Assalamualaikum semua...
Sambil saya berehat setelah penat berseminar dan merawat.... apalah kiranya anda mendengar cerita saya...
Seminggu ini saya banyak merawat pesakit warga emas yang terlantar lagi dhaif keadaannya... Merawat pesakit begini sebenarnya membuatkan saya berasa amat sayu... Rata-rata berumur lapan puluh tahun lebih malah ada yang datang ke pusat rawatan dari KL berumur seratus tahun lebih...
Malah rawatan saya di Dong Raub tempoh hari setelah tamat seminar juga merupakan pesakit terlantar yang lanjut usianya..... Biasanya kes sebegini disertai dengan gangguan strok atau gangguan jin rihul ahmar yang mengganggu saluran darah di otak... (kecil atau besar)
Semua ahli keluarga yang hadir melafazkan skrip yang sama iaitu... Ustaz tolong buangkan saka mak saya....
Sesetengah kes:
Saya bertanya; " Mana tau saka......??
Jawapan: Bomoh kata....
Kebiasanyaanya pesakit tua yang terlantar selalu dituduh saka....... Asal tua saja saka, asal tua saja saka..
Persoalannya adakah semua pesakit lanjut usia saka????
Sebahagian KECILNYA mungkin ya...
Namun pengalaman saya yang sekelumit ini memberi jawapan sebaliknya..... atas point berikut:
1) Tahukah anda ramai warga emas yang tinggal sendirian di rumahnya di kampung halaman mengalami gangguan makhluk halus... maklumlah ditinggalkan sendirian oleh anak2.
2) Tahukah anda tentang FITNAH JIN KE ATAS ORANG TUA.. sehingga ada jin yang masuk ke dalam tubuh warga tua dengan harapan menyukarkan proses 'pemergiannya' dan melakukan pelbagai onar semata2 untuk merosakkan imejnya dan menjayakan misinya: AGAR SEMUA ORANG INGAT SEHINGGA 50 tahun akan datang bahawa; ingat tak; Mak Minah tu rupanya membela hantu raya, susuk, benang cindai dan SAKA..... tak pasal2 kena tuduh saka padahal.......
3) Golongan jin juga berusaha untuk memberikan tanggapan negatif anak cucu ke atas atuk dan nenek mereka... agar mereka mengenang arwah (setelah mereka pergi) sebagai orang yang membela saka dan mengamal ajaran salah lagi hodoh agamanya..
4) Memburukkan nama keturunan sesuatu keluarga.. agar orang kampung melabelkan warga tua tersebut dan keturunannya sebagai pengamal amalan salah.
5) Membantu bomoh mencari rezeki... apabila ada warga emas yang sakit, maka berduyunlah bomoh datang / dipanggil lantas menjadi sumber rezeki mereka... ada di kalangan mereka yang sewenang2nya mentakwil dan menuduh bahawa atuk dan nenek yang menderita kesakitan akibat gangguan tersebut adalah; saka.... Kalau nak berubat kena panggil semua anggota keluarga yang berjumlah 30 orang tu.. satu kepala rm 50... berapa rasanya yang bomoh dapat apabila merawat 30 orang tu... (contoh saje)
...walaupun dalam keadaan tertentu memang ada sesetengah pesakit memang memelihara khadam saka... apapun pengalaman perawat saja yang menjadi penilai sekiranya memang itu adalah saka...... (bab ni kena belajar secara mendalam)... malah sekiranya tau pun perawat Islam yang bijak tidak akan mentakwil dan mendedahkannya di hadapan keluarga mangsa.. Hanya yang boleh dikata.. INI HANYALAH GANGGUAN.... apa cerita dan hikayat di sebaliknya kita serahlah kepada Allah........
... sekadar berkongsi pengalaman yang sedikit ni.......
Allahu Haq!!! Hidayah Seluruh Alam!!
p/s kasihanilah kepada al marhum2 yang pergi menemui Allah setelah bertarung nyawa akibat gangguan makhluk halus yang akhirnya sehingga kini dikenang sebagai pembawa SAKA.... padahal mereka tidak bersalah...... al Fatihah
No comments:
Post a Comment