Monday, September 20, 2010

Musim penyakit turun ke negara kita dan amalan penangkisnya

Maulana Sheikh Nazim Adil al Haqqani; Tokoh Pendakwah Sufi Dunia; tokoh yang berjaya mengIslamkan berjuta2 orang di dunia dengan pendekatan hati...

Sheikh Adnan al Qabbani; khalifah Maulana Sheikh Nazim di Asia Barat

Seorang sahabat ada menyampaikan suhbah / sohbet / tazkirah Maulana Sheikh Adnan baru2 ni semasa guru kami tersebut berada di Sri Lanka... Beliau mengatakan sekarang adalah musim negara kita diturun penyakit..... Ramai orang yang sakit akhir2 ini....

Dalam satu suhbah Maulana Sheikh Nazim baru2 ini ada menyentuh berkenaan penyakit ni... Maulana menyatakan bahawa untuk menangkis penyakit2 dari menyerang kita, tidak kira sama ada kita masih sihat atau sedang sakit maka hendaklahL

1) Setiap hari mengerjakan solat sunat dua rakaat bertujuan memohon dari Allah Taala agar menyihatkan tubuh badan kita, semua anggota dan organnya sihat rohaniah dan jasmaniah.

2) Setiap hari membayar sedekah harian, 'tiap2 hari' dengan niat kesembuhan juga...

Sama2lah kita berikhtiar dan berdoa semoga Allah Taala menjauhkan kita dari penyakit...

Amin Ya Rabb!!!

Allahu Haq!!! Hidayah Seluruh Alam!!!

Masalah ana k lari dari rumah, sihir pengasih dan rawatannya

Masalah anak lari / suami lari / isteri lari dan Sihir Percintaan

Terkadang masalah lari dari rumah adalah angkara sihir pengasih / mahabbah!

Definisi: Anak / suami / isteri yang lari dari rumah kerana benci kepada keluarganya. Disebabkan campurtangan jin atau tidak (masalah peribadi).

Jenis masalah:

1) Tanpa campurtangan jin; sekadar masalah hati dan psikologi.

2) Beserta camputangan jin; sama ada disihir melalui makanan atau tidak sehingga menjadi dungu dengan mengikut sahaja orang yang menghasutnya. (SIHIR MAHBBAH / PERCINTAAN)

Simptom gangguan.

1) Benci melihat ahli keluarga yang tersayang. Terutama orang yang paling menyayanginya.

2) Orang yang paling disayangi kini adalah orang yang paling dibenci.

3) Taksub kepada kawan2 sekeliling dan membelakangkan kata2 ibu bapa.

4) Berasa rimas dan panas apabila berada di rumah.

5) Balik pada lewat malam.

6) Sering marah-marah terutama perkara yg kecil-kecil.

7)Perubahan diri yang mendadak.

Rawatan 1:
Sekiranya terkena sihir mahabbah (percintaan) hendaklah dirawat dengan

kaedah ruqyah syariyyah terlebih dahulu. Mendengar ayat al Quran yang

dibacakan oleh perawat, minum air ruqyah dan mandi air ruqyah. Pujuklah

mangsa bertemu dengan perawat Islam.


Rawatan 2:

Jika sudah suci bersih dari sebarang gangguan jin maka kaedah ‘memanggil’ pesakit yang lari dari rumah adalah:

1) Hadiahkan bacaan al Quran palling kurang al Fatihah kepada mangsa selepas solat. Niatkan pada ayat yang keempat semoga Allah memulangkan anak.

2) Amalkan solat hajat dan selalu berzikir lalu hadiahkan pahala kepada anak yang hilang.

3) Baca surah Toha ayat 1-6 selepas solat dengan niat hati anak lembut untuk pulang.

4) Gunakan bacaan yang sama dalam tajuk sebelumnya (anak nakal) untuk dihadiahkan kepada si mangsa.

5) Bernazar sekiranya anak pulang akan; berpuasa, kenduri kesyukuran, infaq dsb.

6) Selalu bersedekah dan memberi hadiah dengan niat supaya pesakit lekas sembuh.

* Ini adalah sebahagian dari pengisian kertas kerja modul 2 Seminar KISWAH.

Sunday, September 19, 2010

Pusat Rawatan Dibuka Kembali Pada Hari Esok; Isnin 20 September 2010

Pusat Rawatan Temerloh akan dibuka kembali pada hari Isnin 20 September 2010 setelah lebih kurang dua bulan ditutup atas sebab2 tertentu.. Ampun maaf kepada orang ramai yang menelefon saya untuk rawatan sebelum ini, namun hampa kerana hajat anda tidak dapat saya penuhi.

Ini berlaku selama lebih kurang dua bulan, sebaik sahaja isteri saya bersalin anak kedua pada 15 Syaaban yang lalu dan kemudiannya saya bercuti sepanjang Ramadhan yang lalu...

Jika ingin mendapatkan rawatan sila call saya dahulu di talian rawatan KISWAH 017 9065131 untuk mengesahkan kehadiran... Kemungkinan saya tiada di pusat rawatan sekiranya tiada orang menelefon saya terlebih dahulu..

Ampun batin dan zahir....

Pesanan Tuan Admin Forum: Forum Dibuka Kembali: Join Segera!

Tuan Admin Forum yang sentiasa ceria bersama anakandanya yang tercinta :)

Ini adalah email TA Forum kita:

Assalamualaikum,

Kami dari KISWAH memohon maaf kepada semua kerana tidak memberitahu terlebih dahulu mengenai perkara forum di tutup atas beberapa sebab teknikal. Kini dengan izin ALLAH forum di buka kembali dan berada dalam keadaan Sihat sihat belaka Alhamdulillah.

Sepuluh jari di susun memohon ampun dan maaf kepada semua forumers yang telah mencuba melayari forum ini ampun dan maaf juga yang kami pohonkan.


Berikutan dengan itu kami ingin mengumumkan mengenai pusat Rawatan Di Bandar Puteri Klang yang akan mula beroperasi seperti biasa yakni dari jam 10.00 Pagi hingga 10.00 Malam setiap hari.Bermula dari hari Sabtu 25hb September 2010.

Pusat Rawatan di Bandar Puteri Klang akan di kawal selia Oleh Saudara Hassan yang telah bersetuju untuk menjadi perawat tetap di Bandar Puteri Klang. InsyaALLAH berita mengenai perkara ini akan di berikan secara terpeinci dalam masa 3-4 hari lagi.

Pada semua pengunjung pusat Rawatan kami sila lah hubungi saya di talian 0182027559 bagi mengesahkan kehadiran untuk sesi rawatan.

Kami mengucapkan ribuan terima kasih atas segala sokongan kepada kami selama ini dan mudah mudahan segala urusan Dipermudahkan ALLAH di tempat tuan tuan dan puan puan juga di tempat kami AMIN.......

Sekian dari saya MAAF ZAHIR BATIN....

P/S: Pusat Rawatan Temerloh akan dibuka kembali pada hari Isnin 20 September 2010 setelah lebih kurang dua bulan ditutup atas sebab2 tertentu.. Ampun maaf kepada orang ramai yang menelefon saya untuk rawatan sebelum ini, namun hampa kerana hajat anda tidak dapat saya penuhi. Ini berlaku selama lebih kurang dua bulan, sebaik sahaja isteri saya bersalin anak kedua pada 15 Syaaban yang lalu.

Untuk mendapatkan rawatan sila telefon saya di talian KISWAH 017 9065131. Telefon dahulu sebelum datang ke pusat rawatan.

ADMIN KISWAH RUQYAH SYARIAH & TUAN USTAZ HAYAT.

http://www.rukyahsyariah.com/

Masalah anak nakal dan pelembut hati

Kadang2 anak yang nakal adalah disebabkan gangguan!
Definisi:

*Anak yang tidak mahu mendengar kata sama ada disebabkan keras hatinya atau kerana masalah gangguan makhluk halus yang sentiasa mengawal emosi dan tingkah laku*

Antara jenisnya adalah:
1) Anak yang tidak mahu ke sekolah.

2) Anak yang mengalami masalah sosial.

3) Anak yang selalu melawan orang tua.

4) Anak yang susah belajar

5) Anak yang mengalami masalah autisme dan hyper active.
(sebenarnya merupakan gangguan jin)

*Tanda-tanda anak nakal disebabkan gangguan makhluk halus:

Tanda ketika tidur:
* Mimpi ular, binatang buas dan berbisa, sampah, kubur, bayi, bunyi gigi, tersentak, benda tajam, benda gatal, lembaga, mayat dsb.

Tanda ketika jaga:
* Sakit tulang empat kerat, sakit belikat, ketumbuhan, takut menziarahi orang mati, sawan, ragu2 akan iman, gelisah mendengar al Quran dan azan dsb.

Rawatan anak nakal disebabkan gangguan jin:

*Jika ada campurlibat jin hendaklah dirawat dengan ruqyah syariyyah terlebih dahulu. Mendengar ayat al Quran yang dibacakan oleh perawat, minum air ruqyah dan mandi air ruqyah.


Ayat-ayat pelembut hati dan penerang hati

Ayat-ayat ini dibaca selepas solat sebanyak 3 atau 7 kali. Pada ayat yang

bergaris gambarkan wajah dan niatkan untuk siapa supaya terang dan

lembut hatinya mengikut kita. INGAT!!! Bacaan diniatkan hadiah kepada

mereka….

Al Fatihah: 1-7
Supaya hatinya terbuka untuk kita

Ali Imran: 31
Supaya kasihkan kita

Yusuf: 4
Supaya ikut kata

Toha: 1- 6
Supaya lembut hati

Rum: 21
Supaya balik tinggal di rumah dan wujud kasih sayang dalam rumahtangga

Fussilat: 29
Supaya akur kepada kita dan supaya Allah tunjukkan punca onar tersebut

Al Hasyr: 21-24
Supaya hati lembut

 Al Insyirah: 1-8
Baca pada air mineral sebanyak 70 kali selepas solat hajat sebelum tidur.

Tiup sehabis nafas sambil berniat pada air meneral dan masukkan ke dalam air minuman dan ketika masak nasi.

Jika boleh diberi minum terus lebih baik. Khusus untuk pelembut dan penerang hati.


Doa:
Supaya hatinya lembut untuk kita

اللهم لين لي قلبه كما لينت لداود الحديد

(Ya Allah lembutkanlah hatinya untuk aku sebagaimana Dikau lembutkan besi untuk Nabi Daud as)

Ayat-ayat ini boleh dibaca untuk kerukunan rumah tangga. Boleh juga untuk anak yang nakal tidak mendengar cakap dan penerang hati untuk pembelajaran terutamanya surah al Insyirah. Solat hajat hendaklah dilakukan. Jangan lupa bernazar dan rajin bersedekah dengan niat kesembuhan.

* Ini adalah sebahagian dari pengisian seminar modul 2 KISWAH*

Friday, September 17, 2010

Sihir Mandul / jerut zakar dan rawatannya

Simpulan tali yang sering dikaitkan dengan sihir... Jerut zakar dan jerut nafsu adalah antara jenis2 sihir yang disimbolikkan dengan jerutan dan simpulan tali....


Definisi:
“Masalah / gangguan kesihatan sama ada campurlibat jin atau tidak

sehingga menyebabkan pasangan menderita tidak mendapat cahaya mata”

Terbahagi dua:
1) Tiada campurlibat jin; masalah kesihatan dan kesuburan. Juga

masalah kedudukan rahim.

2) Campurlibat jin; jin ‘membakar’ benih tersebut sehingga mati.

Jika terbentuk pun akhirnya keguguran atau hilang semasa ibu

mengandung

Punca:
1) Gangguan jin yang tidak suka manusia beranak- pinak. Jin merosakkan

benih tersebut.

2) Masalah sihir jerut zakar dan jerut nafsu.

3) Masalah jasmani; kesihatan benih.

4) Masalah jasmani: kesihatan seksual; mati pucuk, tenaga batin dll.

5) Kedudukan peranakan yang tidak normal. Mesti berurut.


Tanda2 mandul disebabkan campurtangan sihir

Tanda ketika tidur:
* Mimpi ular, binatang buas dan berbisa, sampah, kubur, bayi, bunyi gigi,

tersentak, benda tajam, benda gatal, lembaga, mayat dsb.

Tanda ketika jaga:
* Sakit tulang empat kerat, sakit belikat, ketumbuhan, takut menziarahi

orang mati, sawan, ragu2 akan iman, gelisah mendengar al Quran dan

azan dsb.



Simptom:
1) Tidak selesa ‘bersama’ pasangan.

2) Masalah keguguran yang kerap.

3) Masalah anak dalam kandungan hilang.

4) Tidak bernafsu sama sakali malah benci.

5) Bernafsu tapi tertutup serta longlai saat akhir.

6) Tidak mendapat anak walaupun berpuluh tahun berkahwin tanpa ada

sebab klinikal.

7) Putus asa untuk mendapatkan anak. Malah ada yang langsung tidak

mahu anak.


Rawatan:
1) Jika ada gangguan hendaklah dirawat dengan ruqyah. Dengar,minum,

mandi + cd.

2) Jika tiada gangguan:
- Sediakan :
*madu asli & minyak habbatus sawda’
(Bacakan dengan al Fatihah, Ayatul Kursiy, akhir surah al Baqarah, akhir

surah Ali Imran kepada bahan2 tersebut)

* madu asli – minum satu sudu madu yang dicampur air ruqyah sebelum

makan setiap pagi selama paling kurang 3 bulan.

* minyak habbatus sawda’ – sapu di dahi, di sekitar tulang belakang dan

anggota kelamin setiap hari. Minyak zaitun disapu pada anggota kelamin

semasa hubungan intim.


-baca: Surah as Soffat selepas Subuh
- Surah al Maarij sebelum tidur

* Ini adalah sebahagian dari pengisian kertas kerja modul dua seminar rawatan Islam KISWAH.

Wednesday, September 15, 2010

Sihir Ta'tiluz zawaj - Andartu dan Rawatannya


Selingan: Tahniah buat sahabat dan anak murid saya; Us Zulkhairi Ahmad yang telah melangsungkan perkahwinan dengan pasangannya Faizah raya ketiga yang lalu... Semoga berbahagia ke syurga...
Definisi:

“Seseorang yang tidak menemui jodoh sehingga lanjut usia atau sampai ke hujung nyawa sama ada kerana gangguan atau tidak”

Terbahagi dua:

1) Tidak melibatkan gangguan jin dan sihir. Jodoh tak sampai.

2) Melibatkan gangguan jin atau sihir yang dihantar oleh orang yang membuat onar.


Punca:

1) Masalah kedengkian.
2) Tidak dapat memiliki si pujaan hati.
3) Permintaan ditolak dengan kasar.
4) Jin Asyiq
5) Semata2 gangguan jin yang tidak suka manusia berkahwin.

Simptom:

1) Melihat bakal tunang hodoh seperti kera.

2) Berasa benci kepada jantina yang berbeza

3) Minat kepada golongan sejenis.

4) Gangguan ketika akad seperti mengamuk / tidak boleh melafaz akad nikah.

5) Tidak terlintas untuk kahwin kerana kerjaya.

6) Hubungan sentiasa terputus.

7) Tidak merasakan nikah itu sunnah yang penting.


Tanda2 lambat jodoh disebabkan campurtangan sihir

- Selain dari simptom tadi seperti putus tunang / hubungan… tanda2 ada sihir:

Tanda ketika tidur:
* Mimpi ular, binatang buas dan berbisa, sampah, kubur, bayi, bunyi gigi, tersentak, benda tajam, benda gatal, lembaga, mayat dsb.

Tanda ketika jaga:
* Sakit tulang empat kerat, sakit belikat, ketumbuhan, takut menziarahi orang mati, sawan, ragu2 akan iman, gelisah mendengar al Quran dan azan dsb.

Rawatan
1) Jika ada campurlibat jin hendaklah dirawat dengan ruqyah syariyyah terlebih dahulu. Mendengar ayat al Quran yang dibacakan oleh perawat, minum air ruqyah dan mandi air ruqyah. Kepada pesakit yang ada masalah ‘sejenis’ dirawat dengan kencing atas kapak panas.

2) Jika sudah suci dari sebarang gangguan jin maka bolehlah amalkan 3 -7 kali selepas solat; Surah ar Rum ayat 21 sambil mengatahui makna, menghayati dan berazam untuk merealisasikannya: