Stroke sebenarnya adalah gangguan makhluk halus iaitu jin yang bernama rihul ahmar (angin merah).
Tidak ada seorang pun pesakit stroke yang saya pernah rawat kecuali semuanya ada gangguan jin di dalam tubuh mereka...
Selain dari rawatan stroke asas dengan menggunakan doa rihul ahmar, minyak zaitun dan susu kambing, rawatan yang boleh digunakan adalah:
1) Ruqyah Syariyyah: Secebis kisah untuk dikongsi bersama; satu hari saya pernah merawat seorang pesakit stroke sebelah kanan di Bukit Pinang, Alor Star, Kedah. Tangannya tidak boleh digerakkan sehingga memaksanya berhenti kerja untuk sesuap nasi. Saya meruqyah pesakit disertai dengan azan dan khutbah. Dua lagi ahli keluarga yang berada di rumah tersebut jatuh pengsan ketika rawatan diadakan. Saya diberitakan oleh Ustaz Malek Darul Hikmah minggu lepas bahawa pesakit tersebut telah sembuh dan boleh membawa lori.... dengan izin Allah jua.Alhamdulillah.
2) Bekam: Terjadi beberapa hari lalu di Bukit Damansara KL. Seorang sahabat saya terkena serangan stroke sehingga melumpuhkan tangannya yang sebelah kiri. Saya bekam dengan titik point stroke... (pundak kepala kanan untuk anggota lumpuh sebelah kiri) beserta beberapa point penting di tangan.... Petang semasa majlis selawat bersama Sheikh Hisham Kabbani; tangan pesakit terbabit khususnya jari jemarinya sudah pun boleh digerakkan walaupun tidak sepenuhnya dengan izin Allah jua....
Saya menceritakan kisah rawatan ini bukan kerana hendak mendabik dada. Cuma sekadar ingin membuktikan bahawa ruqyah dan bekam adalah ubat stroke yang mujarab... Insya Allah sembuh dengan izin Allah..
Allahu Haq Hidayah Seluruh Alam!
perubatan ni lama tak? kna buar appoinmen dulu ke? yg jao2 mcm mna?
ReplyDeletesalam; ayah saya sudah menghidap penyakit angin ahmar ini sejak 31/3/10 dan tidak dpt berbuat apa-apa sehingga sekarang (boleh angkat tgn sebelah kanan). bagaimana kami nak reach ustaz utk cuba ikhtiar dgn cara ini pula. kami tinggal di bandar baru bangi.
ReplyDelete