Assalamualaikum semua... Kepada penyokong setia KISWAH, di sini saya ingin memohon keampunan dari semua sebab agak jarang mengemaskini blog kerana agak sibuk akhir2 ni... Kekadang yang datang ke pusat rawatan sampai 20 orang sehari untuk menerima rawatan dan apabila pulang saya agak keletihan. Ampun ye...
Dalam kesempatan ini saya ingin menyeru kepada semua perawat khususnya yang pernah mengikuti seminar, kelas online, kelas tafaqquh dan kem mualij KISWAH agar kita membantu pesakit dengan cara melazimi solat hajat setiap hari dan bersedekah...
Alhamdulillah telah menjadi kelaziman dan rutin perawat KISWAH, setiap hari menunaikan solat hajat dua rakaat dengan niat kesembuhan pertamanya kepada diri dan keluarga serta tidak ketinggalan kepada semua pesakit yang KISWAH pernah rawat.
Ramai pesakit yang berpesan kepada kami agar mendoakan kesihatan mereka dan menunaikan solat hajat agar beban mereka diringankan Tuhan.... lantas kami menyatakan , sudah menjadi kewajipan kami sebagai perawat mendoakan kesihatan mereka dan itulah sebenarnya rutin seorang mualij yang senantiasa berdoa dan menunaikan solat hajat saban hari, mudah2an Allah Taala meringankan kesakitan pesakit2nya...
Jangan lupa juga untuk bersedekah dengan niat kesihatan diri dan keluarga serta tidak dilupakan pesakit2 yang kita rawat,.. Sekiranya ada pahala kita hadiahkan kepada mereka.... Semoga menjadi kafarah kepada dosa2 kita yang lalu dan menebus juga mana2 janji kita dengan Allah yang mana kita tidak berkesempatan tunaikan sebelum ini...
Diharap para pesakit juga mempunyai usaha untuk solat hajat dua rakaat setiap hari dan bersedekah.... serta janganlah sekali2 tinggalkan solat fardhu dan membaca serta mempelajari al Quran jika tidak tahu, setiap hari......
Allahu Haq!!! Hidayah Seluruh Alam!!!

No comments:
Post a Comment