedarkan kepada para peserta.

Masa pengajian: Pengajian selepas solat terawih di pusat rawatan Darul Hikmah Temerloh: 9.30 mlm hingga 11 malam.


Tempat: Pusat Rawatan Islam Terapi Al Quran Darul Hikmah Pahang,143 Jalan Temerloh Jaya, Taman Temerloh Jaya, Pahang.



Terbuka kepada semua muslimin sahaja.



Yuran RM 50.00 sahaja untuk sepanjang Ramadan. Pendaftaran rm50 merangkumi semua tajuk. Pendaftaran pada malam pertama program.



Untuk pertanyaan sila hubungi: Ustaz Hayat: 0179065131.



More disediakan...

Thursday, August 13, 2009

mengubati pesakit istihadah


Minggu lepas saya dihadiri seorang pesakit yang telah mengalami istihadah sejak permulaan haidnya. Kini setelah umurnya meningkat 20 an dia masih mengalami istihadah. Haidnya selalu melebihi 15 hari. Kasihanlah kalau dia sudah bersuami nanti...


Menurut sebuah hadis nabi; secara mafhumnya istihadah berpunca dari aktiviti syaitan di dalam rahim wanita yang menyebabkan rahimnya luka dan berdarah. Maka darah yang keluar dari rahimnya tersebut adalah darah penyakit.


Cara rawatan istihadah adalah:


1) Baca ruqyah syariyyah kepada 3 / 7 botol air mineral. Tambahan untuk ruqyah istihadah ini adalah ayat 38 surah Yaasin dan surah al masad. Niat ketika membaca surah ini:Supaya penyakit istihadah dihentikan Allah.


2) Cari 3 biji putik kelapa dan belah dua. Rabus bersama air ruqyah. 1 putik kelapa direbus bersama 1 periuk air ruqyah.


3) Minum segelas setiap pagi satu jam sebelum makan pagi. Ulang sehingga istihadah berhenti / semua air habis...


Insya Allah, jika Allah izin akan disembuhkanNya!!!

Monday, August 10, 2009

Mencari barang hilang


Kadang-kadang ada orang menelefon meminta untuk ‘menilik’ dan mencarikan barang peribadi mereka yang hilang. Malangnya, disebabkan saya tidak mempunyai kasyaf yang cukup kuat untuk men’scan’ di mana terletaknya barang tersebut dan tidak juga menternak ‘khadam jin’ serta ilmu astrologi atau pun ilmu falak yang dakik (mendalam) untuk mencarinya maka saya katakan bahawa saya tidak berupaya mencarinya.

Walaubagaimanapun saya memberikan mereka satu senjata berbentuk doa yang menjadi amalan para awliya’ dan solihin yang terdapat di dalam kitab Bustanul Arifin (Taman Orang-orang yang A’rifin / Ahlillah / Awliya’ Allah) tulisan Imam an Nawawi. Imam Nawawi meriwayatkan doa ini daripada kitab Risalah al Qusyairiah tulisan Imam Abul Qasim al Qusyairi radiyAllahu anhu di dalam bab ‘Karamah Awliya’. Doa itu adalah:

“ Ya Jami’an Naasi li yaumil la raiba fihi, ijma’ alayya dhollati”

Maksudnya: “ Wahai Tuhan yang menghimpunkan manusia pada hari yang tiada keraguan padanya,himpunkanlah aku dengan barang aku yang hilang itu.”

Berkata Imam Nawawi:
“ Sebenarnya doa ini telah saya cuba maka saya mendapatinya sangat bermanfaat dan menjadi sebab untuk mencari barang yang hilang itu dengan tidak bersusah payah mencarinya. Barang itu juga tidak jauh dari tempat yang kita sangka. Saya juga telah mendengar perkara yang sama daripada Sheikh al Hafiz Abu Baqa’ ketika beliau mengajarkan doa ini dahulu kepada saya.”

Amalkan doa ini selepas solat atau bila-bila masa. Saya sendiri mempunyai pengalaman yang ajaib apabila mengamalkan doa ini. Setakat ini, setiap barang saya yang hilang semuanya telah dijumpai setelah membaca doa ini. Itupun dengan izin Allah dan ikhtiar kita dengan membaca doa yang telah menjadi amalan para awliya’ ini! Alhamdulillah!!!

Silalah amalkan! Insya Allah barang anda yang hilang akan dijumpai!!!

Tuesday, July 7, 2009

Pengubatan Kanser (saratan)


Semua pesakit kanser yang mengunjungi Darul Hikmah mempunyai masalah gangguan jin di dalam tubuh badan. Teringat ustaz saya dahulu mengatakan bahawa semua kanser adalah berpunca dari gangguan jin.

Buktinya tidak ada seorang pun pesakit kanser yang pernah saya rawati kecuali semuanya ada gangguan jin. Terkecuali yang telah sembuh. Dahulu kami pernah merawat seorang budak yang mendakwa dibawa jin melawat kampung halaman mereka. Dia mendakwa terdapat bengkel-bengkel pertukangan jin yang menghasilkan percikan api berbisa untuk menularkan penyakit kanser. Sejauh mana kebenaran dakwaannya hanya Allah yang Maha Mengetahui!!!
Rawatan paling kurang selama 40 hari. Untuk penyakit sebegini rawatannya adalah:

1) Dengar: Iaitu mendengar ruqyah saratan atau jampi kanser. Hampir sama dengan ruqyah syariah yang biasa kita dengar. Cuma ada beberapa ayat tambahan. Didengar sekerap mungkin.

2) Mandi: Mandi air yang telah diruqyah sekali sehari sebelum maghrib.

3) Minum: Minum air yang diruqyah tiga kali sehari.

4) Sapu: Sapu anggota yang terkena kanser dengan minyak zaitun virgin oil yang telah diruqyah sekerap mungkin. Sekiranya terkena kanser darah atau leukimia atau anggota di dalam perut maka hendaklah diminum 3 sudu minyak zaitun setiap hari.

5) Tambahan: Menurut mursyid saya Maulana Sheikh Muhammad Nazim al Haqqani bagi pesakit kanser hendaklah minum jus bawang sebiji sehari 1 jam sebelum makan apa-apa selama 40 hari. Bawang yang terbaik adalah bawang Holland berwarna kuning dan berkulit emas. Jus sebaiknya didapati dari mesin 'juicer' (fruit extractor) dan bukan blender...

Bagi pesakit kanser, ulcer dan ketumbuhan bolehlah datang mengunjungi Darul Hikmah. Insya Allah sembuh dengan izin Allah dan keberkatan amalan para awliya'.. amiin...

Monday, July 6, 2009

penerang dan pelembut hati


Ayat-ayat pelembut hati dan penerang hati

Ayat-ayat ini dibaca selepas solat sebanyak 3 atau 7 kali. Gambarkan wajah dan niatkan untuk siapa supaya terang dan lembut hatinya mengikut kita.

Al Fatihah: 1-7
Supaya hatinya terbuka untuk kita

Ali Imran: 31
Supaya kasihkan kita

Yusuf: 4
Supaya ikut kata

Thahaa: 1- 6
Supaya hatinya lembut untuk kita
Rum: 21
Supaya balik tinggal di rumah dan wujud kasih sayang dalam rumah tangga

Fussilat: 29
Supaya akur kepada kita
Al Hasyr: 21- 24
Supaya hatinya lembut

Al Insyirah: 1-8
Baca pada air mineral sebanyak 70 kali selepas solat hajat sebelum tidur. Tiup 10 saat pada air meneral dan masukkan ke dalam air minuman dan ketika masak nasi. Jika boleh diberi minum terus lebih baik.

Doa:
Supaya lembut hatinya untuk kita
'Allahumma layyin li qalbahu kama layyanta li daud al hadid"
Makna: Ya Allah lembutkanlah hatinya kepadaku sebagaimana Dikau lembutkan besi untuk Nabi Daud alaihissalam.

Ayat-ayat ini boleh dibaca untuk kerukunan rumah tangga. Boleh juga untuk anak yang nakal tidak mendengar cakap dan penerang hati untuk pembelajaran terutamanya surah al Insyirah. Solat hajat hendaklah dilakukan.

Ayat-ayat selusuh



Ayat-ayat selusuh
(mudah bersalin & betulkan kedudukan janin yang songsang)

Ayat-ayat ini dibaca kepada:
Air mutlak / air zam zam : untuk tujuan minum
Kurma atau kismis: untuk tujuan makan
Minyak zaitun: untuk tujuan urut di perut


Al Fatihah: 1-7
Al Baqarah: 255
Ali Imran: 35-37
An Nahl: 78 (7 kali)
Al Isra’: 82
Maryam: 22-26
Al Hajj: 22
Al Mu’minun: 12-14
Az Zumar: 6
Al Ikhlas: 1-4 (3 kali)
Al Falaq: 1-5
An Naas: 1-6
At Thalaaq: 2-3
(ayat tawakkal / penutup / kunci)

Tiup sehalus jarum sehingga habis nafas kepada bahan-bahan tadi dengan berserta niat.
Boleh diamal ketika sepanjang tempoh mengandung atau semasa sakit hendak bersalin.

Semasa mengandung: Air diberi minum sekali sehari sebelum maghrib. Minyak diurut sekali sehari sebelum tidur. Kurma dimakan sebiji sehari 1 jam sebelum makan pagi setiap hari.

Semasa sakit bersalin: Air diminum (jika mampu) dan sapu di perut. Minyak disapu diperut. Kurma / kismis dimakan (jika mampu).