klik untuk besar
JUALAN CD HAQQANI MAULID ENSMBLE KELUARAN HIJJAZ RECORDS SDN BHD
SELAWAT SUMBER KESEMBUHAN
FADHILAT SELAWAT:
Berkata Sultanul Arifin Al Imam Jalaluddin As Suyuthi rahimahulLahu Ta’ala anhu di dalam kitabnya Al Wasail Fi Syarhi As Syamail berkata:
“Rumah atau masjid atau tempat yang dibacakan mauled Nabi SAW, penghuninya akan dikerumuni oleh para malaikat dan dirahmati Allah. Sesungguhnya malaikat-malaikat al Mutawaqqun bin Nur (Yang Berkalung Cahaya iaitu jibrail, Israfil, Qirbail dan I’nail), as Soffun (malaikat-malaikat yang berbaris), al Haffun (malaikat-malaikat yang mengelilingi A’rasy), dan al Kurbiyyun (malaikat-malaikat yang menolong orang-orang yang di dalam kesusahan) akan memohon keampunan bagi orang yang menjadi sebab kepada pembacaan Maulid Nabi SAW…
SECEBIS KISAH QASIDAH BURDAH… (coretan tentang kesembuhan)
Berkenaan dengan pengarang Qasidah ini, Imam al Bushiri yang merupakan murid kepada Sheikh Abu Hasan as Syazuli... terlalu banyak kisah kesembuhan berkat qasidah yang agung ini... Seumpama yang saya petik di dalam kitab terjemah qasidah burdah karya Sheikh Fahmi Zamzam; Abu Ali an Nadwi al Maliki; (anak murid kepada al Marhum Maulana Abul Hasan Ali an Nadwi dan al Marhum Dr. Sheikh Muhammad Alawi al Maliki al Hasani):
Pernah disebut di dalam sejarah bahawa Imam Bushiri pernah ditimpa penyakit lumpuh sebelah badan. Saban hari sakitnya bertambah buruk. Dalam keadaan ini timbullah harsratnya mengarang qasidah puji-pujian kepada Rasulullah SAW. Sebaik saja selesai menulis qasidah, beliau tertidur dan bermimpi berjumpa Rasulullah SAW. Baginda datang menziarahi beliau yang sakit, lalu menyapukan tangan baginda yang mulia ke atas badan Imam Bushiri. Sesudah itu baginda menyelimuti badan Imam Bushiri dengan sehelai selendang (burdah).
Sebaik selesai diselimuti, Imam Bushiri terjaga dari tidurnya dan mendapati penyakit lumpuhnya hilang dengan izin Allah jua. Ada riwayat menyatakan Imam Bushiri memperoleh burdah di atas badannya apabila beliau terjaga dari tidur....
Begitulah hebatnya KASIH kepada baginda Nabi SAW...
Di dalam satu qasidah dinyatakan: "SOLATAN TAKUNU SYIFA'AN LANA"... 'selawat menjadi penawar kami'!!!!
Solawat adalah sumber penyembuhan yang menakjubkan……
Secara peribadi saya ada pengalaman rawatan dengan menggunakan solawat ketika berada di Mesir. Kami menggunakan solawat Qasidah Burdah (Imam Bushiri) dan Maulid Daibaie (Sheikhul Muhaddithin Abd Rahman al Daibaie) untuk rawatan seorang pesakit gangguan jin plus kanser…. Dipendekkan cerita dengan izin Allah Taala penyakitnya sembuh sedia kala…
Saya juga pernah mendengar dari seorang sahabat saya dari
INGAT!!!! Solawat ini hanya merupakan ikhtiar kesembuhan lebih-lebih lagi ia padat dengan keberkatan kerana ditulis dan dikarang oleh para wali Allah!!!!!! Namun hakikat penyembuhannya adalah mutlak di tangan Allah semata-mata!!!!!
Telah banyak ‘testimoni’ dan istiqra’ pembacaan serta pengalaman orang-orang sebelum kita yang meraih kesembuhan berkat selawat-selawat yang dibaca!!!! Masya ALLAH!!!!
UNTUK ITU:
Pusat Rawatan Terapi Al Quran Darul Hikmah Pahang dengan rasminya melancarkan penjualan album terbaru solawat tradisional di pasaran yang dikeluarkan oleh Hijjaz Records Sdn Bhd:
MENUJU JALAN ABADI
HAQQANI MAULID ENSEMBLE
HIMPUNAN SELAWAT, MARHABAN DAN MAULID POPULAR
Keluaran: Hijjaz Records Sdn. Bhd.
Ahli-ahli kumpulan solawat ini adalah sahabat-sahabat rapat saya yang sama-sama berguru dengan Maulana Sheikh Nazim…
Anda pernah menonton rancangan al Kuliyah TV3… Tentu ada perasan lagu mauled sebagai lagu latar rancangan tersebut
Sepengetahuan saya sehingga hari ini tidak terdapat satu pun album di dalam main stream yang betul-betul menggambarkan mauled yang asli lagi tradisional dan diberkati guru mursyid kecuali sebuah dua album…… dan yang paling latest album solawat Haqqani Maulid Ensemble yang dinaungi oleh anak Sultan Perak; Sheikh Raja Ashman as Sulthani ini.
Untuk mendapatkan album yang sangat bernilai ini… Sila kunjungi: ke
Sekian, Wassalam…
Allahumma Solli Ala Sayyidina Muhammadinin Nur Wa Alih.
ReplyDeleteSollallahualaika wassalam ya rasulullah..fi kulli lam hatin wanafasin adadama wasi a'hu ilmullah...
ReplyDeleteAllahumma solli ala Muhammad wa ala ali Saidina Muhammad bi adadi kulli dain wa dawain wa barik alaihi wa alaihim kathiran kathiran kathira!
ReplyDelete