Saturday, February 20, 2010

Kaedah 'Mematikan' Barang Sihir

Tersebutlah kisah seorang pemuda yang keluar shopping sakan di sebuah pasar malam tiba2 terjebak ke dunia mistik tanpa disangkanya....

Nak dijadikan cerita; apabila sampai ke tempat seorang pakcik menjual barang lama, terlihatlah akan dia sebilah keris lama yang seakan-akan memanggil-manggilnya; untuk dimiliki....

Menidakkan niatnya untuk membeli keris tersebut; tanpa disangka-sangka dirinya terus membeli keris tersebut dan dibekalkan dengan beberapa tangkal dan amalan untuk dilakukan di rumah....

Tanpa diduga hidupnya berubah setelah memiliki keris tersebut.... Anaknya selalu sakit dan tidak boleh tidur, isteri selalu marah-marah dan tidurnya tidak lena kerana kehadiran makhluk ngeri yang tidak bernama......

Maka berkunjunglah pemuda malang ini bertemankan kawan2 setia lagi karibnya ke pusat rawatan saya... Cerita ni berlaku tahun lepas....


Tidak syak lagi keris tersebut sudah diISI....Jadi barang tersebut digelar 'barang sihir'. Barang sihir boleh berupa keris, senjata lama, patung, duit syiling, cincin, kalung, loket, tangkal dsb!

Jadi apakah cara yang digunakan oleh perawat Islam ruqyah syariyyah untuk mematikan barang sihir tersebut?????


Begini caranya;

Bahan2:
1) Air yang telah dibacakan ruqyah syariyyah
2) Bekas atau besen
3) bahan2 tambahan jika perlu (cth garam bukit / limau nipis / limau purut- asid sitrik dikatakan boleh menyakitkan jasmani jin)

Kaedah.....

1) Baca ruqyah kepada bahan-bahan tadi dan juga barang sihir tersebut.... ruqyah juga kepada pesakit.

2) Rendam barang2 tersebut semalaman dengan harapan jin keluar dari bahan tersebut

3) Buanglah jauh2 barang sihir yang telah mati tersebut keesokan harinya - sungai hutan dsb (jauh dari manusia)

Selesai rawatan! Selamat mencuba!!!!!


Moralnya: Jangan beli barang-barang lama secara semberono!!! Takut nasib anda seperti pemuda tersebut!!! Nauzubillah thumma Nauzzubillah!!!

No comments:

Post a Comment