Daripada Saidina Zaid binTsabit radiyallahu anhu, bahawa Rasullullah sollallahu alaihi wa sallam telah bersabda: “Berbahagialah penduduk Syam”. Tatkala itu terdapat sahabat radiyallahu anhu yang bertanya: “Kenapa begitu ya Rasullallah?” Baginda sollallahu alaihi wa sallam bersabda: “Sesungguhnya para malaikat rahmat menghamparkan sayap ke atasnya”.
Diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Imam Tarmidzi
KELEBIHAN DAMSYIK (SYAM)
Syam adalah tempat tumpuan para nabi.
Diriwayatkan daripada Saidina Abdullah bin Salam radiyallahu anhu bahawa bumi Syam adalah tempat di mana terletaknya persemadian 1,700 orang nabi sementara Makhul berpendapat terdapat sebanyak 500 makam para nabi di Damsyik sahaja!
Firman Allah Taala di dalam surah at Tin:
"Demi buah tin dan zaitun. Dan demi Gunung Sinai."
(surah at Tin ayat 1 dan 2)
Qatadah dan Hassan al Basri mengatakan bahawa:
"Buah Tin adalah sebuah bukit yang terletak di Damsyik (Jabal Qasiyun) dan buah zaitun adalah sebuah bukit yang terletak di Baitul Maqdis."
Baginda sollallahu alaihi wa sallam bersabda:
"Kenabian diwarisi kepadaku daripada tiga tempat: Mekah, Madinah dan Syam. Apabila kenabian telah dibawa keluar daripadanya maka ia tidak akan pulang kembali ke situ lagi."
Baginda sollallahu alaihi wa sallam bersabda: " Api yang besar akan muncul dari arah Hadramaut atau dari arah laut Hadramaut sebelum hari kiamat yang akhirnya mengakibatkan perpindahan beramai-ramai penduduk." Mereka bertanya, "Wahai Rasulullah! Apa yang kamu arahkan kepada kamu pada waktu tersebut?" Baginda bersabda: " Kamu mesti berpindah ke Syam."
Saidina Abdullah ibn 'Amr ibn As berkata: " Satu masa akan tiba apabila manusia akan menyaksikan bahawa tiada lagi orang yang beriman tinggal di atas bumi kecualinya semuanya berpindah ke Syam."
Saidina Kaa'b bin al Ahbar apabila ditanya oleh Ibn Abbas berkenaan sifat Nabi Muhammad di dalam kitab Taurat berkata: "Sifat Nabi Muhammad sollallahu alaihi wa sallam yang ditunjukkan di dalam Taurat adalah seperti berikut: " Muhammad adal...ah hambaKu yang terpilih. Ia tidak bersikap kasar dan kejam. Ia tidak suka membuat riuh di dalam pasar dan tidak akan membalas kesalahan dengan kesalahan, tetapi memaafkan kesalahan tersebut. Tempat kelahirannya adalah di Mekah, tempat hijrahnya adalah di Madinah dan kerajaannya di Syam.
Diriwayatkan oleh Abdul Razzak, Thabari, Wahidi, Ibn Asakir dan lain-lain lagi.
Kesemuanya merupakan simbolik buat tempat yang ada kaitan dengan tiga orang nabi iaitu Nabi Ibrahim, Nabi Isa dan Nabi Musa alaihimus salam.
Menurut Maulana Sheikh Nazim al Haqqani terdapat sebanyak 40 000 makam para nabi, para sahabat dan solihin yang terletak di bumi Damsyik.
Syam adalah tempat tumpuan para nabi, para sahabat dan awliya.
Diriwayatkan daripada Saidina Abdullah bin Salam r.a. bahawa bumi Syam adalah tempat di mana terletaknya persemadian 1,700 orang nabi sementara Makhul berpendapat terdapat sebany...ak 500 makam para nabi di Damsyik
Dari Abdullah ibn Hawalah r.a. mengatakan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Allah Taala telah memberi jaminan kepadaku tentang keselamatan bumi Syam dan penduduknya."
Hadis masyhur ini diriwayat oleh Abu Daud dan Ahmad dengan sanad hadis ya...ng sahih.
Baginda nabi s.a.w. bersabda:
"Kenabian diwarisi kepadaku daripada tiga tempat: Mekah, Madinah dan Syam. Apabila kenabian telah dibawa keluar daripadanya maka ia tidak akan pulang kembali ke situ lagi."
Daripada Ibnu Abbas r.a. pula di dalam menafsirkan firman Allah Taala, mafhumnya:
"Kami jadikan Nabi Isa Ibni Maryam serta ibunya sebagai satu tanda (mukjizat); Kami jualah yang telah menempatkan kedua-duanya (Nabi Isa dan Sayyidah Maryam) di tanah yang tinggi, tempat tinggal yang mempunyai tanaman dan mata air yang mengalir."
(Q:24:50)
Beliau telah menafsirkan bahawa tempat tersebut adalah Damsyik.
Daripada Saidina Zaid bin Tsabit r.a. bahawa Rasullullah s.a.w. telah bersabda:
“Berbahagialah penduduk Syam”. Tatkala itu terdapat sahabat r.a. yang bertanya: “Kenapa begitu ya Rasulallah?”
Baginda s.a.w. bersabda:
“Sesungguhnya para malaikat rahmat menghamparkan sayap ke atasnya”.
Diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Imam Tarmidzi.
Saidina Abdullah ibn 'Amr ibn ‘As r.a. berkata:
"Satu masa akan tiba, apabila manusia menyaksikan bahawa tiada lagi orang yang beriman tinggal di atas bumi kecuali semuanya berpindah ke Syam."
Daripada Ibnu Abbas r.a. bahawa sesungguhnya ada ...seorang lelaki telah datang menemui Rasullullah s.a.w. Beliau menyatakan yang dia ingin merantau, tatkala itu Rasullullah s.a.w bersabda kepadanya:
“Menetaplah kamu di bumi Syam, sesungguhnya Allah s.w.t. memberi jaminan kepadaku bagi bumi Syam dan ahlinya.”
Baginda s.a.w. bersabda: " Api yang besar akan muncul dari arah Hadramaut atau dari arah laut Hadramaut sebelum hari kiamat yang akhirnya mengakibatkan perpindahan beramai-ramai penduduk." Mereka bertanya, "Wahai Rasulullah! Apa yang kamu arahkan kepada kami pada waktu tersebut?" Baginda bersabda: " Kamu mesti berpindah ke Syam."
Saidina Ka’ab bin al Ahbar apabila ditanya oleh Ibn Abbas berkenaan sifat Nabi Muhammad s.a.w di dalam kitab Taurat berkata: "Sifat Nabi Muhammad s.a.w. yang ditunjukkan di dalam Taurat adalah seperti berikut: " Muhammad adalah hambaKu yang terpilih. Ia tidak bersikap kasar dan kejam. Ia tidak suka membuat riuh di dalam pasar dan tidak akan membalas kesalahan dengan kesalahan, tetapi memaafkan kesalahan tersebut. Tempat kelahirannya adalah di Mekah, tempat hijrahnya adalah di Madinah dan kerajaannya di Syam.
Al Hafiz Abu Abdullah Muhammad bin Abdul Wahid al Maqdisi di dalam kitabnya yang bertajuk Fadhail Syam mengenengahkan beberapa hadis mengenai perbahasan ini.
Diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Imam Tirmidzi, daripada Ibnu Umar r.a. bahawasan...ya Rasullullah s.a.w. bersabda:
“Ya Allah ya Tuhan kami berkatilah pada kami negeri Syam dan Yaman.”
Hadis ini diriwayatkan oleh al Hafiz Abu Nua’im. Abu Idris al Khaulani mengatakan:
“Sesiapa yang dijamin oleh Allah dengannya (Syam), nescaya tidak akan dibinasakan dirinya.
Hadis ini Masyhur lagi sahih.
Berikut adalah gambar kenangan saya di sana... Semoga kita bersemangat untuk berangkar menziarahi bumi Syam as Syarif:
Insya Allah akan kembali ke sana....
Bersama Sh kesayangan yang paling banyak mendidik diri ini di Syam... Sh Ibrahim.. Bergambar di depan Makam Sh Abdullah Faiz Daghestani bersama rakan pelajar2 Al Azhar Perak di Mesir....
Jamie' Umawi sepakat ulamak menyatakan bahawa Nabi Isa as akan turun kembali ke dunia di masjid ini yang terletak di Dimasyq... Di menara putih sebelah kiri Insya Allah Nabi Isa as akan turun di sini.... Alhamdulillah berkesempatan buka puasa, terawih dan solat Jumaat di sini... Di dalamnya terdapat makam kepala Nabi Yahya as.
Jamie' Umawi sepakat ulamak menyatakan bahawa Nabi Isa as akan turun kembali ke dunia di masjid ini yang terletak di Dimasyq... Di menara putih sebelah kiri Insya Allah Nabi Isa as akan turun di sini.... Alhamdulillah berkesempatan buka puasa, terawih dan solat Jumaat di sini... Di dalamnya terdapat makam kepala Nabi Yahya as.
Bersama sheikh2 dan kawan satu perjalanan.. Kelihatan Sh Omar dari Jerman, Sh Ibrahim Syria dan Sh Hafiz Jerman...di kiri sekali Sh Zahid kumpulan Maadihul Mustafa yang kini terkenal di Singapore...
Bersama Sh Anuar dan Sh Ibrahim, dua insan yang paling banyak mendidik saya di bumi Syam.. Kelihatan Sh Hardyanto dari Indonesia.. Ini adalah bilik al Marhum Sh Abdullah Faiz melayan tetamu...
Bekam sunnah menggunakan teknik bekam api.. Alhamdulillah sempat dibekam oleh Sh Ibrahim yang disayangi... Peralatan yang pernah diguna Sh Abdullah Faiz Daghestani.
Bersama Laurent yang baru masuk Islam menzirahi makam arbaien... Lauren dari Perancis banyak yang masih perlu belajar... Memeluk Islam melalui jalan sufi.
No comments:
Post a Comment