Tuesday, April 20, 2010

Muhasabah Perawat Islam 9:

Teguran Lapan

Gopoh ketika merawat..

Ramai perawat terutama perawat baru nampak gopoh kerana ingin pesakit cepat sembuh.
Ramai yang ingin pesakitnya sembuh dengan sekali rawat sahaja sehingga berasa tertekan sekiranya pesakit tidak sembuh dengan sekali rawat.(seolah-olah merasakan jin telah dapat mengalahkannya serta mengejeknya apabila dia gagal mengeluarkan jin tersebut)..


Ingat hak penyembuhan adalah milik Allah.. Bawa bersabar dan kesabaran perawat juga adalah ubat buat pesakit... Dikhuatiri perawat akan bertindak liar dan ganas serta barbarik untuk memaksa jin keluar dari badan..

Ingat!!! Teknik rawatan ruqyah sebenarnya adalah nasihat dan dakwah bertubi2 kepada jin dan pesakit.. jangan gopoh dan kasar serta tergesa-gesa 'memaksa' Allah menyembuhkan pesakit...

Sekiranya masih tak sembuh, bermakna kita masih perlu kuat berusaha dan Allah mahukan kita lebih kuat berpaut PADANYA!!!

Slow-slow.....

No comments:

Post a Comment