Abdullah Ibn Mubarak rahimullah ta’ala berkata:
واو لا الاسناد لقل من شاء ما شاء الاسناد من الدين
“tanpa sanad orang bebas bercakap apa yang disukainya Sanad sebahgian daripada agama”
Mohd Afiffuddin Yaacob:
Dalam Muqoddimah Sahih Muslim, dari Mujahid bahawa beliau berkata: telah datang Basyir Al-'Adawi kepada Ibn Abbas r.a. lalu dia sering mengucapkan: telah berkata Rasulullah s.a.w., telah berkata Rasulullah s.a.w.". Lalu Ibn Abbas r.a. tidak mengizinkan untuk meriwayatkan hadith yang diriwayatkan olehnya dan tidak pula melihat kepadanya (tidak mengendahkannya). Maka, dia berkata: "Wahai Ibn Abbas. Kenapa engkau tidak mahu mendengar perkataanku (hadith yang ku riwayatkan). Aku menyebut hadith daripada Rasulullah s.a.w. namun kamu tidak mahu mendengarnya?" Ibn Abbas r.a. menjawab: "Sesungguhnya dahulu jika kami mendengar seseorang berkata: "telah bersabda Rasulullah s.a.w…" kami akan menumpukan perhatian kami kepadanya dan mendengar ucapannya. Namun, setelah manusia ditimpa malapetaka dan kesusahan (timbulnya banyak fitnah dan pendustaan dari kalangan manusia), maka kami tidak akan meriwayatkan hadith melainkan daripada orang yang kami kenal sahaja
Pengajian secara bersanad terbahagi kepada beberapa kategori, iaitu:
1.talaqqi secara bersanad bagi qiraat (bacaan) al-Quran.
2.talaqqi secara bersanad bagi kitab-kitab hadith muktamad, seperti Sahih al-Bukhari, Sahih Muslim, Muwatta’ Malik d...an sebagainya.
3.talaqqi secara bersanad bagi himpunan hadith-hadith tertentu, seperti al-Awa’il al-Sunbuliyyah, atau hadith-hadith tertentu, seperti hadith musalsal.
4.talaqqi secara bersanad bagi kitab-kitab karangan ulama dalam berbagai bidang ilmu, seperti fiqh, usul-fiqh, tauhid, tafsir, sirah, hadith, mustalahul-hadith, tasawuf dan sebagainya.
5.talaqqi secara bersanad bagi amalan tariqat-tariqat sufiyyah.
Keistimewaan ini bertolak daripada suatu keistimewaan asas lain iaitulah konsep “Isnad” atau sandaran dalam bidang ilmu-ilmu agama. Sesuai dengan maksud hadith Nabi -Shollallahu ‘alaihi wasallam- yang menyebut bahawa: “Para ulama’ adalah pewaris para Nabi…”, maka sudah tentulah ilmu Nabawi itu diterima oleh para ulama’ secara “pewarisan”. Dalam konsep “pewarisan” dalam tradisi pembelajaran ilmu agama inilah wujudnya konsep atau tradisi “sanad” atau sandaran.
Periwayatan secara bersanad diteruskan kerana ia adalah satu kemuliaan dan keistimewaan yang dapat dilihat dari sudut-sudut berikut;
1. merupakan pertalian yang bersambung-sambung sampai kepada Rasulullah SAW (وكفى في الاتصال بالحبيب شرفاً) ....
2. merupakan iqtida’ (tauladan) terhadap para salafus-soleh dalam tradisi belajar dan mengajar (إنّ التشبه بالكرام فلاح).
3. merupakan satu jati diri dan ikatan ilmu yang hanya dimiliki oleh umat Islam, maka ia adalah satu kebanggaan buat mereka (الإسناد من الدين).
4. merupakan satu usaha berterusan memelihara persambungan sanad hingga ke hari kiamat (إن الأسانيد أنساب الكتب).
5. merupakan satu rahmat dan barakah (عند ذكر الصالحين تنزل الرحمة).
Mereka yang mengkritik pengajian bersanad juga seharusnya membezakan pengajian bersanad yang bagaimana yang dikritik, bukan menghentam secara pukul-rata. Perlu dibezakan juga antara ijazah am dan ijazah khas. Jika tidak ia hanya satu kejahilan terhadap sistem sanad dan juga seni-seninya.
Perkataan Imam Sufiyan At-Thauri r.a.:
وقال الثوري : " الإسناد سلاح المؤمن ، إذا لم يكن معه سلاح فبأي شيء يقاتل ".
Ibnu Hibban menukilkan dari Sufyan at-Thauri dalam Muqoddimah Al-Majruhin 1/27: “Isnad adalah senjata bagi orang beriman, jika ...tanpa senjata, bagaimana dia mempertahankan diri?”
إن الإسناد في اللغة مصدر للفعل اسند من قولهم : أسندت هذا الحديث إلى فلان، اسنده إسنادا إذا رفعته فاسند الحديث بمعنى رفعه
لذا يعني الإسناد في الحديث عند أهل اللغة أن يسند الحديث أو يرفعه إلى قائله
Maksudnya: "Isnad dari sudut bahasa adalah kat...a terbitan bagi perbuatan asnada (iaitu menyandarkan) seperti dalam kata mereka: Saya sandarkan perkataan ini kepada si fulan. Iaitu, menyandarkan sandaran, bilamana ianya diangkatkan kepada yang berkata. Maka menyandarkan perkataan bererti mengangkatkan perkataan (mengembalikan perkataan kepada orang yang berkata dengan perkataan tersebut).
Oleh kerana itulah yang dimaksudkan isnad pada sesuatu perkataan di sisi ahli bahasa ialah seseorang menyandarkan sesuatu perkataan atau mengangkatnya (mengembalikannya) kepada orang yang berkata dengan perkataan tersebut
Al-Hafiz Ibn Hajar Al-Asqollanni mentakrifkan Isnad dengan berkata:
عرفه الحافظ ابن حجر العسقلاني فقال : (( الإسناد : حكاية طريق المتن)) ( نزهة النظر : 19)
"Al-Isnad: penceritaan tentang kedudukan jalan matan" (nuzhatu An-Nazhor: 19)
ijazah am ini, ijazah yang diberikan walaupun tanpa seseorang penuntut itu ‘talaqqi’ dengan guru yang memberikan ijazah tersebut. Hal ini, menurut Syeikh Muhammad Fuad bin Kamaluddin al-Maliki, dibolehkan oleh para ulama’ – malah dipraktikk...an oleh beberapa orang ulama’ besar – bagi memastikan sanad sesuatu ilmu itu terus hidup dan tidak terkubur begitu sahaja. Seseorang itu boleh mengambil ijazah sesuatu ilmu daripada seorang guru, tetapi mempelajari dan mendalami ilmu tersebut daripada guru yang lain. Selain daripada itu, pemerolehan ijazah sesuatu ilmu itu juga adalah penting bagi mendapatkan berkat dalam mempelajari dan mengamalkan ilmu tersebut.
ijazah khas pula hanya layak diberikan kepada murid yang telah selesai ‘talaqqi’ sesuatu ilmu itu dengan gurunya.talaqqi ini berguru face to face dengan guru yang mengajar dan bertemu lutut ke lutut dengan guru tersebut,yang mana sistem pen...gajian ini amat berbeza dengan sistem pengajian yang wujud pada hari ini…
sistem talaqqi biasanya bermatlamatkan ‘khatam seluruh isi kitab dari kulit ke kulit’ daripada mensyarahkan tajuk pada kitab,riwayat hidup pengarang kitab sehinggalah pada apa yang disampaikan oleh pengarang kitab pada penutup dibahagin akhir kitab,walau macam mana pun,kitab itu semestinya dihabiskan…
Berbeza pula dengan sisitem pengajian disekolah-sekolah serta universiti-universiti,yang mana matlamat mereka pula : ‘menghabiskan keseluruhan syllabus pelajaran yang telah ditetapkan serta yang telah disaring’ jikalau pengajar yang mengajar seperti bullet train,dengan izin Allah akan habislah kesemua syllabus tersebut,makanya persoalan tentang kefahaman pelajar terhadap apa yang diajar hanya Allah sahaja yang maha tahu,manakala jikalau pengajar yang mengajar seperti kura-kura ,makanya terkadang setengah mukasurat pun tidak sampai,terus dibuat peperiksaan sekadar pada apa yang dipelajari kerana mengejar masa.
contoh paling senang di sini macam kita pergi kursus ustaz hayat. ijazah yang ustaz hayat berikan pada kita dalam seminar tu adalah ijazah am. tapi untuk mendapatkan ijazah khusus kena pergi berguru sendiri bertalaqqi , face to face belajar dari ilmu huruf, bunyi hingga ke rasa. kemudiannya itu pengijazahan tersebut dari ustaz hayat pada kita insya Allah merupakan ijazah khusus.
No comments:
Post a Comment