Friday, June 25, 2010

Surat Kepada Tuanku Sheikh Raja



Yang Mulia Tuanku Sheikh Raja Ashman ibn Sultan Azlan Shah as Sulthani



Assalamualaikum semua...



Saya agak keletihan pagi ini dan tak merawat.. Petang ni ada rawatan susuk dan gangguan pernafasan pulak... Saya sampai ke rumah 12.30 pagi tadi setelah menziarahi Tuanku Sheikh Raja dan sahabat2 seperjuangan di Zawiyah KL dan kemudiannya meneruskan ziarah di Makam Sheikh Abdullah Faiz ad Daghestani di Janda Baik.. (Masya Allah tempat ni sungguh kuat tarikan spiritualnya) dengan sahabat dari Johor dan Singapura...



Ziarah saya dan disertai Admin www.rukyahsyariah.com Abg Zailan antara lain adalah untuk memberikan hadiah frame cd ruqyah kepada Tuanku di samping meminta izin, dustur, barakah dan doa dari Tuanku Sheikh Raja supaya sentiasa mendoakan pusat rawatan KISWAH yang sangat sederhana ni...



Saya mengadap Tuanku disertai Abg Zailan dan Tuan Puden selaku mewakili KISWAH dan beramah mesra dengan Tuanku sebentar saja dan kami menghadiahkan cenderahati yang sangat cantik berupa cd ruqyah yang diframekan, 5 cd ruqyah dan surat sokongan dan penghargaan...



Tuanku amat berbesar hati dan bertanyakan perihal cd tersebut; penggunaan dsb... dan Tuanku menyatakan bahawa cd2 ruqyah yang selebihnya; mungkin boleh diberikan kepada sahabat2 Tuanku yang menderita sakit.....



Saya juga meminta doa dan izin Tuanku untuk mengadakan seminar seluruh Malaysia bagi menyampaikan mesej dakwah sufi melalui dunia perubatan kepada umat Islam di negara kita khususnya...



Kami sangat berbesar hati dan terharu apabila guru kami memberikan sokongan sepenuhnya kepada usaha kami dan sudi mendoakan kami...



Terima kasih Ya Sheikhana, wa Qurrati A'yunina, wa Tabibi Qulubina; Yang Mulia Tuanku Sheikh Raja Ashman ibn Sultan Azlan Shah... Kami menyayangimu hanya kerana Allah. Terima Kasih atas didikanTuanku Sheikh selama ini.



Ini adalah suratnya:







Yang Mulia,

Dato’ Seri Tuanku Raja Ashman ibn Sultan Azlan Shah,

Haqqani Foundation,

No 28, Jalan Setiabudi,

Bukit Damansara,

Kuala Lumpur. 14 Jun 2010

Tuan,

PENGHARGAAN DAN SOKONGAN TUANKU

Berhubung dengan perkara di atas adalah dirujuk.



2. Kehadapan Tuanku yang dimuliakan Allah Taala. Dimaklumkan bahawa kami telah menerima ijazah dan izin Tuanku di dalam perubatan Islam sejak 2008 dan kemudiaannya diberi izin untuk mengijazahkan perubatan Islam dari Tuanku pada 7 April 2010.



3. Kami ingin mempersembahkan hasil dari izin dan dustur yang telah Tuanku berikan kepada kami iaitu CD rawatan sihir khas sebagai ikhtiar rawatan pada pesakit yang menderita kerana sihir. Ini sebenarnya adalah dakwah kepada masyarakat Malaysia umumnya berkat sokongan dan doa Tuanku selama ini.



4. Keluaran pertama ini ialah hasil dari doa dan perkenan Tuanku ke atas pusat rawatan KISWAH yang telah diberikan Tuanku sebelum ini. Kami berjanji akan berpegang teguh pada sanad dari Tuanku demi menegakkan syiar Islam menurut al Quran dan as Sunnah serta ajaran dari guru kami Maulana Sheikh Muhammad Nazim Adil al Haqqani agar kami berjaya mencapai matlamat untuk mencegah perbuatan mungkar, khurafat dan syirik dalam masyarat Melayu khususnya.



5. Untuk pengetahuan Tuanku, kini kami sedang mengadakan road show seminar rawatan Islam ke seluruh Malaysia jika diizinkan Allah. Berbekalkan madad dari Tuanku, kami akan berusaha memperkembangakan dakwah sufi melalui perubatan Islam yang telah diijazahkan dan diberi izin oleh Tuanku kepada kami sebelum ini.



6. Bersama ini kami sertakan CD Ruqyah Syariyyah KISWAH untuk rawatan gangguan makhluk halus khas kepada pihak Tuanku.



7. Segala kerjasama pihak Tuanku, kami dahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih.



Sekian,terima kasih.



Yang benar,

…………………………..

Hayat an Naqshbandi,

Pengurus,

Pusat Rawatan Islam KISWAH Terapi Ruqyah Syariyyah.







.........................................

Zailan Ibrahim

Pusat Rawatan KISWAH Terapi Ruqyah Syariyyah Klang

No comments:

Post a Comment