Monday, January 11, 2010

Insya Allah BERJAYA!!!!

Secoret rasa:



Malam Jumaat lepas saya berpeluang menziarahi zawiyah Bukit Damansara. Tujuan utama adalah untuk mengunjungi khalifah (wakil) guru kami; Sheikh Muhammad Nazim di Malaysia, Sheikh Raja Ashman Shah as Sulthani.



Teringat saya ketika di pangkuan Sheikh Nazim di Cyprus pada bulan Rejab tahun 2006. Maulana Sheikh bertanya dari mana??? Saya berkata dari Malaysia!!! Beliau berkata bagus!!! Malaysia bagus kerana masih ada sistem pemerintahan bersultan... (warisan empayar khilafah Uthmaniah) Beliau juga menegaskan bahawa apa-apa urusan pun kena rujuk wakil beliau di Malaysia iaitu: Sheikh Raja Ashman...



Tujuan saya menulis di dalam post ini bukan untuk meng'glemerkan' diri yang memang sudah sedia tak glemer atau untuk menjual nama Sheikh Raja Ashman untuk kepentingan diri atau bisnes... NOOOO!!! Sekadar untuk berkongsi kegembiraan hati dan jiwaku sahaja.. ;) Mudah bukan.....



Pengasas TAQ Darul Hikmah al Fadhil Ustaz Abd Malek bin Ladzim al Azhari pun mendirikan Darul Hikmah dengan izin dan berkat Sheikh Raja Ashman.......



Malah Darul Syifa' ditubuhkan oleh Tuan Guru Dato Harun Din pun atas nasihat dan saranan daripada Sheikh Nazim ketika berada di Malaysia.....(tengok buku Darul Syifa' bab sejarah karya Dr Amran Kasimin!!! Saya juga ada video lama Sheikh Nazim, Sheikh Hisham, Sheikh Raja, Sheikh Abd Rahman dan TG Dato Harun Din bersama ketika bertemu Sheikh Maarof Lenggeng!!!)







Yang Amat Mulia Dato' Seri Raja Ashman Shah ibn Sultan Azlan Muhibuddin Shah



Haji Bahaduddin Adil (putera Sheikh Nazim) menghadiahkan pingat kurniaan Sultan Empayar Uthmaniah milik Sheikh Nazim kepada Baginda Sultan Perak





Sultan Perak mengurniakan anugerah Darjah Kerabat Azlan kelas kedua kepada Sheikh Nazim al Haqqani pada Majlis Sambutan Jubli Perak Pemerintahan Sultan Azlan Shah. Haji Bahauddin Adil mewakili Sheikh Nazim.









Kebanggaan kami ialah seorang putera raja yang soleh, wara', amat zuhud dan penuh tawaddu'.



Ibadatnya luar biasa, semalaman bermunajat pada Sang KEKASIH... Senyumannya amat mendamaikan layak menjadi penenang jiwa.... Itulah guru kami; anak raja berjiwa rakyat....



(Saya pernah terbaca dalam satu kajian di dalam satu blog; KALAU Melaka ada sultan hari ini nescaya yang paling sesuai dan tepat untuk menjadi sultan adalah baginda Tuanku Sheikh Raja. WALLAHU a'lam... KALAU)





Ceritanya begini:



Kebiasaannya selepas Solat Jumaat kami akan berkumpul dengan Sheikh Raja untuk bersua muka dan bertanya khabar serta mendapat bimbingan dari Sheikh Raja. Alhamdulillah saya sempat menyampaikan hajat saya kepada baginda...:



Saya: Assalamualaikum sheikh, saya nak mintak izin sheikh!!!

SR: Waalaikumussalam, apa dia?

Saya: Saya nak dustur dan izin sheikh, saya nak buka pusat rawatan Islam yang baru bulan dua ni....

SR: Haaa... kat mana?

Saya: Kat Temerloh!

SR: Ohh...., buat berapa orang?

Saya: Adalah beberapa orang... DOAKAN SAYA SHEIKH!!!!



Sheikh Raja menadah tangan berdoa kepada Allah, dan mendoakan Abdullah Faiz yang berada dalam dukungan saya....



SR: Emmm.... INSYA ALLAH BERJAYA!!!!!

Saya: Terima kasih sheikh!

SR: Sama-sama.....



Saya pun cium tangan sheikh dengan perasaan yang berbunga-bunga!!!



INSYA ALLAH BERJAYA...



Doakan saya ye!!!!!!



Amiin......

2 comments:

  1. uikkkkkkkk Ustaz tak doakan sayaaaaaaaa uwaaaaaaaaaa

    ReplyDelete
  2. http://www.youtube.com/watch?v=o9O9d5p3i_Q&feature=related

    ni Ustaz Majlis anugerah Darjah kebesaran Syeikh Yang di sayangi

    ReplyDelete