Wednesday, June 16, 2010
Rawatan Cd Ruqyah: Batuk-batuk dan Muntah dalam Kereta
Seperi yang dikisahkan oleh admin Forum Ruqyah Syariyyah:
Semalam ada masalah berlaku dalam jam 1.00pagi bila saya terima satu panggilan dari seorang suami.
Si suami telah membeli CD dan menyimpan dalam kereta tak sempat bukak lagi, jadi dalam perjalanan mereka balik ke kampung Sang Isteri telah bertanya mengenai CD itu dan terus memasangnya didalam kereta.
Dengan tidak semena mena bila sampai ke track Ustaz Tirmizi dan Ustaz Hayat melaungkan ancaman kepada jin si isteri terbatuk batuk kuat dan terus muntah muntah yang banyak dan menjadi seperti orang khayal.
Pemanggil telah membuat panggilan kepada saya dan bertanyakan saya apa nak buat. Saya kata teruskan sahaja pasang CD itu bila dah sampai kampung nanti. Dan buat sementara waktu tepuk belakan isteri dgn kuat sikit dan di bacakan BISMILLAHIMASYALLAH berulang ulang.
Esoknya sang isteri itu merasa ringan pada bahunya dan ALHAMDULILLAH tiada reaksi bila mendengar CD itu sekali lagi. ALHAMDULILLAH
Jadi saya minta maaf pada semua forumers sekiranya mahu pasang CD itu buat pertama kali janganlah pasang dalam kereta di khuatiri sekiranya ada gangguan. Seelok eloknya dengar di rumah sebanyak tujuh kali atau tiga kali agar kita konfirm kita tidak ada gangguan sebelum di pasang didalam kereta dan khasnya pada pemandu pemandu kereta.
Sama sama kita doakan pada semua pesakit dan juga yang ada gangguan makhluk halus agar sentiasa di pelihara ALLAH SWT dalam apa jua urusan mereka.
AMIN
WASSALAM
http://cdruqyah.com/
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment