Kadang-kadang ada orang menelefon meminta untuk ‘menilik’ dan mencarikan barang peribadi mereka yang hilang. Malangnya, disebabkan saya tidak mempunyai kasyaf yang cukup kuat untuk men’scan’ di mana terletaknya barang tersebut dan tidak juga menternak ‘khadam jin’ serta ilmu astrologi atau pun ilmu falak yang dakik (mendalam) untuk mencarinya maka saya katakan bahawa saya tidak berupaya mencarinya.
Walaubagaimanapun saya memberikan mereka satu senjata berbentuk doa yang menjadi amalan para awliya’ dan solihin yang terdapat di dalam kitab Bustanul Arifin (Taman Orang-orang yang A’rifin / Ahlillah / Awliya’ Allah) tulisan Imam an Nawawi. Imam Nawawi meriwayatkan doa ini daripada kitab Risalah al Qusyairiah tulisan Imam Abul Qasim al Qusyairi radiyAllahu anhu di dalam bab ‘Karamah Awliya’. Doa itu adalah:
“ Ya Jami’an Naasi li yaumil la raiba fihi, ijma’ alayya dhollati”
Maksudnya: “ Wahai Tuhan yang menghimpunkan manusia pada hari yang tiada keraguan padanya,himpunkanlah aku dengan barang aku yang hilang itu.”
Berkata Imam Nawawi:
“ Sebenarnya doa ini telah saya cuba maka saya mendapatinya sangat bermanfaat dan menjadi sebab untuk mencari barang yang hilang itu dengan tidak bersusah payah mencarinya. Barang itu juga tidak jauh dari tempat yang kita sangka. Saya juga telah mendengar perkara yang sama daripada Sheikh al Hafiz Abu Baqa’ ketika beliau mengajarkan doa ini dahulu kepada saya.”
Amalkan doa ini selepas solat atau bila-bila masa. Saya sendiri mempunyai pengalaman yang ajaib apabila mengamalkan doa ini. Setakat ini, setiap barang saya yang hilang semuanya telah dijumpai setelah membaca doa ini. Itupun dengan izin Allah dan ikhtiar kita dengan membaca doa yang telah menjadi amalan para awliya’ ini! Alhamdulillah!!!
Silalah amalkan! Insya Allah barang anda yang hilang akan dijumpai!!!

Ustaz,tulisan dalam bahasa rabnya takde ke ustaz?Saya takut nanti saya tersalah sebut kalau dalam tulisan rumi.
ReplyDeleteok nanti saya usahakan!!!
ReplyDeleteاللهم يا جامع الناس لا ريب فيه اجمع علي ضالتي
ReplyDeleteterima kasih ustaz hayat,doa ini dah lama saya cari
ReplyDeletetulisan tu ada sedikit kesalahan:
ReplyDeleteاللهم يا جامع الناس ليوم لا ريب فيه , اجمع علي ضالتي
salam ustaz..kalau orang hilang leh gune doa ni ke?
ReplyDeleteustaz..kalau saya baca doa ni utk ikhtiar utk dptkan moto adik kene curi ..insha'Allah buleh ke? maksud saya saya pon tolong amalkan skali..buleh ke?
ReplyDelete