Berikut adalah perbincangan saya dengan KISWAH Ruqyah Syariyyah fan di dalam facebook group berkenaan keburukan scan baby...:
Tidak digalakkan scan kandungan anda!
Satu tindakan berbahaya yang paling dilarang oleh guru-guru kami ketika ibu-ibu mengandung adalah SCAN… Teringat lagi ketika isteri saya mengandung. Kata tok guru saya, Sheikh Raja Ashman “Jangan sekali-kali SCAN!!!”. Begitulah juga saranan Sheikh Muhammad Nazim al Haqqani
Kenapa ye tak boleh scan? Mungkin kenyataan saya ini mengundang kemarahan pengamal perubatan moden. Namun saya mesti bertegas sebab kenyataan saya saya ambil dan disokong oleh orang-orang soleh. Kebanyakan orang-orang soleh dan tok guru melarangnya disebabkan beberapa faktor:
1) Ahli sains menyatakan bahawa ketika bayi di’scan’ terutama ketika awal usia kandungan ratusan ribu sel mati disebabkan satu sahaja pancaran cahayan scan yang berbahaya tersebut…. Dikhuatiri disebabkan scan yang terlampau kerap berisiko ‘mencacatkan’ bayi yang suci murni tersebut. Bayangkanlah kalau diSCAN berkali-kali malah saban bulan!
2) Kita dilarang ‘merampas’ tugas malaikat yang bertugas memelihara, menjaga dan ‘memerhati’ kandungan di dalam perut ibu. Yakinlah bahawa hak penjagaan kandungan adalah di dalam genggaman Allah. Allah mengirimkan malaikat untuk menjaga kandungan si ibu… Rahsia Allah jangan diCEROBOHI.
3) Jangan sekali-kali merampas hak Allah yang menjaga bayi di dalam kandungan dan DIAlah sahaja yang benar-benar mengetahui apa yang ada dalam kandungan ibu. Allah berfirman di dalam al Quran Surah Luqman ayat 34:
“Sesungguhnya di sisi Allah pengetahuan Yang tepat tentang hari kiamat. dan Dia lah jua Yang menurunkan hujan, dan Yang mengetahui Dengan sebenar-benarnya tentang apa Yang ada Dalam rahim (ibu Yang mengandung). dan tiada seseorang pun Yang betul mengetahui apa Yang akan diusahakannya esok (sama ada baik atau jahat); dan tiada seorangpun Yang dapat mengetahui di bumi negeri manakah ia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi amat meliputi pengetahuanNya
Soalan: Apa yang patut saya lakukan sekiranya saya dah ter’scan anak saya??? Takutnye……!
Jawapan: Saranan guru saya Sheikh Muhammad Nazim; untuk menghilangkan bisa scan tersebut adalah: “BANYAKKAN BERSEDEKAH”
Seelok-eloknya anda elakkan isteri anda dari SCAN kandungan anak anda… Jika tidak boleh berhelah dan berdalih serta tidak ada pilihan maka SCAN la sekali sahaja. Lebih baik tidak SCAN langsung!!! Yakinlah pada Allah bahawa Allah menjaga anak anda sehingga kelahirannya! Sekiranya dipaksa SCAN; neutralkan dengan BERSEDEKAH!!!
SELAMAT TIDAK BERSCAN!!!
Ust Hayat : info yg sgt bagus...terima kasih...
sama-sama
salam ust...
cuma sebagai satu perbahasan ilmu
scan bayi tidak menggunakan cahaya gelombang cahaya dan radiasi
sebab scan bayi menggunakan gelombang radio
selepas dilepaskan, ia akan mengira berapa lama dipantulkan, dari situ dia akan dpt feedback..... See More
wallahualam
dari situ ia akan mendapatkan imej.. rujuk http://www.babycentre.co.u
walaupun kajian setakat ini tiada kaitan antara ultrasound scan dan kesannya terhadap pertumbuhan bayi TETAPI pakar perubatan mengatakan, Ultrasound scan tidak sepatutnya dibuat tanpa sebab perubatan yang jelas (tak boleh buat suka2)
Terpulang kepada pendapat masing2. Bagaimana pula nak jawab untuk dalil ke dua dan ketiga.. tentang saranan guru-guru saya supaya tidak scan.... Ampun saya hanya menaqal pendapat guru2 saya shj.. CERIA SELALU :)
Jika orang2 soleh tidak galakkan nescaya di
maaf ye doktor azizan..
maaf ust.. ana x berniat menafikan kata2 para alim. cuma dari segi dalil pertama itu, ianya kurang tepat, dalam erti kata rawatan radiasi cahaya seperti x-ray dan ultrasound (bunyi)
umpama minyak dan air. tak sama, dan tidak akan bercantum keduanya..
tp ana sokong, ianya tidaklah wajar dilakukan sekadar suka2. perlu ada sebab medikal yang kukuh
Takpe la.. masing2 punye latarbelakang mempengaruhi pendapat... Namun bagi saya sebagai pengamal perubatan ISlam tetap berpegang bahawa Ultra Sound tetap membawa mudharat kepada kandungan. Mungkin fakta pertama sy tu kurang tepat (walaupun saya dah rujuk kepada guru sains sek saya dulu; dia yg kata begitu)..namun on the other side of the coin; mgkin di situ terdapat pelbagai side effect yg tak didedahkan kpd umum..
Perbincangan yang membina!!! Terima kasih!
info yang menarik!
Terima kasih atas maklumat ni. Dapat dijadikan panduan akan datang nanti.
kenapa ye..anak org scan tiap2 bulan sihat je lahir... anak kita scan sekali dua kali... lahir ada masalah?
pendapat saya... scan bukanlah satu2nya penyumbang kepada masalah kesihatan tumbesaran bayi.. banyak lagi faktor lain... namun ia rasanya ia tetap memberi impak negatif kepada bayi... kalau yang banyak scan tu tapi lahir molek je... ye la itu kuasa Allah nak selamatkan bayi tu..mungkin ada certain aspek bayi tersebut yang kurang....
Moga2 Allah memberkati ibu bapa yang BANYAK PAHALANYA membesarkan anak2 kurang upaya...... nescaya anak2 mereka menjadi tiket buat ibu ayah tersayang ke syurrga... Amiin.... 'berat mata memandang...."
itu namanya TAKDIR..... Ye la perancangan Allah.... 'masalah' kepada anak yang lahir tidak hanya disebabkan oleh satu2 faktor... mungkin ada 10 001 satu faktor lain.... scan tersebut bukanlah satu2 nya faktor anak ada masalah tumbesaran atau fizikal.....
... walaupun ada anak yang lahir normal dan sihat walaupun hobi ibunya ketika preg adalah scan... bagi saya jika diteliti betul2 tentu ada side effect tanpa disedari oleh kita...namun campur tangan kuasa Allah untuk menyelamatkannya bayi tersebut dari permasalahan juga tidak dapat disangkal....
Biasanya orang yang ada anak bermasalah rezekinya MURAAAHH....... ;)
.. sila join Facebook Group: KISWAH Terapi Ruqyah Syariyyah – Group Perawat Islam di Facebook anda!
No comments:
Post a Comment