Monday, July 6, 2009

penerang dan pelembut hati


Ayat-ayat pelembut hati dan penerang hati

Ayat-ayat ini dibaca selepas solat sebanyak 3 atau 7 kali. Gambarkan wajah dan niatkan untuk siapa supaya terang dan lembut hatinya mengikut kita.

Al Fatihah: 1-7
Supaya hatinya terbuka untuk kita

Ali Imran: 31
Supaya kasihkan kita

Yusuf: 4
Supaya ikut kata

Thahaa: 1- 6
Supaya hatinya lembut untuk kita
Rum: 21
Supaya balik tinggal di rumah dan wujud kasih sayang dalam rumah tangga

Fussilat: 29
Supaya akur kepada kita
Al Hasyr: 21- 24
Supaya hatinya lembut

Al Insyirah: 1-8
Baca pada air mineral sebanyak 70 kali selepas solat hajat sebelum tidur. Tiup 10 saat pada air meneral dan masukkan ke dalam air minuman dan ketika masak nasi. Jika boleh diberi minum terus lebih baik.

Doa:
Supaya lembut hatinya untuk kita
'Allahumma layyin li qalbahu kama layyanta li daud al hadid"
Makna: Ya Allah lembutkanlah hatinya kepadaku sebagaimana Dikau lembutkan besi untuk Nabi Daud alaihissalam.

Ayat-ayat ini boleh dibaca untuk kerukunan rumah tangga. Boleh juga untuk anak yang nakal tidak mendengar cakap dan penerang hati untuk pembelajaran terutamanya surah al Insyirah. Solat hajat hendaklah dilakukan.

3 comments:

  1. Salam Ustaz... nak tanya ni:
    i) ayat-ayat ni boleh tak saya gunakan untuk lembutkan hati sahabat saya. Tetiba je taknak kawan dgn sy lagi. Kami sama jantina.
    ii) Bekam perempuan kat mana? Kalau pegi spa xda la kot dibacakan ruqyah 2.

    ReplyDelete
  2. 1) boleh. Terpulang pada niat la... kalau niat buruk confirm tak jadi...

    ReplyDelete
  3. 2)bergantung pada tempat saudra / ri la...setahu saya tiada tempat yang berbekam sambil beruqyah ni kecuali di Darul Hikmah.. Malangnya kami di sini tiada bekam untuk muslimah. tq

    ReplyDelete